apa kata, majikan pulak buat macam kat bawah:
1. sewa bilik sebulan ( termasuk bil air, letrik )= RM300
2. makan minum = RM200
Jumlah = RM500 daripada RM700 tinggal RM200. dengan ni, majikan boleh upah dua atau tiga orang amah. potongan kat atas tu belum masuk lagi, belanja perubatan, hiburan, pengangkutan dan sebagainya. jadi untuk seorang amah, majikan perlu bayar minima RM200.
kalau tak buat macam tu, nampak sangat majikan kat negara kita ni ditindas.
Seorang amah, satu tugas
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my
JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.
Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.
Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.
Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah
Menurut Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman, penetapan empat bidang khusus itu dibuat sebagai langkah memastikan amah yang dihantar ke Malaysia benar-benar terlatih.
Pada masa sama, keputusan itu juga jelas beliau, dilakukan, bagi menyenangkan majikan di Malaysia yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah.
Selama ini, jelas Dr. Reyna, amah yang dihantar ke Malaysia tidak profesional dan melakukan semua kerja rumah sehingga menyebabkan majikan mudah marah kerana pembantu berkenaan tidak terlatih.
"Seorang TKI yang dihantar ke Malaysia akan menjalankan satu tanggungjawab sahaja. Kalau dia diperlukan untuk menjaga anak, maka jaga anak sahajalah.
"Tetapi kalau majikan mahukan TKI melakukan kesemua empat tugas khusus itu maka mereka harus mengambil empat TKI melakukan kerja-kerja itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan JTF Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta ejen pembantu rumah asing Malaysia.
Bagaimanapun, untuk menguasai kemahiran dalam empat bidang khusus tersebut, Dr. Reyna menjelaskan, kesemua amah harus mengikuti latihan selama 200 jam di pusat bimbingan yang diiktiraf oleh pemerintah Indonesia.
Hasil persetujuan itu juga, seramai 106 pembantu rumah Indonesia akan dihantar ke Malaysia sebaik mereka selesai menjalani latihan berkenaan yang bermula hari ini.
Latihan selama 200 jam berdasarkan bidang khusus itu dijangka selesaikan dalam tempoh 21 hari .
Dr. Reyna turut memberitahu, sebanyak 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan.
Sementara di Malaysia pula, kata beliau sebanyak lima daripada 221 agensi pekerjaan sudah menyatakan kesediaan untuk menguruskan penempatan amah-amah tersebut.
Kesemua 106 amah berkenaan pada ketika ini sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat.
Dr. Reyna yakin selepas penghantaran kumpulan pertama itu, ribuan lagi dapat dikirim ke Malaysia, dengan anggaran antara 4,000 hingga 5,000 orang sebulan.
Menurutnya, kedua-dua JTF juga bersetuju kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja mereka kepada agensi pekerjaan.
Persetujuan lain yang turut dicapai kata beliau, ialah pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu serta dibenarkan menyimpan pasport sendiri.
Sehingga kini, belum ada seorang pun pembantu rumah Indonesia dihantar secara rasmi ke Malaysia sejak Indonesia menarik balik moratorium pengiriman pembantu rumahnya ke Malaysia pada 1 Disember tahun lalu.
Pembekuan sementara itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di dua pertemuan iaitu di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.
Pemerintah Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia. - Utusan
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. HAMKA
Jumaat, 16 Mac 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Blogger 1
-
-
CUBA CARIK DIMANA DAJJAL DALAM INI GAMBAR? - Mmg benar dlm sesuatu GAMBAR ada byk cerita... Cuma Manusia akan lupa bila terhasut, termakan Fitnah Dan tidak guna Akal berfikir utk menilai. Sdh terl...5 minggu yang lalu
-
WAYANG OPERA SABUN MANA BAKAL PECAH PUNGGONG? KEKEBALAN SIVIL LWN KEBEBALAN NARSISTIK - *DI DALAM SAINS POLITIK SIHIR DAJAL *dan dijadikan amalan budaya berpolitik sejak 1982 apa kamu dengar lihat & baca mengenai isu isu politikal ; satu p...3 bulan yang lalu
-
Jangan jadi alat di akhir zaman - Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang benar dengan yang ...11 bulan yang lalu
-
-
Nazri: DAP menang banyak pun, PM tetap Melayu - [image: story image] [image: mk-logo] BERITA Haspaizi Zain Diterbitkan: Aug 7, 2023 2:27 PM ⋅ Dikemaskini: 2:27 PM Meskipun DAP menang besar dan bersam...2 tahun yang lalu
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 tahun yang lalu
-
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu? - Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan mereka yang tiada "political wisdom". Situasi negara masih tidak stabil keran...4 tahun yang lalu
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...5 tahun yang lalu
-
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah - *NEWS:* Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana Neg...5 tahun yang lalu
-
-
Hendak Kerja, Sertai Armada - Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di a...6 tahun yang lalu
-
Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya Lebih Bijak!!! - Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng pisang...6 tahun yang lalu
-
GEMPAR !! Penemuan Beberapa Buah Terowong Misteri Di Kampung Siput, Mukim Siong Baling !! - pelbagai andaian dari kalangan penduduk kampung sekitar, ada yang kata milik Komunis, ada cakap milik Tentera jepun ada yang cakap milik orang kampung un...6 tahun yang lalu
-
PELANTIKAN TOMMY THOMAS CETUS KEBIMBANGAN ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM MALAYSIA - 1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam negara ini. Lebih m...7 tahun yang lalu
Blog 3
-
Shafie Apdal Akui KM Hajiji Berjaya Tadbir Sabah3 hari yang lalu
-
-
-
-
-
-
COVID-19: Update and Guide for Sabah People5 tahun yang lalu
-
bmf

Tiada ulasan:
Catat Ulasan