Jumaat, 17 Februari 2012

Berlatih di Cruzeiro, Brazil

Harap-harap dua remaja ni akan sukses nanti dan mampu memikat hati kelab Cruzeiro sekaligus mengikat kontrak dan bermain dengan kelab itu. Nampak memang mustahil, namun tidak ada yang mustahil jika dua remaja ini dapat menunjukkan pretasi yang membanggakan.

Dua remaja Pulau Pinang jalani latihan dengan kelab Cruzeiro

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEORGE TOWN: Kemahiran luar biasa seorang remaja S Kumaahran dalam bermain bola sepak telah menarik minat kelab Cruzeiro dari Brazil untuk menawarkannya sebagai pemain kelab itu.

Pemain berusia 16 tahun itu akan menjalani ujian prestasi selama dua bulan di Belo Horizonte di Brazil mulai 25 Februari ini.

Beliau sebelum ini pernah mengikuti latihan sebulan dengan kelab itu di tempat yang sama pada Ogos tahun lalu.

Kumaahran berkata peluang untuk bermain dengan kelab Cruzeiro itu menjadi impiannya sejak kecil dan tidak menyangka ia menjadi kenyataan dalam hidupnya.


"Ini peluang kedua untuk saya mempelajari skil-skil hebat dari kelab Cruzeiro, mereka berlatih berbeza dan lebih cekap. Ia benar-benar mengubah persepsi saya mengenai bola sepak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Katanya, beliau juga menaruh harapan untuk menyarung jersi kebangsaan satu hari nanti tetapi mahu beraksi dengan pasukan luar negara dahulu bagi menimba pengalaman di peringkat antarabangsa.

Beliau yang berasal dari Butterworth ditemui selepas menerima sumbangan untuk perbelanjaan di Brazil sebanyak RM2,000 daripada Presiden persatuan Persatuan Bola Sepak India Pulau Pinang (PIFA) J Dhina.

Selain Kumaahran, seorang lagi pemain bola sepak remaja B Sanjeet Dinesh, 16, yang juga berasal di Butterworth turut menerima sumbangan berkenaan bagi menampung perbelanjaannya semasa latihan dengan kelab Cuzeiro.

"Saya tahu bahawa saya tidak akan mendapat banyak peluang seperti ini. Tetapi saya percaya pada diri saya sendiri dan saya rasa ia peluang bagi saya untuk mencontohi idola saya, Santokh Singh, di arena antarabangsa," katanya yang pertama kali dipanggil untuk berlatih dengan kelab berkenaan.

Sementara itu, Jaino Matos wakil rasmi Cruzeiro di Malaysia berkata kelab itu sangat berminat untuk membawa Kumaahran menjalani percubaan sekali lagi dan rakyat Malaysia semua harus berbangga dengan semua itu.

"Ia merupakan sebuah kelab besar dan elit, mereka pasti melihat potensi yang ada pada Kumaahran dan terbaru Sanjeet Dinesh. Terus terang kedua-dua remaja itu mempunyai potensi untuk bersinar pada masa akan datang," katanya yang juga jurulatih bola sepak Majlis Sukan Negara. - Bernama

Rupanya Anwar Pejuang Keselamatan




Disebabkan Anwar ni seorang yang memperjuangkan keamanan dan kemakmuran, terutamanya keselamatan sesebuah negara, dan dalam kes ini, lebih memberikan keutamaan kepada keselamatan negara haram Israel, dia sewajarnya dipuji dan patut dilantik sebagai seorang pejuang keamanan.

Namun jangan pulak hanya mementingkan keselamatan Israel sahaja. Keselamatan Palestine dari ancaman Israel macam mana? Hari-hari dengar ada aja serangan Israel terhadap Palestine yang mengorbankan nyawa. yang ni dia tak nak ulas pulak. Kenapa..?

kalau dia ni pentingkan sangat keselamatan sesebuah negara, apa kata dia perjuangkan negara-negara yang sekarang ni tengah bergolak. Negara-negara Arab seperti Mesir, Libya dan Syria serta beberapa negara lain seperti Afganistan dan Somalia perlu juga dia beri perhatian. Negara-negara ni jadi huru-hara disebabkan anasir-anasir luar. sepatutnya, ini yang dia beri perhatian dan sentiasa cakap di mana sahaja negara yang dia pergi.

Ini tak, ribut takda, petir takda, tetiba keluar tentang isu keselamatan Israel. Adakah Anwar sangat mengetahui tentang keselamatan Israel? Adakah dia sangat arif bila Israel menerima ancaman keselamatan dari negara-negara lain? Apakah maknanya tu? Kenapa kiblatnya hanya kepada Israel? Kenapa tidak kepada Libya, yang pemimpinnya sangat berjasa namun kematiannya begitu dimalukan sekali.



Akhbar Jerusalem Post puji Anwar

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

"Dari segi politik dunia, secara peribadi saya suka dengan berita bahawa Ketua Pembangkang Malaysia mengiktiraf Israel ketika ditanya sama ada Anwar bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.

Beliau berkata demikian sebagaimana dipetik dalam entri terbarunya bertajuk We have lift-off yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com.

Ini bukan kali pertama 'lidah' Israel itu memuji Anwar kerana pada 20 Mac 2008, akhbar sama menerusi rencana bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?' turut menyanjung Ketua Pembangkang tersebut.

Pada 26 Januari lalu, akhbar The Wall Street Journal menyiarkan kenyataan kontroversi Anwar yang menyokong keselamatan Israel apabila berkata: "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel."

Kenyataan itu mendapat kecaman pelbagai pihak tetapi Anwar menegaskan pendirian tersebut dibuat berdasarkan penyelesaian dua negara dalam isu Israel-Palestin, konsep yang ditentang Pas dan majoriti umat Islam.

Blogger 1

bmf

bmf