Isnin, 15 Julai 2013

ayam

Harga ayam naik, Ada pulak nak suruh pengguna boikot ayam. Kalau ayam cina lagi satu tu, memang pun wajar kena boikot.... memang haram

ingat pula harga gula naik. lantas suruh kurangkan gula. kenapa tak suruh jangan beli gula...

 



KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai ’menukar’ selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata, langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.
"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri,” katanya. - Bernama
jangan nak lepas tangan pada pengguna aja... kalau berbulan-bulan harga ayam tak turun, aidilfitri nanti tak makan daging ayamlah jawabnya... kalau macam tu, baik haramkan saja penjualan ayam...

heran juga... kementerian dah ada undang-undang, kenapa tak guna kuasa tu untuk ajar dan balun siapa-siapa yang sabotaj harga ayam hingga naik tak terkawal... pemantau dah ada banyak... maklumat dan info mungkin dah banyak kat kementerian. tolonglah bijak sikit bila ambil tindakan... takkan undang-undang yang ada hanya dalam almari perhiasan saja.

takkan siapa yang sabotaj harga ayam pun tak tahu... sebab kementerian tak urus benda ni dengan betul... akhirnya, PM juga yang dapat tahi ayam... sebab benda-benda macam ni, PRK Kuala Besut boleh buat BN putih mata dan gigit jari....

Blogger 1

bmf

bmf