Jumaat, 27 Julai 2012

Bersyukur atau marah

Bersyukur atau marah? Patut lebih banyak bersyukur...


Banyak yang telah diperkatakan mengenai Datuk Lajim yang akan lompat parti. Kesahihannya belum dapat dipastikan kerana Datuk Lajim masih berteka-teki. Namun khabar yang diterima, pengumuman akan dibuat hujung minggu ini, di hadapan kepimpinan pakatan rakyat.

sebagai penyokong kerajaan yang diterajui oleh BN, kita sewajarnya bersyukur. Bersyukur sebab dengan perginya Datuk Lajim, BN akan dapat mengemukakan calon muda yang lebih berwawasan dan mendukung aspirasi BN dalam memperjuangkan nasib rakyat terutamanya di daerah Beaufort.

Bersyukur sebab BN tak perlu ditikam dari belakang selepas PRU nanti. Jika ditakdirkan BN menang dan Datuk Lajim kekal menjadi calon dan kemudian lompat parti sebagaimana yang pernah berlaku terhadap PBS dulu, kan ke lebih menyakitkan hati.

Bersyukur sebab BN tak perlu jaga hati sapa-sapa dalam meletakkan calon. Dan bila surf, aku jumpa gambar Timbalan Ketua Bahagian Beaufort. BN memang perlukan pemimpin muda. Yang dah lama jadi adun/mp wajar bagi peluang kepada pemimpin muda.


Beliau wajar diberi peluang dalam PRU yang akan datang.

Blogger 1

bmf

bmf