Sabtu, 17 Mac 2012

Yahudi itu halal

Kata-kata Hj Hadi kat bawah ni menghalalkan segala musibat yang melanda Anwar Ibrahim berhubung dengan negara Israel.

Tak salah Anwar ada koneksi dengan Israel asalkan ia bukan zionis. Betullah ni, tapi macam mana nak tahu yahudi ni zionis atau sebaliknya. cam Anwar juga, macam mana nak tahu dia ni seorang peliwat. ada dia pernah bagi tahu dia seorang peliwat. zionis tu tak kan pernah mengaku mereka ni yahudi zionis.

lepas ni, tak salah ada hubungan dagang dengan Israel. Nampaknya, kalau PR memerintah, akan ada hubungan diplomatik dengan Israel.Asalkan Israel bagi perakuan yang mereka bukan yahudi zionis. satu lagi, bolehlah terima dana dari yahudi walaupun dana itu untuk menjatuhkan negara yang setiap masa tidak mengiktiraf negara yahudi dan memperjuangkan hak rakyat palestine.

sebab nak pertahan Anwar, Hj ni bagi rakyat tambah keliru. Nampaknya, Hj Hadi ni dah jadi macam Nik Aziz. Kenapa dulu tak kata macam ni, kenapa baru sekarang bila negara dilanda keributan berhubung dengan hubungan Anwar dan yahudi.

Israel = negara
yahudi = bangsa
zionis = kefahaman

tak faham sungguh, yahudi yang duduk kat israel tu adalah bangsa yang setiap masa menjadikan keselamatan sebagai perkara utama. sebab fikir keselamatan mereka terancam, adalah lebih baik pada mereka mengancam keselamatan negara-negara jiran terutamanya negara palestine yang diceroboh. sebab itulah berlaku pencerobohan dan perluasan wilayah dilakukan oleh regim israel. dan ini yang Anwar nak selamatkan lagi.

orang yang mengancam nyawa orang lain pulak yang nak dibela.

Presiden Pas: Niaga dengan Yahudi OK, tapi bukan Zionis
NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
17 Mac 2012
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.

"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini.

Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis,

Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Justeru menurut Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu kontroversi.

Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Malah, Nik Abdul Aziz juga pernah menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.

Kemudian, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya yang disiarkan oleh WSJ.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak bersetuju dengan penyelesaian dua negara bagi mengatasi tuntutan rakyat Palestin.

"Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersam harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu," katanya.

Blogger 1

bmf

bmf