Selasa, 29 September 2020

belum sedar lagi


sekarang ni..
pung pang pung pang 
kutuk kawan
tak pa lah, kawan buat jahat
redha je la...
tapi.. biarlah diri sedar sikit ya

yang undi, rakyat bawah sana
kena analisa semula
cenderungnya di mana
hala trendnya bagaimana...

tapi...
pengundi di Sabah beza dengan pengundi di semenanjung..
yang sama, cuma satu... majoritnya
muak dengan korupsi, muak dengan rasuah
yang banyak terpalit tu semua..
tahu kan...
biar mahkamah yang 
tentukanya..


untuk rekod : 

UMNO bertanding 32 kerusi

menang, 14 kerusi.. atas kertas 

memang nampak satu keputusan yang 

tidak berapa cantik... Namun.....

kena ingat, UMNO bermula dengan 1 kerusi saja sebelum dun bubar..

dari 1 dapat 14... kalau tak ada sabotaj,

kalau tak salah pilih calon, mungkin akan bertambah lagi.. mungkin 4 atau 5 kerusi..

tengok... hebatkan UMNO.. kan kan

bayangkan... jika barisan kepimpinan UMNO, bersih dan tidak terpalit sebarang kes mahkamah..

pung pang pung pang...

bukan itu yang nak diulas...

imej pemimpin UMNO tu sebenarnya yang buat pengundi mula menjauhkan diri dari barisan nasional.... terutamanya UMNO

Akar umbi mungkin masih bertahan menyokong UMNO, tapi berapa banyak jika banding dengan para pengundi atas pagar..

Para bangsawan UMNO, terutamanya yang masih terlibat dalam kes mahkamah, sebaiknya, sebaik-baiknya.. contohilah DSNR, berbesar hatilah... 

Kalau nak UMNO kukuh dan kuat, fokuslah pada kes mahkamah.. berilah teraju kepimpinan kepada pemimpin yang layak dan disenangi rakyat jelata.. dalam UMNO, ramai sangat pemimpin yang boleh memimpin... 

kalau tidak, jangan hairan... bunga merah akan lahap sedikit demi sedikit kekuatan yang ada pada UMNO... 

#ingat game, worms zone




Blogger 1

bmf

bmf