Jumaat, 31 Ogos 2012

Tukar Bendera

Pakatan Rakyat memerintah aja, Jalur Gemilang pasti akan kena kubur....






ganti dengan yang kat bawah...




sama macam bendera Singapore....



dan Indonesia...






PR memang dah rancang nak tukar.... sebab tu, budak-budak kat atas tu bawak bendera haram tu....

apa pun, juga ciplak dari sang saka merah putih....



Khamis, 30 Ogos 2012

Terima Kasih

 




Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 tahun. Semoga, Malaysia akan bertambah makmur, pesat membangun, rakyatnya bersatu padu serta sentiasa aman dan damai.









Namun, tak bolehkah orang-orang kat bawah ni ucapkan Terima Kasih walaupun sekali kepada kerajaan atas nikmat dan kesejahteraan yang mereka dan penyokong-penyokong mereka nikmati di bumi bertuah ini.  Kesejahteraan dan kesenangan yang mereka nikmati adalah atas usaha kerajaan dalam memastikan rakyatnya hidup sejahtera dan sentiasa dilindungi. Hidup secara aman, mudah mencari rezeki demi kelangsungan keluarga, dapat memberi pendidikan terhadap anak-anak, dapat mengumpul harta yang banyak.... dapat berpolitik...dan dapat memfitnah, mencaci maki kerajaan tanpa rasa bersalah dan terhutang budi...





 



Tak bolehkah, walaupun sekali hargai segala apa yang telah kerajaan berikan kepada kalian.  Tak bolehkah, walaupun sekali, ucapkan terima kasih kepada kerajaan....BN, kerana kalian sangat sejahtera hidup di bumi Malaysia













Siapa....

Siapa PAS lebih sayang....








Ustaz Nasha....

atau...

 





 Ustaz Karpal...




Rabu, 29 Ogos 2012

Tolak Hudud


 Artikel kat bawah ni memang aku setuju. Anwar tak pernah sokong hudud.

 
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pas dinasihatkan tidak berharap kepada komitmen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada masa depan.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan (gambar) berkata, berdasarkan kenyataan Anwar selama ini, beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, kata Nallakaruppan, beliau berasa kasihan terhadap para pemimpin Pas yang beria-ia mahu memperjuangkan hukum hudud sedangkan Anwar tidak bersedia melaksanakannya dan DAP pula secara konsisten serta keras menentang agenda tersebut.

"Saya menghormati para pemimpin spiritual Pas yang tegas memperjuangkan hukum hudud kerana mereka ikhlas dan komited terhadap usaha itu, tetapi selagi berada dalam pakatan pembangkang, hudud dilihat amat sukar dilaksanakan.

"Di samping itu, Pas tidak boleh berharap kepada Anwar kerana Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun mengulas mengenai pendirian Anwar selaku Ketua Pembangkang yang tidak jelas mengenai hudud ekoran perbalahan berterusan Pas dan DAP dalam aspirasi pelaksanaan hukum itu.

Pada sidang akhbar 28 September 2011, Anwar menjelaskan hudud bukan merupakan sebahagian agenda pembangkang buat masa ini tetapi pada masa sama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Dalam satu kenyataan menerusi blog beliau kelmarin pula, Anwar sekadar menegaskan pakatan pembangkang mengiktiraf, menghormati perbezaan pandangan serta kedudukan komponen pembangkang berkenaan hukum hudud dan mendakwa ia merupakan penerimaan mereka terhadap amalan konsensus politik.

Sementara itu, Nallakaruppan memberitahu, Pas dan rakyat tidak harus terpedaya dengan tindak-tanduk serta kenyataan bercelaru Anwar dalam isu hudud kerana Ketua Pembangkang tersebut mempunyai keupayaan mengelirukan masyarakat.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam blog beliau beberapa hari lalu mengakui terpedaya dengan imej Islamik Anwar yang warak dan menasihatkan semua rakyat terutama penyokong pembangkang tidak ikut tertipu.

"Seperti yang kita tahu, Anwar hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun dan mengimpikan untuk menguasai Putrajaya," katanya.




Kalau Anwar jadi PM Malaysia, dia takkan laksanakan hudud dalam dalam sistem perundangan negara. Sebabnya, dia tak pernah pun sentuh nak laksanakan hudud jika PR memerintah. 

Tapi yang sebenarnya, PAS tak pernah nak bersungguh untuk laksanakan hudud. PAS telah diberi peluang untuk melaksanakannya selama 20 tahun di bawah Nik Aziz namun yang ada hanya tong kosong aja di depan penyokong wal hal untuk mendaulatkan hudud itu tak pernah pun dibuat. Yang dibuat cuma janji, sama seperti nasib jambatan dan lebuhraya yang takkan mungkin jadi kenyataan....

yang tolak hudud sebenarnya PAS. Kalau bersungguh nak buat, tak ada yang mustahil. Kerja mulia takkan Yang Maha Esa tak beri keringanan untuk melaksanakannya walaupun ia satu perkara berat untuk dilakukan. Kesimpulannya, hukum hudud hanya modal politik PAS untuk meraih sokongan dari orang-orang Islam.




Rabu, 15 Ogos 2012

Ustaz Nasha akan...




Ustaz Nasharudin akan tetap kekal dengan PAS. Dia tak kan akan masuk UMNO. Baginya hubungan persaudaraan sesama Islam takkan mampu dibatasi oleh fahaman politik. Lagi pun, dia nak orang-orang yang ada dalam PAS tu pecat dia. Tapi, tak dak sapa yang sanggup nak pecat Ustaz Nasha ni, sebab dia ni satu-satunya pewaris ulama PAS...  fahaman asli PAS. tak macam Nik Aziz yang dah tercemar....



Tak Hairan Jika Nasharudin Keluar PAS, Kata Nik Aziz

KOTA BAHARU, 15 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah pada Selasa.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.


Akhbar pada Rabu memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.


Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.


Pada Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.


Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.


-- BERNAMA

Selasa, 14 Ogos 2012

Beza Ulama...

Ulama agama tahu bagaimana Malaysia berjaya memertabatkan Islam dan meletakkannya di tempat yang sewajarnya selaras dengan perlembagaan negara iaitu agama Islam sebagai agama utama di Malaysia.

 

Yang bersama dengan PM di atas ialah, Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwis. Turut bersama PM ialah Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Pencacai PAS jangan risau, Ustaz Nasa belum lagi masuk UMNO.

Ulama tersohor Arab Saudi puji Malaysia

MEKAH 14 Ogos - Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.

Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Najib memberitahu wartawan Malaysia di sini, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Katanya para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

"Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya," kata beliau.

Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain. - BERNAMA

 

Yang kat atas ni ulama politik. Dia akan sentiasa buta dan tak tahu bagaimana kerajaan telah memelihara dan menegakkan syiar Islam di Malaysia. Kalau dia ni hidup kat Myanmar baru dia tahu bagaimana beruntungnya rakyat Malaysia yang beragama Islam hidup di negara ini. Bebas beribadah dan bebas dari ancaman keganasan tidak seperti apa yang berlaku terhadap masyarakat Islam Rohingya di Myanmar..

Isnin, 13 Ogos 2012

Kalau dah datang seru...




Tak ada angin, tak ada ribut... tetiba pm dan isteri tunai umrah. Itulah, kalau dah datang seru.....


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor keluar dari Masjidil Haram selepas menunaikan ibadat umrah di Makkah, hari ini. Beliau berada di Arab Saudi sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

















Ketua pembangkang pulak, dengarnya hari tu nak tunai umrah. Entah dah termakbul ke tidak. Harap hajat ketua pembangkang terlaksana. Dan kalau boleh tepeklah gambar depan kaabah. Takkanlah seorang pun tak boleh ambil. Kalau depan kaabah tu memang tak kan dapat ambil gambar, tapi takkan gambar kat Mekah pun tak boleh nak tempel.Setidaknya, ada juga pentaksub yang heboh-hebohkan.

Tapi bukan macam kat bawah ni....



Ahad, 12 Ogos 2012

orang pun dia beli

Tahulah, dah hampir nak sambut hari raya. orang ramai sibuk berbelanja terutamanya pakaian, barangan dapur hinggalah alat perabut. 

tapi yang di bawah ni, sibuk berbelanja dan tabur duit... untuk beli orang...



























 

yang terbaru jatuh ke pangkuan dan dakapan Anwar.. Senator Maijol Mahap... yang kecik-kecik aja Nuar ni berani, patutnya dia tangkap Musa Aman ke, Pairin Kitingan ke... baru gempak...

lepas ni, kita boleh kira... siapa lagi team Lajim yang tak kena calon dalam BN akan lompat ke dalam Pakatan Rakyat...



Jumaat, 10 Ogos 2012

Tema



Tema Pakatan sempena Hari Kemerdekaan tahun ni...

dulu-dulu kata tak mahu iktiraf hari kemerdekaan Malaysia, nak sambut sendiri hari kemerdekaan sempena acara lompat parti pada 16 September. La ni nak iktiraf pulak hari kemerdekaan..

Mat Sabun mana reti nak sambut merdeka. Dia ni kan iktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan.


 

 
Tema pun dah salah, nak buat 1Bangsa, 1Negara dan 1Jiwa.... nanti nampak sangat 1Malaysia. 
 
Rupanya, dalam PAS tu pun ada bangsa. Senegara tu pulak memang dah tak sesuai, sepatutnya senegeri. Dah tak mahu ikut majoriti, kenalah tahu diri...





Kenapalah takut sangat nak guna tema 'Janji Ditepati'. Walhal kalau Pakatan gunakan sebagai tema pun, ia akan beri impak positif. Pakatan boleh gunakan tema sebagai satu kelebihan dengan menyatakan segala janji-janji pilihan raya telah ditepati dan ditunaikan. 

Kecualilah, jika semua janji yang ditabur semasa PRU lepas tak pernah ditepati. 

Memang inilah yang sebenarnya, kenapa Pakatan rakyat alergik sangat dengan  tema Janji Ditepati... sebab tak pernah nak menepati janji. Semua Bangsa, Satu Negara, Semua Jiwa kena tipu oleh Pakatan Rakyat.



Fikirlah, nak kena tipu lagi... Dengan tema dan logo pun mereka boleh spin, semata-mata nak panjangkan hayat.


Rabu, 8 Ogos 2012

Hasil kerja PAS

PAS tak mahu ambik kredit ke dari artis-artis kat bawah ni. Mereka dah berhijrah. Dah pakai tudung.

 


Semakin Ramai Selebriti Wanita Berhijrah


Source Murai

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah.

Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah.

Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati.

Portal Murai mengucapkan syabas buat kesemua selebriti yang telah berani melakukan penghijrahan ini demi kebaikan diri. Mudah-mudahan apa yang mereka akan terus dirahmati Tuhan serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama.

Takut jadi macam dua artis kat bawah ni kut... Kata nak join PAS, walhal.....










kawan ostazah Abby pun dah berhijrah. 











  Siti Saleha pun dah bertudung. Kalau ni masuk PAS, pasti tsunami besar melanda PAS. Pak Lebai kena tsunami, isteri pak lebai pun kena tsunami

Pakatan Menang

Kalau Pakatan Rosak tadbir negara, mesti Jalur Gemilang dan lagu Negaraku akan kena kubur.....


Imbas kembali, kata-kata Manoharan mengenai Jalur Gemilang....


Kini, pekartun Zunar kembali mengaibkan Malaysia dengan menggelarkan Malaysia negara penciplak. Memang haramjadah sungguh.. sama macam kartunnya yang haramjadah....


Bangsat-bangsat ni semua memang tak ada semangat patriotik kepada negara. semuanya nak menjahanamkan negara... bagi test tadbir negeri, semua jadi porak peranda. memang haram sungguh. sama macam ketua umumnya yang sentiasa nak mengaibkan Malaysia bila berada di luar negara. Tak ada satu pun kebaikan yang dibawa melainkan kebinasaan dan kemusnahan.


hina Jalur Gemilang, Hina lagu Negaraku. KDN tak boleh buat apa-apakah ni....?

Selasa, 7 Ogos 2012

Masih boleh

Walaupun Datuk Lee gagal merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk melihat pingat emas olimpik pertama berjaya di bawa pulang ke bumi bertuah ini, namun kita masih boleh berharap seorang lagi anak Malaysia berjuang dalam usaha menakluk pingat emas pertama...

Apa pun, tahniah buat Datuk Lee, atas semangat dan perjuangan bak wira, kental dan penuh patriotik dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.



Pelumba yang digelar 'Thepocketrocketman', Azizulhasni akan berdepan jagoan dunia dalam acara keirin hari ini. Mampukah Azizul merealisasikan impian pingat emas kita dalam olimpik. walaupun nampak begitu sukar, seperti hajat ingin memeluk gunung namun tangan tak sampai, namun nasib dan ketentuan Ilahi itu tiada satu pun yang dapat menduga..

sama-samalah kita berdoa, agar 'Thepocketrocketman', berjaya dalam menggalas misi dan merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia


Jumaat, 3 Ogos 2012

Baik tubuhkan suruhanjaya

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ni, sedih aku sama macam sedih hilangnya Pulau Batu Putih. Pandang menteri ni, buat aku hangin. Dia masih akan pegang istilah ' menang menang ' wal hal kita kalah kalah.

kontroversi lagu dan logo hari kemerdekaan benar-benar mencerminkan peribadi menteri ni. aku tak mahu caci dan kutuk tapi buat kerja bukan ikut syok sendiri. buat kerja ikut kehendak ramai, ikut kehendak rakyat. jangan sampai rakyat menyampah, dahlah.




Panel khas kaji keaslian lagu tema Merdeka
Wartawan Sinar Harian
3 Ogos 2012
PR gesa Pusat tukar tema Hari Kebangsaan
Tema Kemerdekaan Malaysia 2012


SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebuah panel khas ditubuh bagi menentukan keaslian lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan.


Sehubungan itu, beliau meminta pembangkang supaya jangan membuat tuduhan secara sembarangan.


"Panel khas ditubuh bagi menentukan betulkah lagu Janji Ditepati (sempena sambutan) merdeka tu lagu tiruan. Pembangkang jangan pandai tuduh saja," kata beliau dalam satu mesej menerusi twitter pagi ini.


Dalam mesej twitter terdahulu, dihantar sekitar jam 7 pagi tadi, Rais menulis, "penggubah lagu Janji Ditepati menafikan mereka menciplak. Harap tiada isu lagi."


Di sebalik kontroversi berkenaan dengan lagu tema dan juga tema Hari Kemerdekaan, Rais berkata, semangat patriotik menyambut kemerdekaan seharusnya mengatasi kepentingan fahaman politik sempit.


Laporan Bernama semalam memetik penggubah lagu itu, Jasnie Mohd Yaakub berkata, lagu 'Janji Ditepati' masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan
ke-55 pada 31 Ogos ini.


Beliau berkata, lagu itu merupakan karya asli beliau bersama dua komposer lain iaitu Arman E Six dan Aye.


Justeru, beliau menafikan persamaan lagu itu dengan sebuah lagu kerohanian dari Indonesia.


"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.


"Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," katanya.


Jasnie, yang juga penerbit dan pengarah muzik di Erama Records, menjelaskan beliau hanya mengetahui kewujudan lagu yang didakwa sesetengah pihak sebagai hampir sama dengan lagu 'Janji Ditepati' kelmarin dan mendengar melodinya semalam.


Beliau menafikan terdapat sedikit persamaan kord dan rentak tetapi bukan dari sudut melodi lagu.


Kontroversi persamaan lagu tema Hari Kemerdekaan dengan lagu negara jiran itu dibangkitkan penulis blog beberapa hari lepas selain ia dimuat naik dalam 'Youtube'.


Jasnie menegaskan bukan mereka yang memuat naik lagu 'Janji Ditepati' di 'Youtube' kerana ia belum muktamad lagi.

1.       Bukan pembangkang aja yang kritik, malah blog pro kerajaan juga pertikaikan lagu dan logo yang tidak menepati kematangan negara yang sudah merdeka dalam usia 55 tahun.

2.       Dah salah mahu buat panel lagi, kalau macam ni tak adalah lagu untuk sambutan hari kemerdekaan nanti. Berapa banyak komposer kat Malaysia ni, kenapa pulak pencipta lagu kontroversi ni jadi pilihan. Dan, tak ada lagi ke penulis lirik kat Malaysia ni yang dapat hasilkan lirik dan senikata yang menepati kehendak kementerian.

3.      Kata.... lagu baru diolah, kalau macam ni bila nak siapnya. Tapi bia betul... merdeka nak dekat takkan lagu belum masuk penilaian akhir lagi...

Udah-udahlah bermain ngan kata-kata, nanti terbelit lidah sendiri hingga susah nak berkata-kata.

Khamis, 2 Ogos 2012

Tugu

Ni beberapa tugu / simbol yang sinonim dengan negara dan menjadi kebanggaan kita.



simbol 1Malaysia pun boleh bagi masuk sebab ia seperti kunci yang menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Yang ni sinonim dengan PAS


dan ni tugu yang terbaru, hasil tarbiah PAS kepada kerajaan DAP PP sempena bulan Ramadhan.


Rabu, 1 Ogos 2012

Bagi job

Sheila patut bagi job pada Abby supaya Abby tak meroyan.




27 Jul - Pelakon dan juga penerbit drama Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.Dipetik dari MPP, Sheila berkata, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka.

"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah."

"Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah," ujarnya.
Sementara itu, pelakon versatile Umie Aida yang nyata tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi ini telah menemplak kenyataan tersebut melalui laman Twitter yang menganggap Abby Abadi berfikiran cetek dan kenyataan itu lebih bermotifkan politik kerana menganggap golongan artis yang berhijrah hanya akan mempunyai kerja jika rakyat tukar kerajaan.
Pada masa sama, Umie juga menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan politik dalam meyampaikan dakwahnya.

Sebelum ini, Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan.

"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik."
"Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah," kata Abby.

Link 

Yang bagi dakwat merah tu, inilah sebab utama kenapa Abby masuk PAS. Masuk PAS, naik atas pentas PAS, buat ceramah dan mesti dapat bayaran.

Blogger 1

bmf

bmf