Rabu, 30 Oktober 2013

Jangan jadi....

Jangan jadi macam kat Selangor sebelum PRU dahlah....

Ramainya datang jamuan, tapi yang undi BN...?


Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Cina Sungai Limau di Bilik Gerakan BN DUN Sungai Limau.



Masyarakat Cina yang sokong BN dalam PRU lepas dianggarkan 10 ke 15 %. Bolehkah meningkat atau tambah menjunam..?

Namun, kalau budaya memberi habuan bila saja ada PRK berterusan... nampak gayanya.... boleh bungkus BN...

Apa pun... dengan banyaknya kecelaruan dalam PAS, terutamanya dengan budaya berpuak-puak... Insya Allah.... orang Melayu Islam akan sokong BN dan memastikan kemenangan Calon BN tanpa mengharapkan undi Cina....





Selasa, 29 Oktober 2013

striker

Aku cukup kagum dengan striker baru BN ni.... bukan hanya mampu bertahan, merancang strategi tapi dapat melaksanakannya dengan cukup berjaya....ibarat pemain bola, semua posisi dia boleh masuk....jadi jurulatih pun boleh diandalkan..... bahkan, jadi budak kutip bola pun dia sanggup demi kelancaran sesuatu game bola tu....

banyak buat kerja dari lebih baik daripada banyak cakap....


Jumaat, 18 Oktober 2013

Kenapa pilih


 Kalau aku, bagilah tugas ikut kawasan..

kenapa perlu pilih Zahid, Shafie dan Mukhriz..






Belah pantai timur dah ada....

Belah selatan dah ada....

yang perlu dicari......

Belah utara dan barat.... serta satu kerusi wajib bagi pada bumiputera Sabah...

Moga yang menang akan dapat memberikan sumbangan kepada UMNO dan negara. Yang kalah, janganlah merajuk, tugas besar masih ada dalam memastikan UMNO terus kekal sebagai teraju pentadbiran negara. 

Khamis, 17 Oktober 2013

Bila kalah

Apahal pulak ni.....

Bila kalah, 14 AJK tak mahu terima ketua baru. Sanggup pulak letakkan jawatan. 



HAMISA DICABAR NAIBNYA

30 November pemilihan semula 14 AJK Wanita UMNO Kalabakan

TAWAU 17 Okt. - UMNO Bahagian Kalabakan menetapkan 30 November ini bagi mengadakan mesyuarat agung khas untuk pemilihan semula 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita bahagian itu yang meletak jawatan selepas menang dalam pemilihan Sabtu lepas.
Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, tarikh itu diputuskan dalam mesyuarat UMNO bahagian itu di sini hari ini.
"Apabila mereka meletak jawatan, mengikut Fasal 12.11, Peraturan Pergerakan Wanita UMNO, UMNO Bahagian Kalabakan mengambil alih semua pentadbiran Wanita Kalabakan dan akan menetapkan satu tarikh mengadakan mesyuarat agung khas semula untuk memilih 14 kekosongan.
"UMNO Bahagian Kalabakan menetapkan pertandingan (pemilihan semula) cuma (bagi jawatan) 14 AJK (yang kosong) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Dua hari lepas, Suriyani Lamai yang mengetuai 14 AJK itu mengisytiharkan mereka meletak jawatan sebagai protes terhadap proses pemilihan itu yang didakwa tidak telus.
Selain Suriyani, 13 lagi AJK berkenaan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.
Abdul Ghapur berkata, mesyuarat turut menerima cadangan supaya 14 AJK yang meletak jawatan tidak dibenarkan bertanding semula kerana ada kemungkinan mereka akan meletak jawatan sekali lagi sekiranya keputusan pemilihan baharu masih seperti pemilihan pada 12 Okt lalu.
Mengenai status 14 AJK berkenaan, beliau berkata sehingga ke hari ini Umno bahagian belum menerima sebarang surat rasmi mengenai peletakan jawatan mereka.
Bagaimanapun Abdul Ghapur berkata, terpulang kepada 14 AJK berkenaan sama ada untuk menghantar surat rasmi atau tidak namun mereka sepatutnya berbuat demikian berdasarkan peraturan parti.
Katanya, beliau akan menemui Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 19 Oktober ini bagi memaklumkan mengenai perkara yang berlaku dalam pemilihan Wanita Umno Bahagian Kalabakan Sabtu lepas.
Mengulas dakwaan bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Hamisa Samat kononnya pemilihan Wanita bahagian itu tidak telus, Abdul Ghapur berkata, urusetia mesyuarat perwakilan dan pemilihan itu dikendalikan sepenuhnya oleh AJK lama Wanita bahagian itu yang diketuai Hamisa sendiri.
Dalam pemilihan itu, Hamisa yang merupakan penyandang Ketua Wanita kalah kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi. - BERNAMA

yang bold merah tu, memang lawak betullah.... 

Bala? Laba?

Menjelang PAU 2013...

Ini bala kah atau laba....

Dapat untung atau tak dapat untung...

Bolehkah tarik undi....






Polis siasat Ali Rustam

 

Rabu, 16 Oktober 2013

Kalau sudah nasibnya..

blog ni terus-terusan naikkan imej DS Hishamuddin....

mungkin banyak yang dia dapat hasil naikkan imej DS Hishamuddin...

mungkin dia orang kuat DS Hishamuddin....

mungkinlah....



klik gambar kalau nak tahu lebih lanjut... 

tapi tak kisahlah.... dia nak julang siapa.....

Akramsyah yang dia julang pun tumbang... walau dalam ruang siber begitu popular...

tapi nasib Hishamuddin mungkin berlawanan dengan Akramsyah...

KJ digambarkan sangat lemah dan tidak popular di alam maya...... senang-senang aja bagi ko empat calon lain....

DS Hishamuddin mungkin juga begitu....tak popular di alam siber... namun perwakilan bagi undi sebab seseorang tu popular di alam realiti... sentiasa bersama-sama pengundi dan sentiasa pamerkan senyum di bibir.....





perwakilan yang mengundi, tak kan peduli kekurangan yang ada pada DS Hishamuddin... yang dilihat ialah kemesraan dan keramahannya bila bersama orang ramai...

aku memang tak mengharapkan dia ni jadi NP.... sebab KDN di bawah dia dilihat begitu lemah....
dan yang sentiasa teringat-ingat isu cium keris dan minta maaf....sumber





Namun seperti apa yang berlaku pada KP UMNO, nasib DS Hishamuddin juga kemungkinan besar akan sama....

Imej teruk di ruang siber tidak semestinya akan tumbang.


Isnin, 14 Oktober 2013

Salam


salam semua.....

selamat menyambut Hari Raya Haji


yang tak bestnya.... ada pulak cerita kat bawah...

petugas dipukul

klik gambar...

siapa punya angkara ni patut diharamkan dari menjadi ahli UMNO...

di bawah jawapan insiden di atas... klik gambar....

Mohamad Ezam Mohd Nor





dahsyatnya,,,,

Dahsyat sungguh pukulan KJ ni.....


Keputusan rasmi jawatan Ketua Pemuda: Khairy Jamaluddin mendapat 189 undi bahagian, manakala pencabar lain Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi ; Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak Izhar Khalid; Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Abd. Karim Ali tidak beroleh sebarang undi.

daripada 191 bahagian, tolak 2 ( Bahagian Pensiangan tidak mencalonkan Ketua Pemuda, manakala mesyuarat Bahagian Gelang Patah ditangguhkan kerana berlaku pertikaian.) semuanya pilih KJ.

memang betullah...

Kaulah Jantanku..

kalau semua yang mengundi KJ ni dijaga baik-baik.... tak syak lagi... mungkin KJ akan jadi PM selepas Najib.... mungkin 15 atau 25 tahun akan datang... ( ambil kira PM sekarang ni tetap akan kekal memerintah kecuali ada batas pegang jawatan.

Mungkin yang jadi halangan hanya Mukhriz... sebab umur tak jauh sangat dengan KJ




Ahad, 13 Oktober 2013

Akhirnya..

Akhirnya.....

Post Pic

yang menang dah boleh angkat tangan.....

yang kalah, kena terima keputusan dengan redha...

yang tak puas hati.... salurkanlah ke tempat yang betul....










popular.....

Kalau lihat trend di bawah.....

01 KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR 19229 76

02 SYED ROSLI BIN SYED HARMAN           0       0

03 AKHRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH BIN SANUSI 0 0

04 IRWAN AMBAK BIN KHALID IZHAR 0      0

05 ABD KARIM BIN ALI                               0 0

Nampak gaya KJ boleh menang besar....












memang popular sungguh....

sekarang ni lagi jadi menteri... 



muka saban hari keluar tv, media online dan paper.... memang orang akan ingat sungguh.... tak payah nak kempen-kempen....

banding 4 orang lagi tu.... siapa yang kenal....

baik juga KJ menang, banding sorang tu yang confident menang 60%..... bila dah cakap macam tu.... memang confirm bungkus....

tapi jangan jadi....

Ketua Jahanam dahlah....

namun... andai menang memang wajar bagi tabik..


Sabtu, 12 Oktober 2013

gambar

Gembira sangat puak pembangkang tengok gambar ni....
















Anak perempuan kesayangan Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir kelihatan bersama-sama dengan dengan Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dalam satu Persidangan Pelajar Antarabangsa 2013 anjuran KDU di Traders Hotel, Pulau Pinang pagi ini 10hb Oktober 2013.

Bukannya tidak tahu akan perangai para pengkagum Mahathir ni bila bertindak dan berbicara .. jenis pakai kepala lutut untuk berfikir gunakan otot untuk berhujah.

Jenis baka babarian.

Selama ini macam-macam puak babarian melabelkan  YAB Lim Guan Eng .. dari anti Islam dan Melayu kepada sampailah nak wujudkan Kristian sebagai agama rasmi.
 Tapi Marina ni memang akrab sangat dengan PR..









Macam Khalid Samad dan Shahrir Samad, salahkah pilih haluan politik masing-masing....













yang di atas, mungkinkah penyokong-penyokong PR juga meroyan. Tapi kalau dah fikr dengan tapak kaki, semua perkara pun akan ditafsirkan jahat....






Blogger 1

bmf

bmf