Kematian Bob Kuman palsu, Bob masih sihat
2012/04/21
KUALA LUMPUR: Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial hari ini disahkan palsu.
Rakan baiknya, Mohd Razali Harun, 39, berkata Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.
"Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.
"Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya.
Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.
"Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku," katanya. - BERNAMA
adakah sebab ini, maka berita kematian Bob Kuman disebarkan. Kalau dah sesat, kematian pun boleh dibuat main-main.
PAS NK SGT MN, BUBAR JE MASUK UMNO, UMAT ISLAM SELAMAT DARI SESAT
-
Tahniah UMNO biarlah mereka yg lain meroyan nk doktrin pemikiran rakyat
bahawa Umno sekongkol dgn DAP tetapi sejarah tak boleh ubah UMNO mengijut
Titah...
5 hari yang lalu
