Ahad, 3 Mac 2013

Amaran

Berita di bawah pada 17 Feb 2013. Menteri amaran kata penceroboh bukan pengganas.




Hari ini, dengan kematian 7 anggota keselamatan, harap menteri amaran sudah berubah nada. Penceroboh yang menceroboh dan menyerang pasukan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna bukan hanya penjenayah, tapi pengganas yang perlu diperangi habis-habisan. Mereka adalah pengikut-pengikut Nur Misuari yang menjadikan alasan Sabah sebagai wilayah kesultanan Sulu untuk menceroboh.



Askar-askar MNLF sudah biasa berperang secara gerila. Tidak mustahil taktik yang sama ketika berperang dengan tentera Filipina digunapakai oleh mereka.



Jadi, jangan anggap mudah pencerobohan mereka. Takut, bila nasi sudah jadi bubur dan sudah terhantuk baru tengadah. 

Situasi sekarang dah tak ada amaran lagi.












Update - Semporna

Update terbaru... bukan hanya seorang yang terkorban di Semporna, tapi dua orang.

Bahkan dalam blog  / FB khabar angin bertiup kencang mengatakan bukan hanya dua tapi lima orang. Bagaimanapun, maklumat tidak dapat dipastikan.Namun sama-sama kita mengharapkan agar berita yang tersebar tidak benar.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar pasukan keselamatan kita sentiasa berada di dalam lindungan ALLAH.






Datu Bebot @ Sultan Muidzullail Kiram


Nur Misuari dan Habier Malik
 



Habier Malik

Anwar dan Misuari
Nur Misuari di belakang
Orang kanan Nur Misuari
Sultan Muidzullail T Kiram bersama Dr Jeffrey Kitingan

l







Pulau Sibutu dekat dengan Lahad Datu dan Semporna


seorang lagi

Seorang lagi anggota keselamatan terkorban.Keadaan akan semakin membimbangkan lebih-lebih lagi kini penjenayah dari Sulu bukan hanya di Lahad Datu tapi kini sudah berada di Semporna.

Seorang anggota polis maut, dua cedera serangan di Semporna

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis terbunuh dan dua cedera dalam berbalas tembakan di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, 7.30 petang semalam kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib





Mungkinkah jumlah sebenar mereka bukan hanya 180 orang. Tolak mati anggaran dalam 160 lebih yang berada di Lahad Datu. Kini terdapat pula serangan di Semporna. Jumlah penjenayah tidak dapat dipastikan. Adakah selepas ini akan berlaku pula di Sandakan atau di Tawau.

Pihak yang berkenaan patut bertindak cepat sebelum lebih banyak nyawa melayang. Tiada tolak ansur tiada kompromi. Ahli keluarga penjenayah yang memberi perlindungan harus diheret sama.













Blogger 1

bmf

bmf