Jumaat, 30 Mac 2012

MB Johor




Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub nak bertanding di Johor


Samada ini proses membina kubu atau menggali kubur, tapi percaturan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub nak bertanding di kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional wajar dihormati.

Dalam satu pertemuan eksklusif dengan Agendadaily, Salahuddin yang sudah dua penggal jadi ahli Parlimen di Kelantan menyatakan hasrat hati untuk berbakti pada rakyat negeri kelahirannya.

Beliau memilih untuk bertanding di negeri tumpah darahnya, Johor Darul Takzim pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Soal lari dan ditolak pengundi Kubang Kerian yang dimenangi sejak 2004 tidak timbul langsung apa lagi jika ianya dikaitkan dengan cubaan membunuh karier politiknya.

PAS Kelantan difahamkan mahu anak negeri tersebut bertanding di kubu PAS itu, selain Salahuddin, calon import Kelantan juga adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli yang menang di Parlimen Kuala Krai.

Bagi Salahuddin, pengalaman serta pendedahan politik sebagai wakil rakyat di negeri Kelantan selama dua penggal cukup bermakna, maka sekali ini sudah sampai masa untuk segala yang ditimba dicurahkan ke Johor pula.

Dalam pertemuan dengan Agendadaily di bangunan Parlimen baru-baru ini, beliau mengakui rasa hatinya mengenai hasrat untuk berubah tempat bertanding pada PRU13 nanti, “saya adalah orang Johor, dah sampai masanya untuk memberi bakti dan perkhidmatan saya untuk rakyat Johor pulak.”

“Segi hati kecil saya alangkah baiknya sekiranya pengalaman yang saya dapat serta segala kebaktian yang saya curahkan di Kelantan itu, sekali ini sekiranya diizinkan oleh rakyat Johor, saya ingin pula menabur bakti kepada negeri saya sendiri, rakyat saya sendiri,” tambah Salahuddin yang dilahirkan pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor.

Salahuddin menganggap apa jua keputusan yang dibuat untuk bertanding di Johor merupakan satu kepuasan yang akan dinikmatinya lebih-lebih lagi sekiranya dapat memberi perkhidmatan terbaik pada rakyat tempat tumpah darahnya.

Beliau adalah bekas Ketua Pemuda PAS, kini salah seorang Naib Presiden parti itu. Salahuddin merupakan tokoh muda dalam PAS yang dikatakan amat disenangi oleh Musyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ketika ditanya samada tindakannya itu kerana kemungkinan rakyat kawasan Parlimen Kubang Kerian sudah mula menolaknya, Salahuddin berkata, “terpulang pada mana-mana kajian terhadap prestasi diri saya, tidak layak saya untuk menyatakan tentang prestasi saya tapi yang penting adalah ini masa terbaik untuk saya balik ke Johor.”

Bagaimanapun Salahuddin tidak menyatakan beliau akan bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun ramai dikalangan ahli-ahli Parlimen pembangkang menganggap beliau adalah tokoh Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Pembangkang itu berjaya menawannya.

Pun begitu, dalam pertemuan ini Salahuddin membayangkan akan bertanding di kawasan beliau dilahirkan.

Antara kerusi Parlimen dan DUN yang berpotensi untuk beliau adalah kerusi Parlimen P164 Pontian yang mempunyai dua DUN iaitu N53 Benut dan N54 Pulai Sebatang kini dimenangi Barisan Nasional (BN). Manakala kerusi Parlimen P165 Tanjong Piai juga mempunyai dua DUN iaitu N55 Pekan Nenas dan N56 Kukup semua dimenangi BN.

Mengenai peluang menang di mana-mana kerusi di Johor yang dianggap kubu kuat UMNO/BN, Salahuddin menyifatkan sebagai satu cabaran dan nikmat perjuangan.

Katanya, “dalam sejarah pertarungan peperangan tokoh-tokoh di dunia ini, bila kita berhadapan dengan sesuatu yang mencabar barulah kita merasai nikmat perjuangan, jadi kita tidak harus selamanya duduk dalam zon selesa.”

Menurutnya, perjuangan di medan yang lebih mencabar akan membuktikan keupayaan sebagai sorang ahli politik dan ianya adalah suatu misi.

“Menang atau kalah itu adat dalam perjuangan tapi disaat kita diperlukan kita mesti memberikan sumbangan bakti kita,” tambahnya.

Ditanya samada ianya satu usaha untuk 'membunuh karier' masa depan politiknya, Salahuddin menegaskan bahawa perkara itu tidak timbul sama sekali.

Katanya, “itu adalah daripada 'calculation' saya sendiri, misi saya sendiri, bukan orang lain yang mengatur saya untuk ke mana-mana. Kalau saya mahu di Kelantan, tak ada masalah, Pasir Mas pun 'pinang' saya untuk berlawan di situ.”

“Titiwangsa (PAS) juga meletakkan saya calon nombor satu, saya lebih selesa kiranya nak menang atau nak duduk dalam zon selesa terus kekal di tempat yang mungkin memberikan peluang kemenangan tapi itu tidak menjadi matlamat saya.” ujarnhttp://www.blogger.com/img/blank.gifya.-30/3/2012 OLEH LUKMAN ABDULLAH


AgendaDaily

mungkin sebab ini...

Pas: Jika PR menang, Salahuddin MB Johor
Wartawan Sinar Harian
8 Februari 2012
MAHFODZ-MOHAMED

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor, sekiranya Pas menguasai negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Membayangkan hasrat itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, ‘tuan punya badan’ juga telah memberi lampu hijau bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan kerusi mana yang akan diberikan kepada Salahudin sehingga diumumkan pucuk pimpinan parti kelak.

“Keputusan ini bukan lagi khabar angin. Memang benar dan Salahuddin akan kembali ke negeri kelahirannya untuk menguatkan Pas dan pada masa sama memberi motivasi kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di selatan Semenanjung,” katanya.

Mahfodz berkata, Pas akan menggunakan 33 kerusi yang dipertandingkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan sembilan di Parlimen

“Sudah tentu dia diletakkan di kawasan yang boleh dikatakan selamat, bukan ‘rumah sembelihan’ walaupun tidak semestinya kawasan majoriti Melayu,” katanya.

Ditanya mengapa Pas Johor berminat mencalonkan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu sebagai calon menteri besar, beliau berkata, Salahuddin mempunyai pengalaman untuk membantu Pas negeri itu.

“Pengalaman beliau di peringkat Pusat amat penting untuk membantu kemenangan parti ini memandangkan musuh kami, BN juga mempunyai tokoh hebat,” katanya.

Ditanya apakah yang menjadi ‘kayu ukur’ kepada kekuatan kepada Pas di Johor, beliau berkata, undi kepada pembangkang khususnya Pas semakin meningkat pada pilihan raya umum yang lalu.

Malah beliau menyangkal dakwaan, tindakan meletakkan Salahuddin bertanding di Johor sebagai usaha meminggirkan golongan ulama.

“Tidak ada niat kami buat begitu dan ia sebenarnya tidak betul. Lagipun Salahuddin sendiri mahu menyumbang jasa dan memastikan banyak kerusi akan ditawan,” katanya.

Namun nada berbeza diutarakan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau apabila beliau mengatakan isu bakal menteri besar tidak pernah dibincangkan di peringkat pimpinan pakatan di negeri itu.


“Saya khuatir sekiranya banyak cakap mengenai calon yang akan mengisi jawatan menteri besar boleh menyebabkan rakyat Johor melabelkan PR sebagai parti yang gila kuasa dan mahu jawatan semata-mata,” katanya.

Rabu, 28 Mac 2012

Individu dan PM Malaysia

Yang ni bakal PM Malaysia jika PR menang. Dah confirm



yang ini, ramai yang kata ada tokoh jadi PM, tapi kerja pengurusan dan pentadbiran lingkup



yang ni sepatutnya jadi PM kalau Anwar tak mahu jadi PM, seperti kata majalah AsiaWeek



yang ni kata boleh jadi PM setelah dia berjaya mentadbir Perak dengan bantuan dan tunjuk ajar dari DAP..



sebab tak ada sorang pun yang bayangkan dia ni boleh jadi ketua, dia ngaku sendiri nak jadi PM Malaysia

Selasa, 27 Mac 2012

Saffe kembali tajam

di bawah, 4 gol jaringan Saffe Sali membelasah lawan dalam ISL 6 - 1 Ahad lepas. Kalau macam ni punya penyudah, ada harapan pertahan piala AFF. Namun, Indonesia khabarnya telah memberi taraf kewarganegaraan kepada penjaring gol pertama Pelita Jaya. Indonesia dah ciplak habis apa yang Singapura buat.

Isnin, 26 Mac 2012

Tembak dah betul tapi kena lain

Ini tembak....



....ini...



....tapi kena ini



- Marah sungguh pada Hassan Ali, hingga lupa senapang hala kat mana peluru kena kat mana.. Lepas ni, Azmin kena jawab banyak perkara, jangan jadi macam boss dia yang asyik nak spin cerita. asyik nak serang orang hingga keburukan diri sendiri tersingkap.


Kos ubah suai pejabat RM300,000 dilulus Exco – Hasan Ali
26/03/2012 3:06pm

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR 26 Mac – Bekas Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Ali berkata, pengubahsuaian pejabatnya berharga RM300,000 telah mendapat kelulusan Exco dan kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bahawa pengubahsuaian pejabat beliau melibatkan kos yang tinggi.

Hasan berkata, tuduhan Azmin secara langsung mempersoalkan kredibiliti anggota Exco dan kerajaan negeri dan meragui kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam sidang media di rumahnya di sini, Hasan mengesa Azmin agar membandingkan kos kerja-kerja pengubahsuaian pejabat Exco yang lain, termasuk Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar; dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali.

Sementara itu, Hasan turut mengesa Azmin menjawab lima persoalan, termasuk dakwaan terhadap sumber kewangan Azmin dan isteri membeli saham mencecah RM2 juta pada 1992-1994, sedangkan gaji beliau, pada masa itu, hanya RM2,000.

Hasan juga mahu Azmin menjawab dakwaan bahawa Azmin tidak menziarahi dan hampir terputus hubungan dengan ibu kandung sendiri yang berumur 78 tahun, serta menyahut cabaran agar ujian DNA dijalankan ke atas anak beliau Farah Afifah di klinik kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Sabtu, 24 Mac 2012

Nala Saman Nuar





Nala tidak gusar notis, cabar Anwar cepatkan saman

24 Mac 2012
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Senator Datuk S. Nalakaruppan tidak akan berganjak daripada kenyataannya baru-baru ini yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak sebagai pemimpin dan tidak gusar dengan notis menarik balik kenyataan yang disampaikan oleh peguam Anwar kepadanya.

Malahan, Nalakaruppan mencabar Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR itu supaya menyegerakan tindakan undang-undang ke atasnya.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, Nalakaruppan berkata, peguam Anwar telah menghantar notis tuduhan fitnah dan berniat jahat terhadap ketua pembangkang itu pada Khamis lepas yang memberinya tempoh 48 jam untuk menarik balik kenyataan itu.

"Saya telah menerima notis itu dan saya tidak akan menjawab suratnya itu. Saya akan terus bercakap mengenai beliau sehingga beliau mendakwa saya di mahkamah," katanya.

Senator Mohamad Ezam Md Noor yang hadir dalam sidang akhbar itu berkata, tindakan Anwar menghantar notis itu menunjukkan bahawa beliau takut dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas rakan baiknya itu. - Bernama


rupanya hanya sekadar notis. tapi kecoh konon dah saman. kalau tak menipu dalam sehari memang tak sah hidup.

apa kata, Nala ni yang saman Nuar sebab Nuar tak mahu saman dia ekoran cerita sedap Nuar yang dia telah bongkar. heran juga ya, kenapa tak mahu saman je. bukannya susah peguamnya, dah selesai. sama juga cam sumpah laknat yang patut dibuat agar persepsi rakyat terhadap Nuar kembali melonjak. kalau Nuar berani lakukan sumpah laknat untuk kes China Doll dan liwat tu, rasanya jalan Nuar menuju ke Putrajaya semakin bersinar. Dah tak perlu dah lampu tepi jalan untuk terangi perjalanan Nuar ke Putrajaya. Hasil sumpah laknat tu, pasti dapat tawan Putrajaya dengan mudah.

cuma masalahnya, Nuar tak berani nak bersumpah laknat.

PM Tolong Anwar

Anwar sedia berdebat

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini enggan berdebat dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, hari ini menukar pendirian dan bersedia untuk berbuat demikian termasuk dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau bersetuju untuk berdebat setelah dicadangkan berbuat demikian oleh pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang menghubunginya malam tadi.

Menurut Anwar, Assange mencadangkan beliau berdebat dengan Raja Petra dan Najib secara terbuka dan Assange akan menganjurkan debat tersebut secara langsung. Saya telah memberi jawapan untuk bersetuju kepada Assange melalui Twitter," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Assange tidak memaklumkan mengenai tarikh debat berkenaan, namun, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat itu yang boleh diikuti oleh seluruh dunia.

Beliau turut bersedia bertolak- ansur tentang lokasi debat tersebut, namun, Assange telah memaklumkan kepadanya untuk mengadakan debat itu secara sidang video.

"Saya tidak kira format debat, saya boleh bertolak-ansur sama ada di Malaysia atau di London, terpulang kepada penganjur," katanya.

Malah, jelas Anwar, beliau bersedia jika ketiga-tiga mereka berada di tempat yang sama untuk menjayakan debat itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas mengenai isu yang akan disentuh dalam debat tersebut.

Mengenai keengganan beliau berdepan dengan Raja Petra dalam forum anjuran WikiLeaks sebelum ini, Anwar berkata, penganjur tersebut hanya mahu mewawancara beliau tanpa memaklumkan mengenai kehadiran Raja Petra.

"Bagi saya kalau wawancara, maka ia hanya saya seorang dan saya tidak tahu ia merupakan forum," ujar beliau.

Baru-baru ini, Raja Petra melalui laporan portal berita Free Malaysia Today mendakwa beliau digugurkan daripada senarai ahli panel forum anjuran WikiLeaks di Kent, England atas permintaan Anwar.

Raja Petra turut menganggap Anwar sebagai pengecut kerana enggan bersemuka dengannya dan mendakwa ketua pembangkang itu mungkin mengambil tindakan tersebut sebab bimbang perbincangan pada forum berkenaan akan membangkitkan isu politik semasa di negara ini.


Hebat betul lah Nuar ni kalau spin. Tak pasal-pasal PM pulak yang kena tanggung beban dia. Tak mahu debat dengan RPK, bagi pulak PM kita ruang untuk berdebat dengan RPK dan Anwar. Dia dah tahu PM tak kan berdebat dengan orang yang ilmunya hanya fantasi dan imaginasi. Tak ada hasilnya. Baik berdebat dengan Assange aja, lagi puas hati. Ni nak berdebat dengan dua banduan yang tak pernah-pernah nak taubat ni. Nak cover takut berdebat dengan RPK, terpaksa jual nama PM





kalau masa ni dia ajak PM berdebat, mesti PM tak tolak. Debat dengan Khairy pun dah tak boleh berkata-kata. Ni nak debat pulak denga PM



padanlah ulangkali kata pergi Mekah, rupanya guna photosop aja. Nilah muka kaki penipu yang paling dipercaya.

Khamis, 22 Mac 2012

Selamatkah FELDA?



Dalam FELDA tu ada :

- gunting dalam lipatan

- musuh dalam selimut

- musang berbulu ayam

orang-orang Anwar ni ada di mana-mana saja. kalau bukan orang Anwar pun, pasti orang yang tergiur dengan imbuhan yang diberikan jika dapat membekalkan apa saja maklumat yang boleh menjahanamkan DS Najib. Ni mesti dalangnya, talibarut anak.

walau kerajaan jaga dan bela FELDA ni dengan sebaik-baiknya, seperti menatang minyak yang penuh, namun sudah cukup selamatkah FELDA dari orang-orang dalam yang cuba merosakkan FELDA. Rosak FELDA maka rosak jugalah reputasi DS Najib.

Jatuh reputasi DS Najib, maka senang sangatlah nak tawan Putrajaya. Sebab itulah, semakin dekat pilihanraya ni, serangan lebih khusus dan terarah kepada PM.


FELDA buat dua laporan polis berhubung kebocoran dokumen sulit


2012/03/22
KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan FELDA hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kebocoran dua dokumen sulit FELDA yang dipaparkan dalam sebuah portal berita tempatan.

Setiausaha Lembaga FELDA, Asiah Sohit membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini kira-kira jam 9.40 pagi.
Beliau berkata, dua dokumen itu ialah minit mesyuarat bil.278 yang bertarikh 8 Januari dan buku mesyuarat pengurusan FELDA bersama Perdana Menteri bil.3 bertarikh 27 Jun 2011.
"Saya mula menyedari pembocoran dokumen ini apabila saya melihat portal berita itu bertarikh 15 dan 19 Mac," katanya kepada pemberita.

Sehubungan itu, katanya, FELDA meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab di atas pembocoran dokumen terbabit. - BERNAMA

Rabu, 21 Mac 2012

Satu Malaya Kena Tipu.

Tak tahu nak kata apa dah. Ingatkan budak perempuan ni kena culik. Aku ada sentuh penculikan budak perempuan beberapa hari lepas. Rupa-rupanya satu Malaya kena tipu. Dasar....

Umur 15 tahun dah ada teman lelaki. Seusia ini sepatutnya menghabiskan masa dengan buku. Tapi budak perempuan ni menghabiskan masa bercinta dengan lelaki yang 11 tahun lebih tua dari usianya. Anak apa ni, patutlah mak bapa risau. suruh belajar tapi bercinta. lebih-lebih lagi bakal menduduki ujian PMR tahun ni.

barangkali, tak tahan dengan nasihat ibu bapa itu yang buat budak perempuan ni mendapat tekanan perasaan dan tidak bahagia lagi tinggal di rumah mak bapak. lantas sanggup pulak lari dari rumah dan tinggal di rumah teman lelaki. ada baiknya bagi nikah aja budak perempuan ni, kalau tak bertambah lagi kes maksiat kes buang bayi...






Siti Fatihah mengaku kepada polis dia tidak diculik
21/03/2012 4:17pm

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM

KUANTAN 21 Mac – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.

Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

Menurut beliau, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik setelah menyiasat remaja itu dan dia mengaku keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak. - UTUSAN

Selasa, 20 Mac 2012

Nik Aziz sokong Yahudi

Jadi, selama ni kerajaan Malaysia tak salah. Kerajaan hanya berniaga dengan bangsa Yahudi, bukan negara Israel. Dan bangsa Yahudi tu pun bukan direct dari Israel.

Tapi Anwar tetap salah sebab dia nak agar keselamatan negara Israel diberi keutamaan. Kat negara Israel tu, semua pemimpinnya adalah zionis. pembunuh rakyat Palestine. hari-hari nak membunuh aja kerjanya. Negara yang dah kuat, nak dipastikan lagi selamat dari ancaman. Yang ini lebih zionis dari zionis.




Nik Aziz: Yahudi lain, Zionis lain
NORHASRAM MOHAMAD
20 Mac 2012
Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, kekeliruan orang ramai selepas Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang hanya menentang urus niaga dengan kerajaan Zionis yang menguasai tanah Palestin secara haram.

Nik Abdul Aziz berkata, Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai ‘parti’ dalam Yahudi itu sendiri.

Katanya, Yahudi lain, Zionis lain kerana Zionis merupakan parti dalam Yahudi yang mempunyai agenda jahat sejak lebih 100 tahun lalu.

“Yahudi ni bangsa, bangsa tidak ada yang jahat tapi yang jahatnya ialah manusia, begitu juga Melayu dan Arab, Melayu dan Arab tidak jahat tapi yang jahatnya ialah perangai orang Melayu dan Arab itu sendiri.

“Orang Yahudi tidak minta untuk jadi Yahudi dan saya sendiri tidak nak jadi Melayu tapi bangsa saya bangsa Melayu, apa boleh buat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kelmarin mempertahankan kenyataan Abdul Hadi dengan mendakwa berurus niaga dengan Zionis bererti mengiktiraf kewujudan mereka.

Beliau juga kecewa kerana larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994.

Kenyataan Abdul Hadi sebelum ini mendapat respons daripada pimpinan Umno termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menganggap Pas tidak konsisten apabila menyokong umat Islam bekerjasama dan menjalin hubungan dengan Yahudi.

Mohd Shafie berkata, kenyataan itu menunjukkan parti Pas menyimpang daripada prinsip asal mereka.

Ketika menjawab soalan media selepas sesi dialog program bersama pemimpin bagi mengutip dana menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 di Pusat Konvensyen Shah Alam Sabtu lalu, Abdul Hadi menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan negara yang mengamalkan fahaman Zionis.

Katanya, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurus niaga dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

Pas katanya, menolak Zionis kerana ia kefahaman anarki Yahudi yang menganggap bangsa Yahudi sebagai bangsa mulia serta menganggap bangsa lain adalah binatang.
www.sinarharian.com.my

Isnin, 19 Mac 2012

Culik Gadis Remaja

Aku simpati dengan malang yang menimpa keluarga di bawah seperti yang dilaporkan oleh UTUSAN. semoga remaja perempuan yang diculik ini berjaya ditemui semula dan sekaligus mengheret penculik-penculik remaja perempuan ni ke muka pengadilan. Nampaknya, kes penculikan orang semakin menjadi-jadi kebelakangan ni



Remaja perempuan diculik ketika beli kad tambah nilai
19/03/2012 8:47pm

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM


KUANTAN 19 Mac 2012 - DARI kiri, Nor Mala Mohd. Lazin, bersama suaminya, Mahadi Muda dan anak mereka, Siti Nurul Aishah, menunjukkan gambar anak sulung mereka, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, (gambar kecil) yang didakwa dilarikan oleh sebuah kenderaan berwarna gelap ketika hendak membeli kad tambah nilai telefon bimbit di sebuah kedai berhampiran dengan rumah mereka di Taman Tas di sini hari ini. - UTUSAN/KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM

KUANTAN 19 Mac – Seorang pelajar perempuan dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.

Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun.

Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.

Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361. - UTUSAN



Harapnya nasib gadis remaja di atas janganlah jadi seperti apa yang berlaku ke atas gadis remaja di bawah. walaupun laporan di bawah menyatakan gadis tersebut berjaya diselamatkan, namun tujuan penculikan gadis ialah pemerdagangan orang untuk tujuan pelacuran.

Polis Thailand selamatkan gadis Malaysia yang diculik
19/03/2012 9:02pm

SHAH ALAM 19 Mac - Seorang gadis berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang baru-baru ini berjaya diselamatkan polis Thailand di sebuah stesen keretapi di Bangkok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihak Kedutaan Malaysia di Bangkok telah berurusan dengan pihak berkuasa Thailand untuk penghantaran pulang gadis itu ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Mohd Adnan berkata, gadis itu telah menelefon ibunya yang tinggal di Seksyen 18 di sini pada pukul 4.57 petang 12 Mac lepas dan ibunya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini mengenai panggilan itu pada hari yang sama.

Mohd Adnan berkata, dalam panggilan telefon itu gadis berkenaan memberitahu ibunya bahawa dia dan beberapa orang warga Myanmar itu telah diculik oleh sekumpulan orang, lalu dibawa ke Thailand.

"Bagaimanapun, mereka berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah, katanya.

Mohd Adnan berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dengan pihak Kedutaan Malaysia di negara itu. — BERNAMA


sama-samalah kita mendoakan remaja perempuan yang diculik di atas berjaya ditemukan. dengan kecekapan dan ketangkasan PDRM, dan sokongan semua pihak, remaja perempuan ini pastinya akan ditemui. Insya Allah

Ahad, 18 Mac 2012

Kapal Selam Tak Boleh Menyelam

Betul lah apa kata pembangkang tentang kapal selam yang Malaysia beli tak boleh menyelam. Nampaknya kerajaan terpaksa mengakui apa yang di katakan oleh pembangkang semuanya benar. Bukan dusta melainkan benar belaka.



boleh rujuk kat sini

dan juga kat sini

Sabtu, 17 Mac 2012

Yahudi itu halal

Kata-kata Hj Hadi kat bawah ni menghalalkan segala musibat yang melanda Anwar Ibrahim berhubung dengan negara Israel.

Tak salah Anwar ada koneksi dengan Israel asalkan ia bukan zionis. Betullah ni, tapi macam mana nak tahu yahudi ni zionis atau sebaliknya. cam Anwar juga, macam mana nak tahu dia ni seorang peliwat. ada dia pernah bagi tahu dia seorang peliwat. zionis tu tak kan pernah mengaku mereka ni yahudi zionis.

lepas ni, tak salah ada hubungan dagang dengan Israel. Nampaknya, kalau PR memerintah, akan ada hubungan diplomatik dengan Israel.Asalkan Israel bagi perakuan yang mereka bukan yahudi zionis. satu lagi, bolehlah terima dana dari yahudi walaupun dana itu untuk menjatuhkan negara yang setiap masa tidak mengiktiraf negara yahudi dan memperjuangkan hak rakyat palestine.

sebab nak pertahan Anwar, Hj ni bagi rakyat tambah keliru. Nampaknya, Hj Hadi ni dah jadi macam Nik Aziz. Kenapa dulu tak kata macam ni, kenapa baru sekarang bila negara dilanda keributan berhubung dengan hubungan Anwar dan yahudi.

Israel = negara
yahudi = bangsa
zionis = kefahaman

tak faham sungguh, yahudi yang duduk kat israel tu adalah bangsa yang setiap masa menjadikan keselamatan sebagai perkara utama. sebab fikir keselamatan mereka terancam, adalah lebih baik pada mereka mengancam keselamatan negara-negara jiran terutamanya negara palestine yang diceroboh. sebab itulah berlaku pencerobohan dan perluasan wilayah dilakukan oleh regim israel. dan ini yang Anwar nak selamatkan lagi.

orang yang mengancam nyawa orang lain pulak yang nak dibela.

Presiden Pas: Niaga dengan Yahudi OK, tapi bukan Zionis
NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
17 Mac 2012
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.

"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini.

Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis,

Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Justeru menurut Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu kontroversi.

Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Malah, Nik Abdul Aziz juga pernah menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.

Kemudian, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya yang disiarkan oleh WSJ.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak bersetuju dengan penyelesaian dua negara bagi mengatasi tuntutan rakyat Palestin.

"Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersam harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu," katanya.

Jumaat, 16 Mac 2012

Amah

apa kata, majikan pulak buat macam kat bawah:

1. sewa bilik sebulan ( termasuk bil air, letrik )= RM300

2. makan minum = RM200

Jumlah = RM500 daripada RM700 tinggal RM200. dengan ni, majikan boleh upah dua atau tiga orang amah. potongan kat atas tu belum masuk lagi, belanja perubatan, hiburan, pengangkutan dan sebagainya. jadi untuk seorang amah, majikan perlu bayar minima RM200.

kalau tak buat macam tu, nampak sangat majikan kat negara kita ni ditindas.



Seorang amah, satu tugas

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.

Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.

Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah

Menurut Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman, penetapan empat bidang khusus itu dibuat sebagai langkah memastikan amah yang dihantar ke Malaysia benar-benar terlatih.

Pada masa sama, keputusan itu juga jelas beliau, dilakukan, bagi menyenangkan majikan di Malaysia yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah.

Selama ini, jelas Dr. Reyna, amah yang dihantar ke Malaysia tidak profesional dan melakukan semua kerja rumah sehingga menyebabkan majikan mudah marah kerana pembantu berkenaan tidak terlatih.

"Seorang TKI yang dihantar ke Malaysia akan menjalankan satu tanggungjawab sahaja. Kalau dia diperlukan untuk menjaga anak, maka jaga anak sahajalah.

"Tetapi kalau majikan mahukan TKI melakukan kesemua empat tugas khusus itu maka mereka harus mengambil empat TKI melakukan kerja-kerja itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan JTF Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta ejen pembantu rumah asing Malaysia.

Bagaimanapun, untuk menguasai kemahiran dalam empat bidang khusus tersebut, Dr. Reyna menjelaskan, kesemua amah harus mengikuti latihan selama 200 jam di pusat bimbingan yang diiktiraf oleh pemerintah Indonesia.

Hasil persetujuan itu juga, seramai 106 pembantu rumah Indonesia akan dihantar ke Malaysia sebaik mereka selesai menjalani latihan berkenaan yang bermula hari ini.

Latihan selama 200 jam berdasarkan bidang khusus itu dijangka selesaikan dalam tempoh 21 hari .

Dr. Reyna turut memberitahu, sebanyak 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan.

Sementara di Malaysia pula, kata beliau sebanyak lima daripada 221 agensi pekerjaan sudah menyatakan kesediaan untuk menguruskan penempatan amah-amah tersebut.

Kesemua 106 amah berkenaan pada ketika ini sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat.

Dr. Reyna yakin selepas penghantaran kumpulan pertama itu, ribuan lagi dapat dikirim ke Malaysia, dengan anggaran antara 4,000 hingga 5,000 orang sebulan.

Menurutnya, kedua-dua JTF juga bersetuju kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja mereka kepada agensi pekerjaan.

Persetujuan lain yang turut dicapai kata beliau, ialah pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu serta dibenarkan menyimpan pasport sendiri.

Sehingga kini, belum ada seorang pun pembantu rumah Indonesia dihantar secara rasmi ke Malaysia sejak Indonesia menarik balik moratorium pengiriman pembantu rumahnya ke Malaysia pada 1 Disember tahun lalu.

Pembekuan sementara itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di dua pertemuan iaitu di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Pemerintah Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia. - Utusan

Anak Murid Adam



dalam diam rupanya Adam ni dah ada pengikut. hebat sungguh dia ni. tapi rasanya kerajaan tak kan bagi hukuman pada dia ni. bijak sungguh dia ni guna AUKU untuk racun pelajar lain bencikan kerajaan. walhal tujuan asala nak gambarkan kerajaan Malaysia amat zalim.

dah nama PELAJAR, kenalah BELAJAR sungguh-sungguh. bukan nak berpolitik dan berdemo haram je. sebab tak ada peraturan macam AUKU lah jiran seberang kita ni menghadapi masalah nak kawal mahasiswa. ada je yang tak puas hati kat dia orang. dahlah suka berdemo, masa yang sama menjahanamkan pulak harta kerajaan. dahlah banyak ganggu ketenteraman awam, buang masa, buang tenaga, buang wang dan beri persepsi yang buruk pada negara. ini belum lagi banyak kerugian yang dialami oleh banyak pihak bila demo haram dibuat.


Baca Sini

Khamis, 15 Mac 2012

JK Pemandu



Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Dilantik Ketuai Jawatankuasa Pemandu Pas

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- PAS telah melantik bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman untuk mengetuai panel lima anggota Jawatankuasa Pemandu sebagai penasihat kepada kerajaan PAS Kedah.

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata selain Halim yang juga Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, yang turut dilantik ialah beliau sendiri, Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Perak, Asmuni Awie.

"Jawatankuasa ini akan memantau pelaksanaan manifesto pilihan raya PAS di samping menasihati mengenai cadangan kepada kerajaan negeri Kedah.

"Ia bukan merupakan badan eksekutif dan tidak akan campur tangan dalam pentadbiran negeri Kedah dan apa yang dilakukannya ialah bagi memastikan pelaksanaan manifesto menepati apa yang kita janjikan kepada rakyat," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Jawatankuasa ini dibentuk berikutan krisis di dalam kerajaan negeri Kedah yang menyaksikan dua anggota exconya iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh tidak sebulu dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abu Bakar.

-- BERNAMA




yang patut kena pandu ialah orang kat bawah ni:



banyak cakap tapi kerja tak ada

Pengarah Strategi

UMNO perlu ada Pengarah Strategi juga, sama seperti Rafizi, walaupun banyak tuduhan yang dilemparkan tidak berasas dan diragui kebenarannya, namun sebab nak pastikan musuh bungkus, spin sebaik mungkin untuk buat rakyat percaya. dia benar-benar dapat serap ilmu DS Anwar dalam membuat musuh terkulai. Serang, serang, serang, dengan cara apa tak penting, yang penting, musuh tumpas. Fokus pada finalnya, bukan pada cara.



mangsa pertama:



dalam politik pembangkang, jika suami melakukan kesalahan, maka wajar seluruh keluarga itu menanggung kesalahan suaminya. yang ni hanya untuk musuh PKR aja. kalau puak dia orang, suami buat kesalahan, yang salah tetap UMNO dan BN. Dan dia berjaya buat Shahrizat tak mahu sambung kontrak jadi menteri bila kontraknya tamat.

mangsa seterusnya:



tuduhan DS Najib guna wang rakyat untuk bayar majlis pertunangan anak kat hotel. Susah betullah jadi PM. Buat majlis aja, guna duit kerajaan. Pergi luar negara guna duit kerajaan. Itu PM lah. Takkan dia tak tahu guna duit untuk peribadi dan urusan kerajaan Malaysia. Tak kan dia tak boleh siap siaga dengan musuh-musuh dalam selimut yang bersekongkol dengan pembangkang nak menjahanamkan karier politik dia. DS Najib belanja tu dia ada kerja. kerja sebagai PM. DS Anwar tu, gaji satu ringgit boleh keliling Malaysia dan keliling dunia. Mesti pakai duit banyak tu. Itu dari mana dapat duit. Takkan kerajaan Selangor yang bagi kut.

kesimpulannya, UMNO perlu ada Pengarah Strategi macam Rafizi ni. setidaknya pun ada team yang diterajui oleh seseorang yang berfungsi untuk memporakperandakan pembangkang dengan isu-isu dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pembangkang. Bezanya cuma satu. Kalau Rafizi bawa tuduhan yang boleh diragui kesahihannya, namun UMNO perlu tunjukkan bukti kukuh. Jangan harap blogger aja yang bongkar dan selongkar.


Yang kat bawah ni buat kat Selangor memang cun.



tapi orang kat atas tak sesuai galas tugas ni. yang sesuai orang kat bawah ni:



ini dia jadi hero

Rabu, 14 Mac 2012

Calon Ganti Shahrizat




Kalau parlimen masih belum bubar, rasanya yang paling layak ganti Shahrizat ialah :



Selasa, 13 Mac 2012

Raka Widyarma



Siapa Raka Widyarma? Mungkin di kalangan kita tidak kenal. Tapi bila sebut Rano Karno, mungkin dari kita ramai yang kenal. Bintang filem Indonesia ini begitu terkenal di era 70-an hingga 90-an. apa kaitan Raka dengan Rano?. Raka adalah anak angkat kepada Rano Karno

Kalau lihat tak ada pentingnya pada kita. Namun ia amat penting bila Raka mengenali dan bertemu dengan pengedar ekstasi warganegara Malaysia. Bahkan mungkin sudah ulangkali membeli pil ekstasi sebelum ditangkap oleh polis.

Mungkin melalui Raka pihak polis Malaysia mampu mendapatkan maklumat untuk menangkap pengedar ekstasi dari Malaysia ni. Nampaknya Malaysia sudah jadi pusat pengedaran dadah melalui kurier pulak. dahlah jadi tumpuan rakyat Iran untuk proses dadah kat sini, kini jadi pusat pengedaran dan penjualan dadah pulak.

apa pun, kita harapkan pihak polis terutamanya dapat menjejak para pengedar dadah ni walaupun terpaksa mengambil masa. dan usaha ini semakin mendatangkan hasil bila mana saban hari ada sahaja penangkapan yang melibatkan nilai dadah hingga mencecah jutaan ringgit

Raka pesan pil ekstasi guna aplikasi “WhatsApp”

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JAKARTA: Polis mendedahkan Raka Widyarma, anak angkat Timbalan Gabenor Banten, Rano Karno yang ditahan kerana memiliki dadah minggu lalu, memesan lima butir pil ekstasi daripada pengedar dadah di Malaysia melalui aplikasi bual sosial popular telefon pintar, “WhatsApp Messenger.”

Jurucakap Polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanto berkata, “Dia tidak membeli dadah itu melalui internet, ketika disoal siasat dia mengaku berkomunikasi dengan pengedar dadah melalui “WhatsApp”.”

Katanya. lelaki Malaysia yang menjual dadah kepada Raka, dikenali sebagai Mr Tan dan menurut Raka, mereka bertemu dan berkomunikasi sejak tiga bulan lalu ketika dia pergi bercuti di Kuala Lumpur.

Selepas Raka, 20, pulang ke Indonesia, dia menghubungi Mr Tan melalu “WhatsApp” untuk memesan pil ekstasi, yang telah dirampas oleh polis.


Pil yang dipesan oleh Raka, diseludup dalam bungkusan Federal Express (FedEx).


Katanya, polis akan memeriksa butiran perbualan antara Raka dan Mr Tan untuk menyiasat bagaimana lelaki itu menjalankan perniagaan dadahnya.

Namun begitu, pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya menahan Mr Tan, tetapi akan meminta kerjasama daripada polis Malaysia untuk menyiasat penglibatan Tan dalam kes ini.

“Itu adalah di bawah bidang kuasa mereka,” katanya. - Jakarta Post

Isnin, 12 Mac 2012

Israel Sudah Tidak Selamat

Israel sudah tidak selamat!

Agar negara Israel terus wujud di muka bumi ini, mereka akan terus membunuh, membunuh dan membunuh. Apa yang penting bagi mereka, keselamatan perlu ditingkatkan walaupun terpaksa membunuh orang-orang yang bukan menjadi ancaman.

Adakah Israel tidak selamat hingga ada yang menyokong usaha menjamin keselamatan Israel. Adakah Israel yang mempunyai sistem pertahanan yang amat canggih dan sistem persenjataan yang amat maju perlu diberi perhatian lagi dalam menjamin keselamatannya.



GAZA CITY 11 Mac – Serangan udara terbaru Israel hari ini membunuh seorang kanak-kanak Palestin berumur 12 tahun, meningkatkan angka kematian kepada 18 orang sejak serangan bermula kelmarin.

Pembunuhan pemimpin Jawatankuasa Penentangan Popular dan beberapa pejuang Palestin lain dalam serangan Israel sejak Jumaat lalu, menyebabkan berlaku beberapa kejadian keganasan di sempadan Israel-Gaza.

Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) menggesa kedua-dua pihak kembali bertenang, namun pejuang Palestin berikrar membalas tindakan pembunuhan itu selain tentera Yahudi juga menyatakan akan terus melancarkan serangan jika rakyat mereka diserang.

Sabtu, 10 Mac 2012

Kuasa MB

1.Anwar = penasihat ekonomi negeri Selangor
bagi nasihat berkaitan ekonomi negeri Selangor. senang cite, bagi idea cam mana nak lonjakkan ekonomi negeri selangor. Semua exco Selangor tak pandai ekonomi tu sebablah lantik penasihat.

2.Pemandu = Memantau pentadbiran MB Kedah. Jika ada berlaku percanggahan atau pertentangan pendapat di kalangan exco dan MB, Pemandu akan berikan idea untuk buat keputusan. MB tidak ada kuasa untuk buat keputusan atas kapasiti sebagai MB. Jadinya MB macam gambar kat bawah:



PAS Pusat anggap MB Kedah buta. Buta mentadbir. Lihatlah Pas, bagaimana pemimpin mereka sendiri dihina demi memuaskan hati segelintir pihak. kenapa Pas Pusat tak berani pecat MB atau kenapa tak berani pecat malaun dua ekor tu.

Kuasa mutlak MB


2012/03/10
PAS Pusat tiada hak campuri pentadbiran kerajaan Kedah

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan PAS Pusat, tiada dalam perlembagaan negeri dan tidak boleh mengehadkan kuasanya sebagai Menteri Besar.

Oleh itu, katanya, jawatankuasa berkenaan juga tidak berhak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.
“Kita negeri kena ikut perlembagaan negerilah... Jawatankuasa Pemandu itu hanya bagi pandangan dan nasihat secara peribadi. Pada saya, sesiapa pun boleh bagi nasihat.
“Lagipun Jawatankuasa Pemandu itu tidak ada dalam perlembagaan. Saya pun tidak tahu siapa dia Jawatankuasa Pemandu itu? Apa dia punya ‘terms of reference’ (terma rujukan)?

“Macam mana saya nak komen.. ya dak (betul kan)? Bila sudah tahu nanti baru boleh komen,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya, di Jalan Sultanah di sini, semalam.

Menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, jawatankuasa tertinggi dalam pentadbiran negeri adalah jemaah EXCO yang diketuai Menteri Besar di mana pelantikan mereka mendapat perkenan Sultan Kedah selain mengangkat sumpah mengikut Akta Rahsia Rasmi.

Isnin lalu, PAS Pusat mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemandu itu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri sebagai penyelesaian kepada krisis dalaman kerajaan Kedah berikutan penolakan dua EXCOnya terhadap pentadbiran Azizan.
Walaupun kemelut itu dilihat selesai selepas dua EXCO terbabit, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh bersetuju menyertai semula barisan EXCO negeri, Jawatankuasa Pemandu itu antara lain didakwa berfungsi memberi pandangan mengenai apa yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat dalam tugas Azizan mengurus dan mentadbir Kedah.

Phahrolrazi sebelum ini mendakwa Jawatankuasa Pemandu akan berfungsi sebagai kuasa pemutus tertinggi, sekali gus membolehkan sebarang percanggahan pendapat di kalangan EXCO, termasuk dengan Menteri Besar diselesaikan oleh jawatankuasa itu.

Ditanya pandangan Phahrolrazi mengenai perkara itu, Azizan berkata: “Dia ambil (ikut) undang-undang mana.. kita negeri ikut perlembagaan negeri.”

Sementara itu, Anwar ketika diminta mengulas isu sama berkata, Jawatankuasa Pemandu hanya bertindak sebagai penasihat dan tidak boleh mengambil alih kuasa Menteri Besar.

“Peranannya sama seperti saya sebagai Penasihat Ekonomi kepada Menteri Besar Selangor. Ia tidak jejas atau melanggari undang-undang.

“Sebagai Penasihat Ekonomi Menteri Besar Selangor, saya hanya beri nasihat berdasarkan pandangan daripada rakan pimpinan parti selain kerana mempunyai sedikit pengalaman. Bagaimanapun, saya tidak ambil alih kuasa Menteri Besar,” katanya.

Khamis, 8 Mac 2012

Isu Khalwat Ostat

Ostat Bad buat kecoh dengan kes khalwatnya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pulak yang jadi rimas. Dasar putar alam, kalau dah kantoi buat salah, ada je idea nak selamatkan diri. Bukan main konfiden lagi ostat ni kata konon, Tengku Mahkota Pahang, terlibat dengan kes khalwat tu.

Lepas ni, sapa-sapa ahli PKR yang ada bini cun, jauh-jauhkan lagi dari pandangan ostat ni. kut-kut dia pelawa gi umrah, jadi pulak macam pasangan ostat yang kena tangkap khalwat ni. kekacakan dan ketampanan ostat ni bukan alang kepalang.

agak-agak yang menarik pada ostat ni tentulah sinar matanya yang berapi-api dan senyuman maha manis yang bisa mencairkan hati siapa saja terutamanya perempuan.

ngeri pulak bila bayangkan bini penasihat PR pulak yang sangkut kat ostat ni.

Henti kaitkan nama saya dengan kes khalwat - Tengku Abdullah
08/03/2012 3:11pm

KUANTAN 8 Mac — Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya pihak yang terlibat berhenti mengaitkan nama baginda dengan siasatan kes khalwat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Baharon di negeri ini baru-baru ini.

Baginda bertitah dakwaan yang mengatakan bahawa baginda terlibat dalam siasatan kes itu adalah sangat mengejutkan kerana semasa kejadian itu, baginda tidak berada di tanah air.

"Ketika kejadian saya tidak ada di dalam negara, saya cuma nak tahu siapa yang terlibat... tak bolehlah kaitkan saya dengan kes ini sebab ini adalah masalah peribadi.

"Minta jasa baik hentikan perkara ini, saya harap tak perlulah kaitkan lagi nama saya dan jika kes ini (khalwat) memang berlaku, biarlah pihak yang bertanggungjawab yang menyiasat dan saya ikhlas tidak menyebelahi mana-mana pihak,” titah baginda.

Baginda bertitah kepada pemberita selepas meninjau beberapa venue Sukan Malaysia (Sukma) Pahang XV di Kompleks Sukan Pahang, Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini. — BERNAMA

Rabu, 7 Mac 2012

Calon bukan Islam PAS




PAS kini benar-benar telah berubah. Dari parti Islam kepada parti yang lebih liberal. Bermula dengan cadangan non muslim sebagai Timbalan Presiden PAS,(benda ni mungkin akan jadi kenyataan jika Mat Sabu jadi presiden sebab dia ni kan pengagung Chin Peng nombor satu)kini kerja gila masa PRU lepas diteruskan. kali ni nak tambah lagi calon bukan Islam.

Kini Pas pulak yang terpaksa jaga hati pengundi bukan cina dengan meletakkan calon-calon bukan Islam bertanding dalam PRU13 nanti. Tapi adakah PAS berani meletakkan calon-calon ni di tempat yang diyakini PAS 100% menang. Jawapannya TIDAK. sebab PAS tidak jujur dan ikhlas beri kemenangan kepada calon-calon bukan Islam ni. Kalau calon-calon ni menang, maka akan tiba lagi satu bala buat PAS. Balanya, PAS terpaksa tunduk kepada kuasa minoriti lah pulak. tu sebab dia simpan calon-calon ni di tempat yang tak boleh menang.

dari satu sisi pulak, bukankah calon-calon bukan Islam ini akan menyekat dan menghapuskan peluang ahli-ahli PAS untuk menonjolkan diri sebagai calon dalam PRU. Kalau cam tu sianlah nasib-nasib ahli-ahli PAS yang terpaksa berjuang demi kemenangan calon bukan muslim yang tiba-tiba saja diberi tempat jadi calon. daftar aja keahlian dalam Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), buat kerja sikit-sikit untuk menunjukkan yang diri tu aktif dan menampakkan sebagai pejuang PAS, senang sikitlah jadi calon..

aku teringin sangat nak tanya ahli akar umbi PAS, dia orang setuju ke dengan kemahuan pimpinan PAS ni. Kalau menang, wah makin banyak calon bukan muslim. dahlah dalam DAP dah penuh calon bukan muslim, ditambah lagi calon dalam PKR, dan terkini ada tambahan lagi dari PAS, memang meriah sungguhlah Pakatan Rakyat ni... kalau berhasil memerintah negara, minoriti akan perintah majoriti lah nampaknya...



link

Selasa, 6 Mac 2012

PAS buat lawak

sian ostat zizan ni. nampaknya jadi patung je. gara-gara dua exco parasit tu, zizan hilang kuasa MB walaupun jadi MB. hebat sungguh penangan dua ekor virus ni.namun, patutnya yang hilang kuasa MB ialah MB kelantan. isu air dan rasuah perlu diberi perhatian.dan lagi, bertahun-tahun perintah Kelantan buat rakyatnya terpaksa berhijrah ke luar negeri untuk cari pekerjaan.

kalau nak tengok orang kelantan, pergi je stadium bila Kelantan main bola kat mana-mana. sure boleh tengok berapa ramainya orang Kelantan yang berhijrah gara-gara MB yang syok sendiri.

berbalik pada ostat zizan ni, patutnya beliau boleh bangkitkan bai'ah yang telah dibuat oleh dua ekor malaun kemaruk kuasa tu.

Celaka dunia akhirat – Hadi

KUALA LUMPUR 21 Feb. — Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.



dia orang dah menyeleweng tu. tak patuh pada ketua yang mengamalkan pemerintahan Islam cara PAS.

apa pun, lantak koranglah PAS. lagi korang porak peranda, makin besar meter BN untuk tawan Kedah. lagi ngkorang serabut, lagi cerah masa depan BN kat Kedah. Kita nak tengok juga bagaimana PAS pusat perintah Kedah. Yang jadi MB tu, semua cakap tak boleh terima sebab yang jadi MB orang yang terajui Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Isnin, 5 Mac 2012

Patut Pecat Keahlian



PAS patut singkirkan aje Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh. Dua orang ni bikin huru hara kerajaan PAS Kedah. Apakah bila Azizan berundur, kemelut akan selesai.

Cara yang lebih afdal dan sesuai untuk dilaksanakan ialah:

1. jangan lantik dua parasit ni sebagai exco
2. jangan pilih dua parasit ni sebagai calon PRU13
3. tolak campurtangan PAS pusat. PAS pusat akan jadikan keadaan lebih celaru.
4. DS Azizan perlu tegas dengan kepimpinannya. kalau dah tak suka boleh berambus.
5. dua parasit ni pengkhianat kepada PAS Kedah, pengkhianat wajar dihukum.

tapi aku nak kata, padan muka PAS. konon kepimpinan ikut ajaran Islam, tapi pelaksanaannya ikut acuan sendiri. kata UMNO teruk, tapi PAS lebih teruk.

Phahrolrazi tetap mahu Azizan berundur syarat dilantik semula

ALOR SETAR: Walaupun mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat selama lima jam berakhir 3 pagi semalam, memutuskan untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kemelut dalaman PAS Kedah dikatakan belum berakhir.
Pada mesyuarat itu, dua EXCO yang enggan menerima pelantikan semula, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh, diminta menerima jawatan itu yang tamat, Rabu ini.
Sumber memberitahu Berita Harian, syarat yang diletakkan Phahrolrazi jika parti itu mahu beliau menerima jawatan itu, iaitu jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah yang dipegang Azizan diserahkan kepadanya dan tidak membenarkan Menteri Besar itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, masih belum diputuskan.

Dalam pertemuan tertutup antara dua pemimpin berkenaan dengan Jawatankuasa PAS Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang itu, satu lagi permintaan Phahrolrazi supaya jawatan Menteri Besar dipangku pemimpin lain, ditolak jawatankuasa berkenaan.

Jawatankuasa itu memberi peluang sejam kepada setiap seorang untuk memberikan penjelasan dan mengemukakan hujah masing-masing.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu serta dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Selain itu, turut dilihat memasuki Seri Mantaloon ialah beberapa EXCO lain, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pelaburan dan Perindustrian, Datuk Amiruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan, Abdul Ghani Ahmad serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS.
Kemelut dalaman PAS Kedah yang dikatakan antara krisis kepemimpinan terbesar dalam PAS tercetus apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail secara terang-terangan menolak dilantik semula ke jawatan EXCO dengan alasan tidak dapat bekerja di bawah pentadbiran Azizan yang didakwa mereka tidak mendengar pandangan orang lain.

Malah Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundur yang dilihat mengetuai tentangan terhadap Menteri Besar itu, mengenakan tekanan ke atas Azizan apabila PAS Kawasan Kuala Kedah yang dipimpinnya memberi kata dua kepada Amiruddin yang juga ADUN Anak Bukit supaya melepaskan jawatan EXCO walaupun sudah mengangkat sumpah jawatan.

Phahrolrazi adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, manakala Amiruddin, timbalannya.

Difahamkan, Phahrolrazi sudah mendapatkan pandangan beberapa rakannya dalam Dewan Ulama PAS Kedah dan dikatakan akan menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Phahrolrazi yang dihubungi semalam berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai pendirian Jawatankuasa PAS Pusat itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Biarlah mereka mengumumkan dulu keputusan mesyuarat malam tadi (malam kelmarin) yang saya difahamkan akan dibuat di Kuala Lumpur esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengesahkan ada lagi syarat yang beliau tetapkan belum diperhalusi jawatankuasa berkenaan.

Mesyuarat jawatankuasa itu dikatakan menemui jalan buntu apabila PAS yang sepatutnya membuat pengumuman keputusan yang diperoleh, terpaksa menunda sidang media yang sepatutnya diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Salahuddin yang dihubungi pagi semalam membayangkan masih ada perkara yang belum dapat diputuskan.

"Masih menunggu beberapa perkara yang perlu dinilai sebelum kita membuat keputusan," katanya.

Beliau yang dihubungi sekali lagi kira-kira jam 3 petang semalam mengesahkan sidang media bagi mengumumkan keputusan mesyuarat berkenaan akan diadakan di ibu negara hari ini.

Ini adalah kali kedua Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian dalam konflik antara Azizan dan Phahrolrazi dan Dr Ismail yang menolak pelantikan semula ke jawatan itu Isnin lalu.

Pada malam Khamis lalu jawatankuasa berkenaan bermesyuarat di ibu negara selama empat jam tetapi menemui jalan buntu, menyebabkan ia terpaksa mengadakan pertemuan kedua di sini.

Sabtu, 3 Mac 2012

Hotel Gay

1. ada puak yang paling gembira dengan adanya hotel ni.
2. tentunya, senang sangat nak cari pasangan sebab ramai sangat jantan
3. tentunya, senang sangat nak berliwat.
4. tak ada sapa nak bawak kes ke mahkamah.
5. di sini, seks adalah hak individu biar pun haram hukumnya.



NEW YORK - Sebuah hotel gay yang pertama di bandar raya ini telah dibuka di 42nd Street berdekatan dengan Times Square.

Hotel The Out NYC itu dilengkapi dengan sebuah kelab malam, spa, kolam renang dan restoran.

Ia dibuka secara rasmi kelmarin dan mempunyai 105 buah bilik dengan kadar penginapan bermula pada harga AS$250 (RM750) untuk satu malam. - Agensi

Pas Makin Kalut





Bila berebut jawatan, sampai lupa akhirat. cakap depan rakyat bukan main alim lagi dia orang ni. hanya UMNO sahaja yang akan jadi penghuni neraka. Puak PAS akan masuk syurga. tapi hakikatnya, dia orang ni lebih teruk dari UMNO.

rebut jawatan, dendam, fitnah tumbuh subur dalam diri masing-masing. sebelum memerintah, benda tu semua hanya pada UMNO. tapi kini, rebut jawatan, syak wasangka, fitnah, tikam-menikam berlaku di kalangan mereka. semuanya mahukan kuasa. semuanya mahukan harta. akhirat dah dilupakan. hubungan sesama sesama Islam dalam PAS dah jadi macam kebencian mereka kepada UMNO.

inilah bahayanya PAS. kalau biarkan api kebencian marak terhadap sesama muslim disebabkan hanya perbezaan parti, kini ia merebak ke dalam hati sanubari mereka untuk saling berdendam dan membenci sesama ahli dalam parti.

PAS Kedah ni, hanya kehilangan kuasa sahaja yang akan menyedarkan mereka. Terpulanglah kepada rakyat menilai kepimpinan yang bijak dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.

Krisis dalaman Pas makin kritikal

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR 2 Mac - Krisis dalaman Pas semakin kritikal dan seolah-olah tersimpul mati apabila mesyuarat khas hampir empat jam bagi membincangkan isu pergolakan di Kedah gagal menemui jalan penyelesaian.

Sebaliknya, parti itu terpaksa menunggu sehingga Sabtu ini untuk mencari formula terbaru bagi menyelesaikan pertelagahan antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan kumpulan Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, perbincangan pada Sabtu ini akan melibatkan semua pihak termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat, pesuruhjaya negeri serta pihak bertelagah.

"Mesyuarat Pas malam ini mengambil ketetapan untuk mengadakan perjumpaan mahabbah antara kedua-dua belah pihak yang akan turut disertai oleh seluruh kepimpinan Pas Pusat dan negeri kerana kita mahu mendengar semua pandangan.

Khamis, 1 Mac 2012

Untungnya Rakyat Malaysia

Dah dapat BR1M, dapat ni lagi. untungnya jadi rakyat Malaysia. Tapi yang ni hanya kepada bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Untuk kakitangan kerajaan pulak, dalam dua tiga minggu ni pasti akan ada pengumuman mengenai SBPA. nampaknya, akan senyum lebar lah lagi penjawat awam. moga apa yang kerajaan bagi akan buatkan mereka bersyukur dan berterima kasih kepada pemerintah.

Bayaran khas bekas kakitangan kontrak Kemas Sabtu ini
01/03/2012 3:02pm

PUTRAJAYA 1 Mac — Bayaran khas RM3,000 seorang secara “one-off” atau sekali sahaja kepada bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan mula diagihkan pada Sabtu ini bermula di Kelantan dan disusuli negeri-negeri lain.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, seramai 560 orang akan menerima bayaran itu di Kelantan yang dijangka disampaikan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada satu majlis di kediamannya Sabtu ini.

Hasan berkata, pembayaran seterusnya dibuat di Sarawak melibatkan 220 penerima pada 12 Mac, Terengganu pada 14 Mac (257 penerima), Johor 15 Mac (555 penerima), Perlis 18 Mac (225 penerima), Melaka 19 Mac (350 penerima), Pahang 20 Mac (550 penerima) dan Negeri Sembilan pada 21 Mac kepada 233 penerima.

"Selain itu 550 orang akan menerima bayaran di Kedah pada 22 Mac, Perak 25 Mac (670 penerima), Pulau Pinang 28 Mac (255 penerima), Selangor 786 penerima dan Wilayah Persekutuan 120 penerima. Tarikh bayaran untuk Selangor dan Wilayah Persekutuan belum ditentukan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehingga kini, Kemas telah menerima sebanyak 6,000 permohonan untuk mendapatkan bayaran khas itu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM18 juta. — BERNAMA

Blogger 1

bmf

bmf