Isnin, 17 Februari 2014

Memang prihatin



Tabik dengan Datuk Hajjah Azizah...

Jumaat lepas saya berpeluang balik kampung di Beaufort. Sampai di Beaufort dalam jam 9:00 malam, sangkut tak boleh lepas jalan Bypass Pintas. Terpaksa redah banjir tapi jalan sekerat dapat tumpang Hilux. Bolehlah sampai hujung jalan. Syukur sangat pada tuan punya Hilux yang bagi tumpang walau air dah cecah lantai kereta.

Sepanjang jalan, memang keadaan banjir agak luar biasa. Jalan yang sudah ditambak tinggi pun dapat dinaiki air. Dalam cahaya samar malam, dapat aku lihat begitu deras air mengalir atas jalan.

Berbual dengan orang kampung:

 inilah banjir terburuk bahkan mungkin lebih buruk daripada tahun 1981. Bayangkan banjir bermula dari daerah atas Keningau, yang kemudian turun ke daerah Tenom dan di bahagian bawah daerah Beaufort sebagai penerima akhir air bah.

sepanjang dua hari, walau kebanyakan hari berada di rumah, dapat aku saksikan kereta-kereta menghantar bantuan sentiasa turun naik kawasan yang dilanda banjir. Bahkan ada sesetengah tempat YB Datuk sendiri menghantar bantuan ke rumah-rumah mangsa banjir dan sentiasa memantau keadaan banjir.

Memang sepanjang banjir, YB Datuk sentiasa memantau keadaan terutamanya mangsa-mangsa yang masih berada di rumah sebab ada juga mangsa yang enggan berpindah.




















Gambar atas, sebaik selesai sambutan Maulidur Rasul




 

apa pun banjir mulai surut. cuma satu,

selalunya YB terutamanya dari pihak kerajaan, bila buat kerja tidak akan mendapat tempat di mata pembangkang. Tapi bila YB-YB pembangkang datang satu kawasan ja, tanpa buat apa-apa, tapi cerita melampau-lampau mengalahkan satu novel.

Blogger 1

bmf

bmf