Selasa, 31 Mac 2020

bekas menteri




saja post bossku dengan kucing...
rupanya....
( pesan Imam Syafie di bawah memang 
untuk bossku )

bekas menteri yang hilang duit 200K lebih
ada kucing juga...


tapi sini jawapan bekas menteri ni ( baca SINAR )

tak mahu komen pasal tu la....
cuma cakap 
selalu cakap orang penyamun, perompak, penyangak
akhirnya... sendiri dirompak

cuma musykil...
banyaknya simpan duit dalam rumah...
banyaknya...

eh, kan dulu ada yang persoalkan
banyak duit dalam rumah PM6....
sekarang ni.... banyaknya bekas menteri ni simpan
duit dalam rumah dia...
banyaknya

harapnya, PDRM dapat cari pelaku yang menyamun duit tu
SPRM dapatlah bersihkan nama bekas menteri ni
sebab banyak yang tuduh
tu duit parti....
kita tak mahu nama bekas menteri ni kotor....
kan... kan... kan...

Isnin, 30 Mac 2020

Alhamdulillah


ALHAMDULILLAH
SYUKUR

TAHNIAH



Kumpulan pertama pesakit COVID19 daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sudah pulih dan boleh balik. Alhamdulillah. - Ketua Pengarah Kesihatan 



sidang gila



Sidang khas Parlimen wajar: Aziz Bari


bangang
ada pula yang usul buat
sidang khas parlimen
( dah tahu niat, memang confident dalam
hati akan menang undi tak percaya
bila dibuat usul tu nanti.
dengan keadaan sekarang,
lagi confident usul tu 
akan ke laut..)

tak tahu nak beza
kepentingan rakyat
dengan kepentingan nafsu haloba 
diri sendiri

patutnya
masa ni, biarkan kerajaan yang ada
urus negara dengan sebaik-baiknya

PKP
mesti dipatuhi
duduk rumah diam-diam

tak pa, korang pergi
parlimen
buat sidang sendiri
hah... taulah PDRM
nak sumbat korang
dalam penjara

situasi sekarang
korang cuma rakyat
yang mesti patuh pada arahan
kerajaan


pada yang dah sesat
tu kembalilah
ke pangkal jalan
muhasabah diri
Allah dah bagi peluang untuk
nilai kesilapan dan kekhilafan
yang dilakukan semasa
menumbangkan 
kerajaan BN

fitnah yang ditabur
akhirnya makan diri
bahkan jatuh lebih 
hina daripada yang dijatuhkan
hasil fitnah
taubatlah.....


Ahad, 29 Mac 2020

Tabligh


ingat semula ya...



kepada 
yang kecam, hina, dan macam-macam lagi
ada baiknya
baca kronologi 
bermulanya covid 19
di Malaysia....

kronologi covid19 di Malaysia 

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia. 
23 Januari
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).
- KKM sahkan kes di Sabah negatif. 
24 Januari
KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin. 
25 Januari
-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.
- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.
          sambung ( klik sini ) 
 sepanjang Disember 2019 dan Januari 2020 
negara masih terima 
pelancong luar 

yang bawa virus tu ke Malaysia
dah jelas...
jemaah tabligh, 
hanyalah mangsa, 
lagipun, kalau tahu bahana dahsyatnya
wabak virus covid19 ni kepada manusia
tentulah himpunan jemaah tabligh 
yang diadakan tu
dibatalkan oleh penganjur

oh ya... masa tu
kerajaan anggap covid19 taklah bahaya sangat

 
 




Jumaat, 27 Mac 2020

berapa prihatinnya..



Wow...
kalau tak bersyukur lagi
memang
tak patut duduk
di Malaysia
bumi bertuah dan
tercinta ini....

prihatinnya...

ekonomi jatuh boleh bangun
tapi kalau rakyat dah tiada
satu negara tumbang


rakyat Malaysia
termasuk PATI yang tinggal
di negara ni.....

duduk rumah 
kalau tak
nanti ke penjara, ke hospital
atau lubang kubur..

GST


hari ni
ada lagi imbuhan untuk rakyat
dalam menghadapi PKP
demi menyahkan
virus covid19
di bumi Malaysia

mahu tak mahu
kerajaan akan gunakan 
juga kewangan negara 
untuk tampung.

rakyat
apa tugas kita
kena patuh PKP, dah jadi wajib ni.

bila semua ni beres
untuk bantu kerajaan semula
GST 

tapi mungkin dengan kadar yang
lebih rendah berbanding 6%
mestilah dikembalikan

SST
yang konon teramat-amat baik
mestilah dinyahkan juga..

Rabu, 25 Mac 2020

Rakyat kepada kerajaan...

kadang terfikir...
banyak insentif kerajaan bagi
untuk rakyat...
tapi apa yang rakyat
bagi pula untuk
kerajaan

selain duduk diam-diam
di rumah.. 
sekarang ni, apa pula yang
boleh rakyat buat
untuk support kerajaan..
terutamanya untuk support
kewangan negara..

rasanya, tak perlulah
buat tabung...
nanti jadi macam tabung harapan
tak tahu ke mana perginya
( maaf jika ada perinciannya, sebab 
google tak jumpa..)


di atas....
harga minyak minggu lalu
kalau harga turun lagi, ada baiknya
harga ditambat pada RM1.50 untuk Ron95,
RM1.80 untuk Ron97, RM1.80 untuk diesel
sama macam kerajaan lalu
janji sebelum jadi kerajaan...

lebihan bayaran sepatutnya
adalah sumbangan rakyat kepada
kerajaan atau pun jika naik
mungkin boleh ambil 10 sen setiap liter

rakyat tak akan marah
sebab harga minyak sekarang
memang murah sangat...
lagipun, tak ramai yang guna
minyak sekarang ni...
majoriti...
duduk dalam rumah..

ini, mungkin boleh
dipraktikkan... simple dan mudah...



Selasa, 24 Mac 2020

Masih menanti....


Tahniah untuk Petronas
kerana prihatin
walaupun harga minyak
jatuh...


semoga dua syarikat
minyak besar di
Malaysia
ikut langkah yang sama

( betulkan kalau terlepas
pandang, sebab dari carian
tak jumpa bagi sumbangan)



dan..... 

semua billionaire
kat Malaysia ni...
moga terbuka hati untuk
membantu negara
menghadapi serangan 
Covid19...
sebab, wabak ni bukan
hanya bawa kemusnahan
pada manusia tapi 
kejatuhan ekonomi negara...





Ahad, 22 Mac 2020

Kita semua, beringatlah....

Ni dapat dari wasap..
buat ingatan kita semua...



*RENUNGAN HARI INI* KHAS UNTUK SEMUA
---------------------------------------
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍⚕️Nukilan COVID-19๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍⚕️

*Jika hari ini kita disaring dan esok didapati positif C-19,*

Maka percayalah...tanpa sedar hari ini merupakan *hari terakhir* kita bersama anak isteri dan hari terakhir bersama keluarga,

*Ketika dikuarantin diwad* tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat, 2 minggu kesunyian di hospital bertemankan nurse dan doktor, hari berganti berlalu, hanya mampu merasa makanan hospital, hanya mampu menatap wajah doktor, nurse dan makcik cleaner, tanpa jemu nurse membuat saringan kesihatan diri kita, tanpa boleh dilawati oleh ahli keluarga,

*Rindu pasti meruntun jiwa* terbayang wajah orang yang disayangi,

*Selepas itu kesihatan makin merosot*, kita dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan, maka percayalah, *tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat*

Hari berganti kesihatan terus merosot, hanya mampu terbayang wajah ibu ayah anak dan isteri, maka percayalah kini sudah 3 minggu kita tidak menatap wajah anak isteri ibu mahupun ayah,

*Nazak menjelma*, maka percayalah tiada seorang pun ahli keluarga boleh bersama kita, membisikkan syahadah dan zikrullah, hanya kelihatan doktor dan nurse sedaya upaya memberi bantuan terakhir, 

*Ditakdirkan Allah lebih menyayangi dan kita pergi meninggalkan keluarga*, percayalah masih tiada seorang pun ahli keluarga boleh memandikan jenazah kita, hanya ditayammum oleh pihak hospital dan dibalut plastik tebal, dan ditanah perkuburan, percayalah masih lagi tiada seorang pun ahli keluarga boleh mengangkat jenazah dan mengebumikan kita,

*Semuanya diurus pihak hospital dengan prosedur ketat* perginya terlalu pantas dan tidak di sangka, ketika mana takdir telah menentukan, ahli keluarga hanya mampu berdoa dari jauh...dan pada ketika ini 

*BERSAMALAH KELUARGA, PLEASE STAY AT HOME...*

Kredit untuk tuanpunya teks ni..

Sabtu, 21 Mac 2020

Degil sangat...

Tu lah, 
tak dengar kata



Guru Disiplin mungkin boleh 
join...


rotan kalau jumpa yang
tak dengar cakap tu...

Moga misi berbaki 10 hari ni
akan berjaya
tiada kes baru
tiada kematian
covid19 lenyap dari dari bumi
Malaysia...

Rabu, 18 Mac 2020

Bestnya cuti



Memang best cuti, 2 minggu...
dapat pulang kampung

TAPI...
dalam ramai-ramai yang balik kampung
boleh pastikah..
tak ada yang positif covid19
bayangkan bersesak-sesak tu, tersentuh sana sini
ada virus yang hinggap, melekat
simptom positif... dua tiga hari
baru keluar...


hasilnya...
Malaysia akan jadi macam negara blok Eropah..
sebab ramai sangat ejen penyebar
VIRUS COVID19!!!



trend sekarang ni..
yang mustahil berlaku 
tu yang akan berlaku




Isnin, 16 Mac 2020

Belum game over



Pengerusi PPBM


Game makin menarik

kalau Mukhriz menang
adakah 
jawatan PM
bertukar tangan...

tak mungkinlah..
yang mungkin
PM akan 
kekal 
PM

saat ancaman covid19 ni
makin menggila
masih ada lagi
fokus untuk 
ganggu kerajaan

banyakkan istighfar....

kalau TSMY kalah...
pintu UMNO 
masih terbuka....



Jumaat, 13 Mac 2020

Turun



Minyak dah turun,
Harap harga barang juga akan turun


Tapi yang satu naik ni..
kena berjaga-jaga
dan waspada...


Rabu, 11 Mac 2020

atuk


Gelak Salam Tun M


Orang ni cakap : gila kuasa
Orang tu cakap : nyanyuk
Orang sana cakap : pakar u-turn
Orang sini cakap : busuk hati
Orang situ cakap : mulut longkang
Orang-orang cakap : jaga kroni

TAPI....

satu perkara terhebat yang dibuat
oleh atuk Madey

menjahanamkan kerajaan Pakatan Harapan, runtuh macam WTC
dan...
buatkan parti Melayu Bumiputera
bersatu





Isnin, 9 Mac 2020

Kabinet 2020

Kabinet Perikatan Nasional

Perdana Menteri 
Menteri Kanan 
Menteri Penuh


Artinya, “Berbuat adillah, Sungguh Allah menyukai orang-orang yang berbuat adil,” (Surat Al-Hujurat ayat 9).

Selasa, 3 Mac 2020

lapang dada, demi alif ba ta


   Virus Corona / covid 19

sudah jadi ancaman menakutkan buat umat manusia seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Namun, sejak berdirinya kerajaan baru, satu lagi virus menakutkan muncul kembali.

Virus ni akan buat satu pihak gembira, satu pihak lagi putih mata, sedih tidak terhingga.




#kataklompat


Ahad, 1 Mac 2020

Numbers

Assalamualaikum...

2008
I have the numbers : DSAi

2020
I have the numbers : Tun M

Semua sebab : KUDA

naik kuda, kuda-kuda, dikuda, menguda, memperkuda, berkuda, dikudakan

rakyat jelata melihat, menonton

Ubat paling laris tentunya : 
panadol + minyak angin

Blogger 1

bmf

bmf