Rabu, 23 Mei 2012

Kalau Bebal

Nak kata bebal, dia ni presiden. Tapi kalau presiden, tak kan pulak bebal...

Dia ni tak tahukah, isu muzakarah tu ditimbulkan oleh Nik Aziz. Bila orang dah hulur, UMNO pun kenalah sambut. Tapi sambutan UMNO bukan dengan syarat dan sumpah seranah. UMNO sambut dengan sopan dan berbudi bahasa. Tak ada masalah nak buat.

Cuma apa yang perlu Haji Hadi tahu, isu muzakarah tu timbul sebab Haji Hadi sendiri yang gatal mulut bangkit isu hudud, konon akan dilaksanakan jika PR berkuasa. Dan isu ni buat Karpal desak Haji Hadi agar diam dan jadi bisu. Lepas ditegur Karpal hingga sekarang dia tak bersuara pasal hudud. Yang dia bersuara pasal isu muzakarah yang disambut baik oleh UMNO.

dan satu yang lawak, dia punya pala hotak ni tak mahu terima perubahan UMNO. Apa saja yang ada kaitan ngan UMNO, benci sungguh. Wal hal, dia tak sedar, kesenangan dan kemewahan hidup yang dia nikmati adalah hasil perjuangan UMNO dalam memajukan dan membangunkan negara. Kelapangan dan kemudahan dia beribadat hatta berceramah di mana-mana adalah atas perjuangan UMNO dalam menegakkan syiar Islam dan menguasai politik negara.

Statement dia kat bawah tu pulak kata, UMNO yang pohon muzakarah dengan PAS. Sepanjang minggu ni ntah apa saja dia buat hingga Nik Aziz yang offer muzakarah pun dia tak tahu. Alih-alih dia tuduh UMNO macam-macam...

Akhir sekali dia kata, tak ada muzakarah dengan UMNO. Presiden PAS dah tak pakai kata-kata mursamdol PAS yang offer muzakarah tu. Sungguh berani. Alangkah indahnya kalau dia kata, 'Suka hati PAS lah nak buat hudud, sebaiknya Karpal Singh diam dan tak usah masuk campur usaha PAS menegakkan syiar Islam'. Kalaulah Haji Hadi berani kata macam tu....


Tidak ada muzakarah - Hadi
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my

TAIPING 21 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) memadam spekulasi akan wujudnya muzakarah antara UMNO dan Pas apabila menegaskan bahawa pertemuan itu tidak akan berlaku kerana menyifatkan ia hanya permainan politik UMNO menjelang pilihan raya umum.

Abdul Hadi berkata, Pas sudah mengajak dan memperkatakan mengenai muzakarah sejak berpuluh tahun lalu tetapi mendakwa UMNO tidak pernah bersetuju malah memberikan pelbagai alasan.

Beliau berkata, tidak timbul soal Pas tidak ikhlas untuk bermuzakarah, sebaliknya UMNO yang perlu ikhlas dalam memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijalankan secara adil.

"Sebenarnya UMNO hanya bermain politik. UMNO mesti tunjukkan keikhlasannya untuk pastikan pilihan raya akan datang bersih daripada sebarang penipuan. Kalau pilihan raya tidak bersih, muzakarah pun tidak ada makna.

"Muzakarah yang dipohon oleh UMNO ini juga hanya hendak menutup isu tuntutan Bersih dan kelemahan UMNO, (maka) kita tidak akan bermuzakarah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, dekat sini malam tadi.

Abdul Hadi mendakwa, tindak-tanduk UMNO yang mahu mengadakan muzakarah dengan Pas menjelang pilihan raya umum akan datang bertujuan menunjukkan kepada orang Melayu bahawa mereka mahu berbaik-baik dengan Pas.

Blogger 1

bmf

bmf