Rabu, 26 Mac 2014

percaya kotak hitam



dia boleh percaya kotak hitam pulak, sama macam dia percaya cakap orang tentang kawan dia yang jual pil kuda. kotak hitam rakaman suara aja, yang besi dia tak percaya wal hal ada muka Nuar dan China Doll main dia tak mahu percaya

akhirnya, dapat title pemfitnah. 

sahkan kematian untuk orang hilang tu pun kena ada dalil dari al-Quran dan Hadis. takkan hanya berpandu pada satu kisah saja. 


Abdul Hadi Awang



KUALA LUMPUR: Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira.

"Dari segi Islam, pernah disabitkan kematian setelah berlalu selama empat tahun.

"Selagi tak jumpa, selagi tak sampai empat tahun, itu terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan hal itu," kata beliau pada sidang media pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.

Sidang media yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang, dibuat khas sebagai respons terhadap pengumuman terbaru Perdana Menteri berhubung isu MH370 malam tadi.

Ustaz Hadi yang ditemui Harakahdaily selepas sidang media itu menjelaskan, hukum empat tahun itu merujuk satu kisah di zaman Saidina Umar.

Khalifah kedua itu dikatakan menunggu sehingga empat tahun sebelum memutuskan fasakh seorang wanita yang kehilangan suaminya untuk berkahwin lain.

"Selagi tak dapat bukti jasad, atau fizikal atau saintifik, hukum ini terpakai.

"Kita tak boleh bergantung hanya kepada imej satelit, yang mengandaikan pesawat pecah.

"Kita perlu terus mencari sehingga jumpa kotak hitam, baru kita boleh sahkan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang pada jam 6.00 petang ini bagi membincangkan solat jenazah ghaib.

Bercakap ketika membentangkan usul takziah di Dewan Rakyat hari ini, Najib juga memaklumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat memasang bendera separuh tiang sebagai tanda berkabung, sehinggalah bahagian badan pesawat MH370 ditemui.

Beliau juga berkata, usaha mencari diperhebatkan dan tidak menolak kemungkinan berdepan dengan kesukaran luar biasa.

Usul tersebut menyusul selepas beliau malam tadi mengumumkan, bukti-bukti sedia ada merumuskan bahawa MH370 mengakhiri penerbangannya di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.


Ombak lautan Hindi

begitu sukarnya menjejak dan mencari MH370.


The Indian Ocean is the third largest of the world's oceanic divisions, covering approximately 20% of the water on the Earth's surface. It is bounded by Asia—including India, after which the ocean is named on the north, on the west by Africa, on the east by Australia, and on the south by the Southern Ocean (or, depending on definition, by Antarctica). As one component of the World Ocean, the Indian Ocean is delineated from the Atlantic Ocean by the 20° east meridian running south from Cape Agulhas, and from the Pacific Ocean by the meridian of 146°55' east. The northernmost extent of the Indian Ocean is approximately 30° north in the Persian Gulf. The ocean is nearly 10,000 km (6200 mi) wide at the southern tips of Africa and Australia, and its area is 73,556,000 km² (28,350,000 mi²), including the Red Sea and the Persian Gulf.
The Indian Ocean's volume is estimated to be 292,131,000 km³ (70,086,000 mi³). Small islands dot the continental rims. Island nations within the ocean are Madagascar (the world's fourth largest island), Bahrain, Comoros, Maldives, Mauritius, Seychelles and Sri Lanka. The archipelago of Indonesia and the island nation of Timor-Leste border the ocean on the east.


namun DS Hishamuddin menegaskan akan terus mencari MH370 sehingga dapat.

Blogger 1

bmf

bmf