Rabu, 31 Julai 2013

mana satu

aku baru cadang-cadang nak sokong dia ni....



sumber

tapi terus layu bila nampak gambar ni....



sumber

gambar tak kisah, tapi aku kisah apa yang dia tweet tu.....

tak bolehkah dalam PAU nanti, sapa-sapa bagi cadangan:

semua jawatan yang disandang hanya maksima selama 10 tahun je... cukup-cukuplah pegang jawatan sampai rambut dah putih atau kepala dah licin.... bagilah peluang orang lain pulak yang pegang....

Rabu, 24 Julai 2013

Tutup

Temberang sungguh KPM ni. 

Bilik dah dihias cantik macam tu pun tak boleh diguna untuk makan atau jamuan








Bilik persalinan ditutup
Oleh BORHAN ABU SAMAH
SUNGAI BULOH 24 Julai - Kementerian Pelajaran memutuskan bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, di sini, ditutup serta merta.
Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan berkata, bilik persalinan itu didapati tidak sesuai dijadikan kantin sementara dan murid-murid terbabit kini kembali menggunakan kantin yang dibuka semula hari ini.
"Niat guru besar berkenaan baik iaitu untuk memastikan sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa kantin dalam pengubahsuaian, maka murid-murid berkenaan ditempatkan di bilik persalinan.
"Bagaimanapun bilik berkenaan tidak bersesuaian dan kita memutuskan supaya ia ditutup," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan sekolah berkenaan serta melawat bilik persalinan berkenaan.
Sehubungan itu beliau menasihatkan para pentadbir sekolah di seluruh negara supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di sekolah tersebut dan memastikan ia tidak berulang.
Dalam pada itu beliau juga memberi sejumlah sumbangan peribadi kepada sekolah berkenaan bagi membolehkan kerja memperbesar kantin dilakukan.
"Kementerian juga mempertimbangkan cadangan sekolah untuk memperbesarkan kantin yang pada masa ini tidak lagi dapat menampung lebih 1,000 murid yang belajar di dalam dua sesi," katanya. - Utusan Online
by BORHAN ABU SAMAH July 24 at 2:32 PM

Aku nak komen satu je kat sini. Kalau sekolah Melayu ada Cina dan India, untung sangatlah sekolah tu. Mesti akan dapat perhatian. Mata  Kementerian Pelajaran Malaysia terang sungguh menyuluh sekolah tu...

BestariNet dah ada yang beroperasi. Jalur lebar dengan kelajuan 4G. Tapi kasihan, ada sekolah yang tak ada bilik akses, makmal komputer. Ada makmal komputer tapi tak siap, jadi gajah putih. KPM tolong tengok-tengokkan benda ni. Takkan era Hishamudin tak boleh diteruskan.dalam era Muhyidin. 

yang di bawah ni tak tahu, apa jadi... dah siap ke belum.....Laporan audit 2010

27 MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH BESTARI TAK SIAP, HANYA 2 DARIPADA 300 SEKOLAH DI SABAH DISIAPKAN
Semakkan Laporan Audit Negara 2010, mendapati kesemua 27 makmal komputer Sekolah Bestari yang diuruskan Kementerian Pelajaran gagal disiapkan dan diserahkan sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan.
Manakala projek makmal komputer sekolah harian di Sabah hanya dua daripada 300 makmal disiapkan. Menurut laporan tersebut, perbelanjaan bagi kedua-dua projek mencapai 11.3 peratus dan 82.1 peratus.
"Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah dan Sekolah Bestari tidak mencapai objektifnya. Ini kerana kontraktor gagal menyiapkan dan menyerahkan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan," sebut laporan itu.
Laporan itu menyebut kerajaan perlu mengamal pengurusan kewangan dan berbelanja secara berhemat serta mementingkan value for money bagi mengawal perbelanjaan serta mendapat faedah yang maksimum.
"Adalah didapati kos pembinaan 27 bangunan makmal komputer sekolah bestari yang dibuat secara tender terbuka dalam lingkungan RM700, 000 hingga RM980, 000 sebuah. Bagi sekolah harian dalam lingkungan RM350,000 hingga RM500,000," katanya.
Audit juga mendapati makmal komputer tidak siap atau tidak sempurna dan tidak praktikal. Mengikut kontrak, tempoh penyiapan selama sembilan bulan bermula 15 September 2008 hingga 15 Jun 2009 kemudiannya dilanjutkan antara 1 Disember hingga 23 Mei 2010.
Bagaimanapun mereka laporan itu mendapati kesemua makmal tersebut masih tidak disiapkan sepenuhnya atau diserahkan sehingga bulan 2010. -













Isnin, 22 Julai 2013

liwat lagi....

dalam bulan suci ramadan al mubarak ini, kita dikejutkan lagi dengan kes liwat Nuar... kali ni berita tentang perlantikan Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah....

habislah nuar.... kali ni tak ada peluanglah nak tangguh-tangguh.....
barangkali berita ni juga yang buat karpal masuk HKL....



sumber :anwaraidc




kembali ke pangkal jalan

untuk rujukan...

Sabtu, 20 Julai 2013

Tarik saman


Banyak duit Husam ni, saman orang kemudian tarik balik. Bayar kos pulak. Buang duit buang masa.

Husam tarik balik saman




Husam telah menipu sahabat dan rakyat

Sebelum kita lupa Normala Sudirman

Husam itu pembohong


kenapa tarik balik saman. ..?

benarkah, artikel di atas benar dan bukan fitnah...?

Husam je la yang tahu..... 

tapi,

kira dah kalahlah tu sebab tak mahu lawan.....





Rabu, 17 Julai 2013

Mungkinkah

Mungkinkah..pasangan yang menghina umat Islam ini akan didakwa....



Ahli parlimen daripada pihak kerajaan dan pembangkang dah desak kerajaan ambil tindakan. Dakwa dan sumbat dalam penjara. Kes dah cukup kuat, memang sah menghina Islam, hina logo Halal lagi...

Hina Islam

tapi... cuma saranan mungkin. Kerajaan BN dah cukup dengan minta maaf. Buat kesalahan dan minta maaf. Sudah cukup. itu saja.

Buat salah... minta maaf. Hina Melayu, Hina Islam lepas tu minta maaf...  dah cukup...






Isnin, 15 Julai 2013

ayam

Harga ayam naik, Ada pulak nak suruh pengguna boikot ayam. Kalau ayam cina lagi satu tu, memang pun wajar kena boikot.... memang haram

ingat pula harga gula naik. lantas suruh kurangkan gula. kenapa tak suruh jangan beli gula...

 



KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai ’menukar’ selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata, langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.
"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri,” katanya. - Bernama
jangan nak lepas tangan pada pengguna aja... kalau berbulan-bulan harga ayam tak turun, aidilfitri nanti tak makan daging ayamlah jawabnya... kalau macam tu, baik haramkan saja penjualan ayam...

heran juga... kementerian dah ada undang-undang, kenapa tak guna kuasa tu untuk ajar dan balun siapa-siapa yang sabotaj harga ayam hingga naik tak terkawal... pemantau dah ada banyak... maklumat dan info mungkin dah banyak kat kementerian. tolonglah bijak sikit bila ambil tindakan... takkan undang-undang yang ada hanya dalam almari perhiasan saja.

takkan siapa yang sabotaj harga ayam pun tak tahu... sebab kementerian tak urus benda ni dengan betul... akhirnya, PM juga yang dapat tahi ayam... sebab benda-benda macam ni, PRK Kuala Besut boleh buat BN putih mata dan gigit jari....

Sabtu, 13 Julai 2013

Menang...

Memang pun PAS akan menang di kawasan Cina. Bahkan kalau letak kopiah PAS lawan calon Cina BN pun pasti PAS akan menang. Sebabnya... pengundi senyap cina ni dah tolak BN. Ualng lagi... dah tolak BN, dah tolak mentah-mentah BN....


 

Harakah : PAS Lebih Mudah Menang Di Kawasan Cina
by  on Jul 12th, 2013 · No CommentsSelena Tay – Sebelum tahun 2000, Pas sukar menang di kawasan di mana terdapat ramai pengundi Cina, tetapi kini Pas senang menang di kawasan sedemikian. Yang peliknya pula ialah Pas masih sukar menang di kawasan perkampungan Melayu kecuali pada pilihan raya tahun 1999.
Kini minda pengundi Cina sudah boleh menerima perjuangan Pas dan perubahan ini bermula pada pilihan raya tahun 2008.
Untuk Pilihan Raya Kecil di Kuala Besut, Terengganu, di mana semua pengundinya ialah Melayu, Pas sukar menang. Sepatutnya di kawasan majoriti Melayu, Pas harus menang dengan mudah sebab Pas bukannya parti sekular ataupun parti Cina ataupun parti orang putih.
Namun yang peliknya ialah Pas sukar menang di kawasan seperti Kuala Besut. Oleh itu, soalan yang perlu ditanya ialah mengapa dan kenapa ramai Melayu masih belum bersedia mengundi Pas?
Jangan disebabkan oleh DAP yang juga parti komponen Pakatan Rakyat, masyarakat Melayu tidak mahu mengundi Pas.
Masyarakat Melayu harus ingat bahawa dalam DAP ada ahli Melayu yang sekarang telah menjadi Ahli Parlimen (Mohd Ariff Sabri di Raub dan Zairil Khir Johari di Bukit Bendera) dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Tengku Zulpuri di Mentakab). Masyarakat Melayu juga jangan diperdayakan oleh matematik palsu bahawa DAP akan berkuasa jika Pas menang pilihanraya.
Yang perlu diketahui oleh masyarakat Melayu ialah orang Cina kini sudah boleh memberi undi kepada Pas.
Justeru, sepatutnya masyarakat Melayu harus lebih mudah lagi untuk memberi undi kepada Pas.
HARAKAH – BIL 1860 / 12 – 14 Julai 2013

sebab apa cina sokong PAS...

-sebabnya... PAS dah tolak perjuangan Islam. Yang tegakkan dan perjuangan Islam hanyalah UMNO melalui kerajaan. Kalau UMNO tak perjuangkan ISLAM, mana mungkin PAS itu ISLAM...

-PAS dan jadi sekular... contohnya kat Selangor, bagaimana BN perintah Selangor, begitu jugalah PAS dalam PR perintah Selangor. Bahkan di Kedah lagi teruk PAS tadbir. Tu sebablah tumbang dalam PRU lepas...

- dan yang penting... PAS tu tetap akan jadi kuda tunggangan DAP. Tetap akan dicucuk hidung. Itu yang Cina mau.... bukan sebab Cina dah terima perjuangan ISLAM. Kalau soal terima ISLAM... cina dah lama terima ISLAM bila BN kukuhkan pemerintahan dengan cara ISLAM. Cuma, sebab terlalu bergantungnya PAS pada DAP, PAS sanggup lihat ISLAM diperlecehkan oleh CINA DAP...

Jumaat, 12 Julai 2013

calit

calit, sekarang ni dah celup pulak.... kalau ada lagi yang bising-bising pasal dakwat tak lekat, cepat hilang, mudah tanggal..... macam satu orang tu yang jelajah satu Malaysia jaja SPR menipu tapi hanya berani buat laporan dakwat hitam tidak kekal je.....

kalau lepas ni  bising lagi pasal dakwat hitam.. ada baiknya SPR siram saja sapa-sapa yang nakkan sangat dakwat hitam tu kekal.... siram dengan minyak hitam...






Khamis, 11 Julai 2013

baiah

Ini sumpah / baiah calon PAS:

Sementara itu, lafaz baiah tersebut berbunyi:
"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.
"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."

Maunya akujanji dalam perkhidmatan awam juga macam baiah di atas. 

Penjawat awam yang tiap masa jadi duri dalam daging, sentiasa buat kerja sambil lewa demi menjatuhkan reputasi dan prestasi kerajaan yang didokong oleh BN. dia orang ni banyak bertaburan dalam jabatan-jabatan kerajaan.sebab jahanam-jahanam tulah kerajaan BN jadi cacian dan cercaan rakyat.

apa pun, harap calon BN ni menang. Menang besar andai tiada sabotaj.














lawan kontraktor ni... cam mana dia boleh jadi kontraktor di negeri yang BN perintah. kalau dia dapat projek dari BN, memang insan ni tak pernah nak bersyukur dengan rezeki yang diberikan.


Blogger 1

bmf

bmf