Rabu, 15 Ogos 2012

Ustaz Nasha akan...




Ustaz Nasharudin akan tetap kekal dengan PAS. Dia tak kan akan masuk UMNO. Baginya hubungan persaudaraan sesama Islam takkan mampu dibatasi oleh fahaman politik. Lagi pun, dia nak orang-orang yang ada dalam PAS tu pecat dia. Tapi, tak dak sapa yang sanggup nak pecat Ustaz Nasha ni, sebab dia ni satu-satunya pewaris ulama PAS...  fahaman asli PAS. tak macam Nik Aziz yang dah tercemar....



Tak Hairan Jika Nasharudin Keluar PAS, Kata Nik Aziz

KOTA BAHARU, 15 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah pada Selasa.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.


Akhbar pada Rabu memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.


Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.


Pada Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.


Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.


-- BERNAMA

Blogger 1

bmf

bmf