Isnin, 21 Januari 2013

Amaran


 Takutnya.....amaran tsunami bergema lagi....

Tarik lesen cetak jika jejas keamanan - Hishammuddin

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (tengah) turut menunggang motosikal ketika melancarkan program Unit Rondaan Bermotosikal di Ampang, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kementerian Dalam Negeri memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik lesen percetakan terhadap pengeluaran Bible versi bahasa Melayu sekiranya isu penggunaan kalimah Allah itu menjejaskan kestabilan dan keamanan negara.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pihaknya sedang memantau semua perkembangan serta pelbagai desakan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kita lihat kesahihannya terlebih dulu dan pihak yang bertanggungjawab. Jika sesuatu isu membabitkan politik, agama dan perkauman, yang paling asas adalah bagaimana isu itu boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Tanggungjawab kementerian memastikan keamanan negara terjamin," katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Unit Rondaan Bermotosikal (URB) kawasan Ampang, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya pihak berkuasa menarik balik lesen dan menghentikan percetakan Bible versi bahasa Melayu.

Jumaat lalu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) menggesa pihak berkenaan menghentikan percetakan dan import Bible versi bahasa Melayu yang dilihat boleh mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam.

Menurut pertubuhan tersebut, isu kalimah Allah tidak akan wujud sekiranya semua pihak menghormati Perlembagaan yang melarang mana-mana agama menyebarkan dakyah kepada kaum Melayu.
Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencetuskan kontroversi kerana meminta kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu sehingga mengundang bantahan umat Islam.

tunggu keadaan dah nazak baru nak bertindak,,,, memang bestlah... ramai yang dah risau, dia sorang je yang tak risau...

Blogger 1

bmf

bmf