Khamis, 31 Mei 2012

Sebab PR...

Inilah sebabnya PR, yang ditunjang oleh bapak segala gay, bapak segala kafir, bapak segala rasis, bapak segala rasuah, bapak segala-gala yang menjijikkan dan meloyakan mengadakan demo BERSIH3. Puncanya jeles kat Najib sebab bawa ekonomi Malaysia makin subur dan berkembang.

Kalau nak buat BERSIH lagi, harap PDRM bagi BERSIH semua pendemo tu. Suara majoriti yang wajib dijaga bukan suara minoriti.




Malaysia ekonomi ke-14 paling kompetitif di dunia


2012/05/30
KUALA LUMPUR: Transformasi ekonomi Malaysia semakin diiktiraf global dengan ekonomi negara sekarang berada di kedudukan ke-14 paling kompetitif di dunia, mengatasi beberapa negara maju.

Menurut Institute for Management Development(IMD) yang berpangkalan di Switzerland, Malaysia memperoleh markah tinggi berbanding Australia, United Kingdom, Korea Selatan, China dan Jepun.
"Malaysia mengukuhkan keseluruhan daya saingnya dengan meningkat daripada kedudukan ke-16 tahun lalu," menurut IMD dalam satu kaji selidik 59 negara yang mengukur sejauh mana negara dunia menguruskan ekonomi dan sumber manusia untuk meningkatkan kemajuan.
Ranking ini menempatkan Malaysia di hadapan negara seperti Australia (ke-15), United Kingdom (ke-18), Korea (ke-22), China (ke-23), Jepun (ke-27), Perancis (ke-29), Thailand (ke-30), Indonesia (ke-42) dan Filipina (ke-43).

Menurut rangking IMD, 15 ekonomi paling kompetitif di dunia ialah Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Sweden, Kanada, Taiwan, Norway, Jerman, Qatar, Belanda, Luxembourg, Denmark, Malaysia dan Australia.

Di kalangan negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita kurang daripada AS$20,000, Malaysia mengekalkan kedudukan keduanya di kalangan 29 negara mengatasi China, Chile dan Thailand.

Di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia naik satu tangga ke kedudukan keempat selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan.
Menurut IMD, rangking daya saing "semua ekonomi Asia merosot selain Hong Kong (1), Malaysia (14) dan Korea (22)."

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam satu kenyataan, berkata penambahbaikan keseluruhan rangking Malaysia dalam kaji selidik IMD itu mencerminkan kesan daripada langkah yang diambil kerajaan untuk menambah baik daya saing ekonomi.

"Langkah yang pelbagai ini termasuk menambah baik penyediaan dan kecekapan perkhidmatan awam dan meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawapan," katanya.

Mustapa berkata, daya saing dipertingkat Malaysia itu adalah hasil daripada inisiatif berani dan inovatif yang diambil kerajaan tahun lepas bagi memacu pembangunan, pertumbuhan dan mewujudkan sektor swasta berdaya tahan.

Kaji selidik IMD itu menilai negara mengikut prestasi ekonomi; kecekapan kerajaan; kecekapan perniagaan; dan prasarana.

Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam kategori kecekapan perniagaan iaitu kedudukan ke-6 daripada ke-14 tahun lalu, dan kategori kecekapan kerajaan iaitu ke-13 daripada ke-17.

Peningkatan rangking dicatatkan dalam subkategori kecekapan dan produktiviti perniagaan, kewangan, peraturan perniagaan dan rangka kerja institusi sosial.

Dalam kategori prestasi ekonomi, walaupun Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam 10 rangking utama, namun ia jatuh tiga mata daripada tangga ketujuh tahun lalu.

Ini disebabkan pertumbuhan pekerjaan yang perlahan dan kebimbangan akan peningkatan harga.

Dalam kategori prasarana, rangking Malaysia naik sedikit ke kedudukan ke-26 daripada 27.

Bahagian yang diberi perhatian ialah kesihatan dan alam sekitar, pendidikan dan prasarana saintifik.

"Kami menyedari bahawa terdapat bahagian di mana kami masih boleh menambah baik daya saing kami.

"Perhatian khusus akan diberi bagi menangani bahagian kebimbangan ini. Objektif keseluruhan kami masih sama: untuk mencapai rangking 10 terbaik dalam tempoh terdekat ini," katanya. - BERNAMA

Rabu, 30 Mei 2012

Nizar yang lahanat

Nizar lahanat ni berkokok lagi. Bila dah kantoi kecam pemilik WWW1 tu, mula spin macam-macam. Plet kereta MB Kedah, Kelantan tu dapat free agaknya. Yang dia buat perkara khurafat kat bawah ni apa kejadahnya. kalau dah berbohong, sampai mati akan dicop sebagai pembohong dan terpahat dalam sejarah negeri sehingga ada ceramah tentang kemahiran lahanat ni berbohong.

agaknya, dia tak dapat WWW1 tu, yang buat Nizar lahanat ni meroyan.




SHAH ALAM - Pemimpin Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mahu Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berkenaan pembidaan nombor plat pendaftaran kereta yang melibatkan unsur angka dan wang bidaan.

"Tunggu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh tidak terlibat dalam pembidaan nombor pendaftaran kenderaan, yang berkemungkinan berunsur spekulatif," kata bekas Menteri Besar Perak ini dalam satu mesej Twitter hari ini.

Beliau melahirkan pendirian ini tanpa merujuk kepada mana-mana pihak tetapi dilihat berkaitan dengan bidaan nombor pendaftaran WWW yang menarik minat banyak pihak dan pelbagai kaum.

Khamis, 24 Mei 2012

Memang gila



Kalau ikhlas nak buat muzakarah, tak perlu ada syarat. Ni lah, kalau dah gila, sampai bila pun gila. Umpamanya, dia pinang orang, dia pulak letakkan syarat.

Nik Aziz enggan longgar syarat pertemuan UMNO, PAS


2012/05/24
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak untuk melonggarkan syarat yang ditetapkannya sebelum ini bagi membolehkan muzakarah diadakan antara UMNO dan PAS.

“Biar dulu (soal longgar syarat), yang penting setuju atau tidak dan lepas itu baru kita buat syarat. Budak kecil nak masuk tadika pun ada syaratnya, mana boleh muzakarah tidak ada syaratnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar Kota Jembal bernilai RM3.2 juta dekat sini, semalam.
Nik Aziz berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau bersedia untuk melonggarkan syarat bermuzakarah yang dikenakan kepada UMNO.
Sabtu lalu, Nik Aziz mengenakan dua syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO iaitu UMNO perlu menerima rakan pembangkang iaitu DAP dan PKR serta menukar dasar kebangsaan yang diguna pakai ketika ini kepada dasar Islam.

Kelmarin, beliau menambah satu lagi syarat iaitu menggunakan tajuk ‘Kenapa UMNO Tolak Islam’ untuk muzakarah.

Ditanya kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjelaskan parti itu hanya bersedia mengadakan perbincangan dengan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung salah faham mengenai Islam dan bukan muzakarah dengan UMNO, Nik Aziz berkata, beliau tidak mahu sentuh hal presiden.

“Saya tidak mahu sentuh atau ganggu hal Presiden, yang saya hendak sebut ialah mengenai hal saya. Saya hendak bermuzakarah dengan UMNO, kenapa menolak Islam. Kalau dia (Abdul Hadi) tidak setuju dengan saya, tidak mengapa,” katanya.



Kenapa tak boleh jadi macam kat atas, bertemu dan berbincang demi kekuatan Islam dan perpaduan Melayu

Rabu, 23 Mei 2012

Kalau Bebal

Nak kata bebal, dia ni presiden. Tapi kalau presiden, tak kan pulak bebal...

Dia ni tak tahukah, isu muzakarah tu ditimbulkan oleh Nik Aziz. Bila orang dah hulur, UMNO pun kenalah sambut. Tapi sambutan UMNO bukan dengan syarat dan sumpah seranah. UMNO sambut dengan sopan dan berbudi bahasa. Tak ada masalah nak buat.

Cuma apa yang perlu Haji Hadi tahu, isu muzakarah tu timbul sebab Haji Hadi sendiri yang gatal mulut bangkit isu hudud, konon akan dilaksanakan jika PR berkuasa. Dan isu ni buat Karpal desak Haji Hadi agar diam dan jadi bisu. Lepas ditegur Karpal hingga sekarang dia tak bersuara pasal hudud. Yang dia bersuara pasal isu muzakarah yang disambut baik oleh UMNO.

dan satu yang lawak, dia punya pala hotak ni tak mahu terima perubahan UMNO. Apa saja yang ada kaitan ngan UMNO, benci sungguh. Wal hal, dia tak sedar, kesenangan dan kemewahan hidup yang dia nikmati adalah hasil perjuangan UMNO dalam memajukan dan membangunkan negara. Kelapangan dan kemudahan dia beribadat hatta berceramah di mana-mana adalah atas perjuangan UMNO dalam menegakkan syiar Islam dan menguasai politik negara.

Statement dia kat bawah tu pulak kata, UMNO yang pohon muzakarah dengan PAS. Sepanjang minggu ni ntah apa saja dia buat hingga Nik Aziz yang offer muzakarah pun dia tak tahu. Alih-alih dia tuduh UMNO macam-macam...

Akhir sekali dia kata, tak ada muzakarah dengan UMNO. Presiden PAS dah tak pakai kata-kata mursamdol PAS yang offer muzakarah tu. Sungguh berani. Alangkah indahnya kalau dia kata, 'Suka hati PAS lah nak buat hudud, sebaiknya Karpal Singh diam dan tak usah masuk campur usaha PAS menegakkan syiar Islam'. Kalaulah Haji Hadi berani kata macam tu....


Tidak ada muzakarah - Hadi
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my

TAIPING 21 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) memadam spekulasi akan wujudnya muzakarah antara UMNO dan Pas apabila menegaskan bahawa pertemuan itu tidak akan berlaku kerana menyifatkan ia hanya permainan politik UMNO menjelang pilihan raya umum.

Abdul Hadi berkata, Pas sudah mengajak dan memperkatakan mengenai muzakarah sejak berpuluh tahun lalu tetapi mendakwa UMNO tidak pernah bersetuju malah memberikan pelbagai alasan.

Beliau berkata, tidak timbul soal Pas tidak ikhlas untuk bermuzakarah, sebaliknya UMNO yang perlu ikhlas dalam memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijalankan secara adil.

"Sebenarnya UMNO hanya bermain politik. UMNO mesti tunjukkan keikhlasannya untuk pastikan pilihan raya akan datang bersih daripada sebarang penipuan. Kalau pilihan raya tidak bersih, muzakarah pun tidak ada makna.

"Muzakarah yang dipohon oleh UMNO ini juga hanya hendak menutup isu tuntutan Bersih dan kelemahan UMNO, (maka) kita tidak akan bermuzakarah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, dekat sini malam tadi.

Abdul Hadi mendakwa, tindak-tanduk UMNO yang mahu mengadakan muzakarah dengan Pas menjelang pilihan raya umum akan datang bertujuan menunjukkan kepada orang Melayu bahawa mereka mahu berbaik-baik dengan Pas.

Selasa, 22 Mei 2012

Kena bagi sokongan

Nak gelak baca berita ni. Padan muka Ambabiga. Kali ni baru  dia tahu betapa peritnya kalau privasi terganggu. Tapi, jangan lupa buka gerai kat depan rumah A. Samad Janggut pulak lepas ni. Mesti banyak idea nanti nak berkarya.Sapa-sapa yang anti demo Bersih tu, jomlah bagi sokongan kepada peniaga-peniaga ni.





KUALA LUMPUR 21 Mei - Sebahagian peniaga dan penjaja yang mengalami kerugian ekoran perhimpunan haram Bersih 3.0 bertindak nekad mengecat 60 petak perniagaan di kawasan kediaman rumah Pengerusinya, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, tindakan itu merupakan simbolik pendirian golongan peniaga yang tidak mahu berganjak daripada niat untuk berniaga di situ pada Khamis dan Jumaat ini.

"Hari ini kami buat petak sebab lusa nak berniaga. Kawasan ini lokasi yang 'berpotensi' untuk berniaga.

"Kita jemput orang ramai datang dari pukul 3 petang hingga 8 malam untuk beli barang-barang jualan peniaga sebagai sokongan bantahan ini,'' katanya ketika ditemui di Jalan Setiakasih 1, di sini.

Sabtu, 19 Mei 2012

Dah cakap dah...

dah cakap dah. kalau tua kutuk yang dapat gelaran bapak setan dan bapak kafir ni buka mulut mesti nak pedajal orang. dah tahu buat salah kena cepat-cepat alihkan kesalahan pada orang lain. konon nak bermuzakarah, tapi letak syarat. dia yang pelawa, dia pulak yang kunci pintu tak bagi masuk. patutnya, ajak muzakarah, bawa bersemuka barulah letak tuntutan masing-masing. ni dia pulak bagi macam-macam syarat.

tapi memang respek kat orang tua kutuk ni. otak penipu dia memang tak ada tandingan. dia memang cepat bertindak balas demi menyelamatkan partinya. dah tahu isu hudud buat orang meluat dengan PAS, cepat-cepat tukar isu dengan muzakarah. kini isu hudud dah tenggelam, sama-sama dengan kata-kata karpal yang tak setuju dengan hudud. yang timbul isu muzakarah.






KUALA TERENGGANU 19 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian Pas untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.

Katanya muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.


Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO .

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. - BERNAMA

Haram Jadah

satu lagi haram jadah keluar UMNO...

kalau dah keluar tu, keluar aja lah... tak perlu nak kutuk dan caci yang parti yang selama ini bagi dia makan, bagi anak bini dia makan.... nanti sumber tu jadi haram, satu keluarga jadi haram jadah...


keluar baik-baik, seperti mana masuk dulu pun dengan cara baik. orang akan respek kat kau...




mungkin dia ni kemaruk nak jadi adun, sebab DAP ada kekosongan, mesti haram jadah ni dah berangan siang malam...

untungnya jadi ahli DAP

- boleh jadi adun / mp terjun

- boleh jadi MB Perak terjun ( jika PR menang )

- atau boleh jadi senator

- gaji RM50000

 

Jumaat, 18 Mei 2012

Talian Hayat Pas

Bila HJ. Hadi timbulkan semula isu hukum hudud, semua tahu bahawa itu hanya sandiwara PAS. Justeru bila Karpal Singh bersuara mengenai hukum hudud, Hj Hadi diam menikus. Tak boleh nak lawan big brother. Supaya cadangan PAS ni nampak benar-benar relevan di mata penyokongnya, nampaknya Nik Aziz sangat pintar dalam soal ni. Seseorang perlu disalahkan. Ada yang perlu dikorbankan dan dijadikan kambing hitam. Sebab itulah tiba-tiba otak Nik Aziz hamil idea haram dan melahirkannya setelah presiden Pas jadi orang dungu.


Bila dah bermuzakarah nanti, dia akan spin pulak cerita macam-macam, penolakan hudud oleh Karpal tidak sedahsyat penolakan hudud oleh UMNO. Dah ulangkali dibodohkan oleh PAS, tak kan betul-betul nak jadi bodoh pulak...

Kalau UMNO setuju dengan ni, memang haramjadahlah UMNO. sama haramjadah dengan PAS. Kalau nak buat juga, boleh, tapi mulakan dengan di Selangor. wakil rakyat PAS harus meninggalkan PR dan wujudkan kerjasama di antara PAS dan UMNO dalam memerintah Selangor. itu syarat yang paling ringan UMNO kena bagi pada PAS... kalau setuju, buat. kalau tak setuju dengan syarat tu, jangan buat. dah puas menyesatkan umat Islam baru pulak nak bermuzakarah pulak... itu idea setan sebanarnya tu. Tanpa PAS, UMNO sudah berjaya menegakkan syiar Islam dan dalam masa yang sama membangunkan negara hingga orang-orang Pas dapat hidup dengan aman dan makmur...

PAS dah tahu dia nak mampus, tu sebablah dia nak pedajal UMNO...dengan cara ni sajalah dia dapat meneruskan nyawanya... sebenarnya... kalau nak bagi PAS panjang nyawa, Nik Aziz dan HJ. Hadi wajar letak jawatan. Bagi Haron Din pegang... biar segala setan, jembalang dan jin yang selama ni membelenggu PAS musnah dek penangan Haron Din...



Selasa, 15 Mei 2012

HBN 2012

Ayuh, meriahkan Hari Belia Negara 2012. Banyak info, perkara dan aktiviti menarik khusus untuk para belia disediakan. Nak tidur dalam khemah pun ada, tapi bukan yang couple cam demo haram kat Dataran Merdeka hari tu.






Rabu, 9 Mei 2012

Jemaah BERSIH

ni lagi satu haramjadah. pergi tanah suci sudah tentu nak mensucikan jiwa dan raga. ni sanggup pulak lancarkan BERSIH demi politik songsang. harap semua malaun-malaun ni akan didakwa oleh kerajaan Arab Saudi. Kalau pancung kepala tu nampak berat sangat, tapi kalau sebat kat punggung tu memang sesuai benar lah.


KDN tak mahu cari kah semua haramjadah kat atas tu. demi Ambabiga sanggup mencemarkan agama Islam. yang dapat tahi dan malu sudah pastinya kerajaan Malaysia yang akan dicop sebagai tidak peka dengan peraturan dan undang-undang sesebuah negara. 

kalau selepas ni, jemaah umrah dan haji dikenakan peraturan yang sangat ketat dan bilangannya pulak dikurangkan, semuanya disebabkan haramjadah kat atas tu.

Selasa, 8 Mei 2012

Lagi haramjadah...

Lepas Ambabiga, muncul semula haram jadah sekor ni. Dia ni patut sangat dilucutkan kewarganegaraan. Langsung tiada semangat patriotik terhadap Malaysia. Mungkin cintanya sangat mendalam terhadap Indon. sebaiknya, dia pindah aja di sana.


Burukkan Malaysia di Indonesia
Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


JAKARTA 7 Mei - Bukan mahu mempertahankan nama baik atau mencari jalan untuk menjernihkan kemelut antara Malaysia dan Indonesia, sebaliknya, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez memilih mengecam negaranya sendiri dalam media Indonesia.

Irene yang mengetuai Tenaganita iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak wanita, mendakwa Malaysia bukanlah negara terbaik untuk rakyat Indonesia mencari rezeki.

Rakyat Indonesia khususnya wanita yang ke Malaysia untuk bekerja digambarkan Irene, saling tidak ubah dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol berikutan wujudnya industri perkhidmatan pembantu rumah.

"Kewujudan industri perkhidmatan pembantu rumah dan penswastaan perkhidmatan kesihatan merupakan satu bentuk penjajahan baru yang merosakkan sistem ekonomi negara dan meningkatkan ketidaksamaan jurang antara pekerja asing khususnya wanita," kata Irene dalam satu temu bual dengan akhbar The Jakarta Post yang disiarkan hari ini.

Temu bual yang disiarkan di halaman empat akhbar itu dengan tajuk Malaysia not safe for Indonesian migrant workers merupakan susulan daripada insiden tiga rakyat Indonesia yang disyaki sebagai penjenayah ditembak mati oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mac lalu.

"Polis Malaysia tidak ada kuasa untuk menembak ketiga-tiga mereka sekalipun mereka suspek jenayah. Sepatutnya polis menahan kesemua suspek itu dan bawa mereka ke muka pengadilan seandainya suspek itu diberkas ketika melakukan jenayah," kata Irene yang meminta siasatan menyeluruh dilakukan bagi membuktikan dakwaan polis Malaysia tepat.

Irene mendakwa, berdasarkan laporan, ketiga-tiga rakyat mereka bukan penjenayah.

Dakwaan itu bertentangan dengan laporan polis sebelum ini yang menyebut tiga rakyat Indonesia, Herman, 34, Abdul Kadir Jaelani, 25, dan Mad Nur, 28, yang disyaki penjenayah samun dan pecah rumah bertindak menyerang anggota polis dengan bersenjatakan parang pada awal pagi 24 Mac lalu.

Anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan ke atas ketiga-tiga suspek bagi mempertahankan diri. Kesemua suspek mati ditembak di dalam kawasan sebuah rumah di Port Dickson.

Dakwaan dan tuduhan itu bagaimanapun dinafikan oleh Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa yang menegaskan, pihak berkuasa Malaysia tidak mencuri organ ketiga-tiga rakyat negara itu yang ditembak mati.

Dalam temu bual itu juga, Irene mendakwa, apa yang menyebabkan Malaysia tidak selamat dijadikan tempat mencari rezeki ialah kerana Malaysia tidak memiliki rangka kerja atau sebarang undang-undang khusus untuk mempertahankan pekerja.

"Lebih buruk lagi kerajaan Malaysia juga mengekalkan diskriminasi dalam kalangan pembantu rumah dan buruh ladang iaitu dua sektor yang dikecualikan daripada pengenalan upah gaji minimum," ujar beliau.

Selain kerajaan Malaysia dan PDRM, Irene turut menempelak majikan yang bebas memperlakukan apa sahaja kepada amah mereka hanya kerana diberikan kebenaran memegang pasport pekerja masing-masing.

"Majikan di Malaysia melanggar undang-undang dengan memberi rasuah kepada polis dan mahkamah," dakwa Irene sambil menggesa pemerintah Indonesia tidak menyambung usaha menghantar pekerja ke Malaysia.

Berhubung usaha Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan Program 6P, Irene secara sinis berkata, akornim P dalam program itu ialah 'Penipuan'. - UTUSAN

Khamis, 3 Mei 2012

Ambiga bila pulak...

yang ni dah kena...


Bersih 3.0: Ketua cabang PKR Rasah didakwa
Oleh SITI NOORALINA AHMAD

KUALA LUMPUR 3 Mei - Ketua cabang PKR Rasah, R. Tangam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melanggar perintah Mahkamah Majistret berhubung larangan menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) pada 28 April lalu.

Hakim Mahmud Abdullah membenarkan Tangam, 50, diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 5 Jun ini. -UTUSAN


yang ni bila lagi. mahkamah dah larang, polis dah bagi tempat, dia buat juga. memang saja nak tempah bala. sekarang ni tunggu nak heret je.... tapi bila....


Rabu, 2 Mei 2012

Memang Betul Dataran Merdeka ....

Maaf bukan nak perlekeh KPN. 

Tapi gambar Dataran Merdeka yang padat dengan orang tu memang betul. Cumanya yang nampak, sapa-sapa yang berkawan dengan setan. Gambar tu pun dikeluarkan oleh media siber PR. Maknanya gambar tu memang benarlah di kalangan orang PR.

Parti yang dah isytihar boleh berkawan dengan setan tentu sekali boleh nampak segala jenis hantu dan jin hatta setan serta iblis yang turut sama berdemo menyokong Ambiga. Semuanya sebab satu, demi sokongan yang cukup tinggi terhadap PAS terutamanya atuk Niki tu.

Kalau bukan puak pembangkang dan PR, lebih-lebih lagi rakyat yang cintakan kedamaian memang sah tak akan nampak. Tu sebablah Anwar dan Ambiga boleh claim sampai ratusan ribu yang menyertai Demo Bersih3, dia kira sekali segala jenis setan dan hantu serta jin yang turut sama berdemo. walhal yang datang tak sampai 50K. Dan itulah sebabnya juga, Anwar nak sangat-sangat menawan Dataran Merdeka sebab dia dah kena panggil oleh bapak setan yang jadi jenderal Demo Bersih di kalangan setan-setan dan segala hantu jembalang....


KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mempertahankan tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata pada perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka Sabtu lepas kerana peserta demonstrasi bertukar menjadi ganas dan merempuh sekatan polis.

“Perhimpunan pada Sabtu lalu bukan lagi perhimpunan aman apabila ia bertukar menjadi rusuhan dan merosakkan banyak harta benda awam malah turut mencederakan pegawai-pegawai polis yang sedang bertugas,” katanya pada sidang media, Isnin.

Katanya, penganjur perhimpunan tidak mengotakan janji mereka untuk berhimpunsecara aman malah tidak mengawal penyokong-penyokong sehingga mereka bertindak ganas dan melanggar undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada perhimpunan itu, jelas kelihatan polis yang mula hanya berkawal terpaksa bertindak akibat provokasi perusuh yang bertindak liar dengan merempuh pengadang dan kawat berduri yang dipasang di sekitar Dataran Merdeka yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh Mahkamah Majistret.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.

Ismail berkata, polis mempunyai banyak bukti seperti gambar dan rakaman videoyang menunjukkan polis menjalankan tugas dengan penuh sabar dan berhemah sehinggalah perusuh mula bertindak ganas.

Sehubungan itu, katanya, polis akan menyiasat hasil perhimpunan ini secaramenyeluruh bagi mencari motif dan mengesan mana-mana individu atau kumpulan yangbertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku pada perhimpunan tersebut.

“Sesiapa saja yang ingin membuat laporan polis berkaitan keganasan yang berlaku dan menimpa mereka, boleh segera membuatnya dan saya menerima apa saja laporan termasuk laporan daripada polis sendiri bagi memudahkan kami menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.

Ismail juga berkata, terdapat banyak gambar palsu yang telah diolah dan disebar menerusi internet yang mana boleh menjatuhkan imej negara.

“Saya mendapat dua gambar, satu gambar menunjukkan Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning dan gambar sebenar menunjukkan padang Dataran Merdeka kosong, hanya perusuh di luar kawasan dataran. Ia telah disabotaj dan disebar menerusi Internet…ini memburukkan imej negara dan saya akan memantau keadaan ini juga,” katanya. – BERNAMA



Blogger 1

bmf

bmf