Sabtu, 25 Februari 2012

PKR Berkabung

Bersangka baik aja. Semua Ustaz itu ilmu agamanya tinggi. sejak kecil aku ditanam dengan fikiran begitu. Namun sejak dua menjak ni, kebanyakan pemimpin pembangkang yang menggelar diri mereka ustaz menjahanamkan title USTAZ yang aku anggap mulia itu.

ini Ustaznya



dan ini pasangannya



aku mohon ampun hujung rambut hingga hujung kaki andai berita ini fitnah. namun andai berita ini benar, mohon yang ditangkap khalwat jangan berdalih dan cuba putarbelitkan lagi isu. yang nyata, dia orang ditangkap berdua-duaan dalam bilik, berpakaian yang menimbulkan syak wasangka, dan begitu lama untuk buka pintu semasa serbuan dilakukan. 10 minit sudah cukup lama, inikan pula setengah jam.

boleh rujuk di sini. PISAU

Seorang pemimpin PKR ditangkap khalwat di Kuantan
25/02/2012 10:55pm

KUANTAN 25 Feb. – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di sini awal pagi ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata, pemimpin PKR bersama wanita itu ditangkap oleh sepasukan penguat kuasa JAIP kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu, yang pernah menggelarkan Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi. – BERNAMA

Pro Ulama PAS makin pupus




Habislah golongan Pro Ulama dalam PAS. Siapa saja golongan Pro Ulama dalam PAS yang pegang jawatan akan habis riwayatnya dalam politik. Terkini, MB Kedah, DS Azizan. Usaha sedang rancak dan giat untuk menyingkirkan Azizan dari kerusi MB. Beberapa isu kecil dibesar-besarkan terutamanya isu AUKU, di mana Azizan diserang dari segenap sudut. Semuanya semata-mata untuk menjatuhkan imej kepimpinan Azizan yang lemah dan mirip kepada UMNO.

Baru-baru ni pernah bergolak, kononnya DS Azizan akan meletak jawatan, namun akhirnya itu hanyalah gossip-gossip dari puak yang anti Azizan. Kini, isunya kembali memuncak berikutan beberapa exco yang enggan dilantik semula ke jawatan mereka. Alasan yang cukup kuat jika benar beberapa exco ini enggan dilantik semula pastinya kerana mereka tidak sebulu dengan cara kepimpinan DS Azizan.

Jika Azizan tumbang, berjaya disingkirkan dari kerusi MB. Anwar pastinya gembira sakan. Satu-satunya tembok yang perlu dilanggar dan dirobohkan sudah pasti DS Haji Hadi. Jika berjaya, PAS 100% telah berjaya dikuasai oleh PKR. Nik Aziz...? lagila gembira kerana tidak ada lagi suara-suara kasar dalam PAS yang mengecam dan mengutuk Anwar. Lagi senang Nik Aziz, sebab tak perlu susah payah nak mempertahankan Anwar...


Usaha jatuhkan Menteri Besar Kedah

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Tekanan politik yang terpaksa dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan Pas didakwa berpunca daripada tangan ghaib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana katanya, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.

Menurut Mohammad Fairus, bibit-bibit usaha bagi menjatuhkan Azizan bermula apabila Anwar secara terbuka dalam satu mesyuarat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan dasar menaikkan peratus pemilikan bumiputra untuk tanah rizab Melayu kepada 50 peratus.

“Saya sendiri (selaku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada masa itu) berada dalam mesyuarat dan Anwar tidak setuju dengan dasar 50 peratus pemilikan bumiputera untuk tanah rizab Melayu. Anwar mahu dasar tersebut diliberalisasikan seperti sedia kala.

“Namun Azizan tidak berganjak dengan pendiriannya kerana beliau memang dikenali sebagai pemimpin ulama Pas yang berjiwa Melayu dan sejak detik itu, Anwar melalui golongan ‘Anwarinas’ dalam parti Pas merancang untuk menjatuhkan Azizan.

“Sebab itu sehingga hari ini kita tidak mendengar seorang pun golongan ‘Anwarinas’ dalam Pas mempertahankan Azizan. Mana suara Datuk Mahfuz Omar? Mana suara Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Pas lain,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas krisis kepimpinan terbaru dalam Kerajaan Pas Kedah yang menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan dari parti Pas selepas pelbagai tekanan sebelum ini bagi memaksa Azizan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Kedah gagal.

Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah, menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.

Mengulas lanjut, Mohammad Fairus mendakwa, perkembangan terbaru yang menimpa Azizan juga membuktikan Anwar mengamalkan politik kuku besi dan beliau akan melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan pihak yang menyanggahnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim berkata, Azizan kini mangsa seterusnya kerakusan politik Anwar selepas Datuk Dr. Hasan Ali berjaya ditendang keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana lantang mempertahankan Islam.

Katanya, usaha Anwar untuk menyingkir golongan ulama dalam Pas bertambah mudah kerana parti tersebut kini dikuasai lebih 70 peratus golongan pro kepada ketua pembangkang itu dan mereka tidak teragak-agak untuk ‘menikam’ rakan sendiri jika matlamat ke Putrajaya cuba dihalang.

“Siapa yang menjadi pencatur kepada tangan-tangan ghaib bagi menyingkir pemimpin ulama dalam Pas cukup jelas. Selepas Hasan Ali kini Azizan pula, apakah semua ini sekadar kebetulan? Ini semua perancangan matlamat menghalalkan cara oleh Anwar,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula tidak menolak kemungkinan tangan-tangan ghaib yang cuba membunuh karier politik Azizan berasal dari Anwar.

Katanya, ini kerana PKR sendiri bercita-cita besar untuk menonjolkan pengaruh parti itu di Kedah dengan cara menukar warna kepimpinan Pas di negeri jelapang padi itu agar seiring dengan dasar dan kehendak Anwar.

Blogger 1

bmf

bmf