Sabtu, 18 Februari 2012

IMF buat Anwar hangin




puak pembangkang mesti tak baca artikel kat bawah ni. Lebih-lebih lagi tuan penasihat ekonomi RM1 negeri Selangor. mesti angin senggugut datang

Pujian IMF buktikan pengurusan kewangan Malaysia mantap

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Gambaran positif yang diberikan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa sistem kewangan Malaysia adalah mantap dan berdaya tahan serta berada pada kedudukan yang baik untuk menghadapi persekitaran luar yang mencabar, mengesahkan bahawa pengurusan kewangan negara dijalankan dengan baik.

Pujian harus diberi kepada Bank Negara Malaysia dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang arif mengenai pengurusan kewangan berkenaan, hasil daripada kawalan ketat yang dikenakan terhadap bank-bank dalam menjalankan operasi mereka dan mengekalkan daya tahan ekonomi negara.

BNM mempunyai satu pasukan yang berpengalaman dalam pengurusan ekonomi sehingga dapat mengenal pasti krisis hutang Eropah dan bersedia untuk memperkenalkan langkah-langkah pengurangan jika berlaku kejatuhan yang memberi kesan kepada Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa sistem perbankan Malaysia mempunyai permodalan yang baik sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan-peraturan perbankan kewangan antarabangsa Basel II yang antara lain, mahu institusi kewangan mempunyai modal yang baik.

Malaysia, tidak disangsikan lagi, mempunyai perlindungan yang mantap dengan bank-bank yang kukuh dan modal yang baik yang boleh membawa ekonomi melalui masalah jika ia muncul.

Bank pusat telah begitu teliti dalam menyelia dasar fiskal serta kewangan negara dan ini telah lama berlaku dalam meningkatkan sistem perbankan dan daya tahan ekonomi terhadap ragam dalam pasaran antarabangsa seperti cabaran luaran yang mungkin timbul dari krisis hutang Eropah.

Semasa sesuatu krisis, ekonomi sering bergantung kepada sistem perbankan untuk menarik negara melaluinya dan dalam hal ini, Greece gagal kerana bank-banknya tidak mempunyai modal yang mencukupi dan oleh itu tidak cukup kuat dari segi kewangan.

Di Malaysia, semasa krisis kewangan 1997/98, serta ketika kelembapan ekonomi global 2008/09, hasil daya tahan bank dan permodalan yang kukuh yang membantu ekonomi untuk terus berkembang.

Kedudukan kewangan kerajaan yang teguh membolehkannya memperkenalkan dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion pada November 2008 dan Mac 2009 yang membantu memberikan kesan positif terhadap ekonomi.

Sebaliknya, banyak ekonomi lain, termasuk negara-negara maju dan beberapa di rantau ini, telah melalui masa yang sukar kerana kerajaan mereka tidak bertindak dengan cepat untuk menangani kelembapan akan berlaku.

Lembaga Eksekutif IMF, dalam laporan terbaru, juga memuji sistem kewangan Malaysia yang kukuh yang telah meletakkan negara ini untuk sekali lagi mengadakan semula "langkah sokongan luar biasa yang sama dengan yang digunakan pada 2008-09" sekiranya risiko menurun menjadi kenyataan.

Penunjuk ekonomi utama Malaysia juga baik dengan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku keempat berkembang sebanyak 5.2 peratus dan 5.1 peratus peratus bagi seluruh tahun ini, disokong oleh keadaan permintaan domestik yang menggalakkan serta perbelanjaan sektor swasta dan awam.

Petunjuk lain bagi kedudukan negara ialah jumlah perdagangan tertinggi yang pernah dicatatkan berjumlah RM1.3 trilion tahun lepas, meningkat 8.7 peratus dari 2010.

Penganalisis berkata permodalan sistem perbankan yang kukuh akan menyokong pelaksanaan Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi serta meningkatkan Bidang Ekonomi Utama Negara dan akhirnya pendapatan negara.

Mereka berkata, semangat Perdana Menteri dengan melaksanakan cepat dan bersungguh-sungguh projek infrastruktur utama di bawah ETP akan terus membantu merangsang ekonomi meskipun cabaran yang akan berlaku. — Bernama

Sokong Anwar



setelah PAS bagi ingatan pada ketua pembangkang negara Malaysia, agar tarik balik kenyataan atau saman WSJ jika kenyataannya diputarbelitkan, namun apa kata Anwar. Ketua Umum PKR tu tetap dengan kata-katanya. Kalau begitu, Anwar secara rasmi mengakui dan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel wal hal hampir keseluruhan negara Islam tidak mengiktirafnya.

Kenapa Anwar tak perjuangkan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestine ekoran tindakan kejam regim Zionis. Apa kah kita perlu jadi macam Nik Aziz dan hanya kata: Itu tak apa, dia punya pasal. Takadakah kecaman terhadap Anwar selari dengan pendirian PAS yang menganggap negara Israel itu haram. Apakah PAS hanya lepas tangan dengan isu ini walhal PAS sebumbung dengan PKR dalam pakatan. Sementelahan pula, Anwar sebagai leader Pakatan Rakyat.

Apakah nanti, jika ditakdirkan PR memerintah Malaysia, dan Anwar mengiktiraf Israel, PAS akan menyetujuinya juga. Nampaknya, semakin hari PAS semakin hilang arah tujuan.

Itu dia punya pasal – Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Blogger 1

bmf

bmf