Jumaat, 13 November 2020

sang banduan


 

Atuk ni...

mudah sangat lupa...

Tu lah, ratib dan zikir nama Najib siang 

malam



atau memang saja dia nak 
kutuk
DSAi, Mat Sabu, Lim Kit Siang
Lim Guan Eng

yang ni memang pernah 
masuk penjara

Khamis, 15 Oktober 2020

Catur lagi



pic kat bawah..
nampak sangat.... tak betulnya..
tapi biarlah nampak sangat
din tak kisah pun..
yang pelik...
atuk jumpa ku li
tak mungkin ku li jumpa atuk
mesti ada sesuatu ni


mungkin dapatan dari gambar ni
maka lahirlah surat ku li
 


surat ku li 
pastinya sebab ini.... lepas bang non buat
sidang media...


entah.....
apa lagi game atuk kali ni...
bisa juga otak umur 95 tahun ni...

tak apa, orang bawah tengok ja orang atas
main game....
yang pasti, mesti ada yang akan jatuh
ke bawah

Isnin, 12 Oktober 2020

pE Em



esok...
13.10.20
mungkinkah, 
doa termakbul
atau ditolak..


cuma... bikin spoil..
tak perlulah sampai lapor-lapor polis
konon nama masuk dalam list..
kan esok ada lagi alasan bang non
kalau tak jadi..
patutnya.. biar je la..

tak perlu takut..
kalau setia pada UMNO tak belah bagi
bang non buat apa pun tak kan tunduk

tunggu je la esok..
kalau bang non dah ditakdirkan
jadi pm atau tak jadi pm
ALLAH juga sebaik-baik
perancang...


 

Khamis, 8 Oktober 2020

Pe Em


tabik dengan yakin
ha ha ha
ramai serabut ni
resah gelisah, gundah gulana
asyik fikir
covid19 meraja lela
belah satu yakin
belah dua ragu yakin
belah tiga yakin ragu


mana la bole jadi...

ada dap, tak mungkin ada UMNO dan gps...

tak mungkin ada PAS..

betul lah...

tolak TM lagi, mananya nak cukup


keberangkaliannya, mungkin macam ni..

ideanya sama seperti kewujudan PN, 

sokongan daripada individu, bukan parti

tanpa sokongan Zahid dan DSNR...

AP UMNO + PKR + DAP + Amanah + AP PAS + AP + GPS + AP Warisan dan bertambah...

Mungkin lah kut...

masih ragu, nampak logik tapi tak logik...

ermm lantaklah..

sementara menunggu Selasa, biarlah jantung terus berdebar...

Biarlah bang non meghitung hari, rezeki tetap tidak akan salah alamat... tunggu je lah...

Baik tunggu ni...


Zero covid19.. macam pak din ni cakap..

namun hakikatnya....

tiap hari, covid19 makan mengganas
merebak dan menyebarluas...







Selasa, 29 September 2020

belum sedar lagi


sekarang ni..
pung pang pung pang 
kutuk kawan
tak pa lah, kawan buat jahat
redha je la...
tapi.. biarlah diri sedar sikit ya

yang undi, rakyat bawah sana
kena analisa semula
cenderungnya di mana
hala trendnya bagaimana...

tapi...
pengundi di Sabah beza dengan pengundi di semenanjung..
yang sama, cuma satu... majoritnya
muak dengan korupsi, muak dengan rasuah
yang banyak terpalit tu semua..
tahu kan...
biar mahkamah yang 
tentukanya..


untuk rekod : 

UMNO bertanding 32 kerusi

menang, 14 kerusi.. atas kertas 

memang nampak satu keputusan yang 

tidak berapa cantik... Namun.....

kena ingat, UMNO bermula dengan 1 kerusi saja sebelum dun bubar..

dari 1 dapat 14... kalau tak ada sabotaj,

kalau tak salah pilih calon, mungkin akan bertambah lagi.. mungkin 4 atau 5 kerusi..

tengok... hebatkan UMNO.. kan kan

bayangkan... jika barisan kepimpinan UMNO, bersih dan tidak terpalit sebarang kes mahkamah..

pung pang pung pang...

bukan itu yang nak diulas...

imej pemimpin UMNO tu sebenarnya yang buat pengundi mula menjauhkan diri dari barisan nasional.... terutamanya UMNO

Akar umbi mungkin masih bertahan menyokong UMNO, tapi berapa banyak jika banding dengan para pengundi atas pagar..

Para bangsawan UMNO, terutamanya yang masih terlibat dalam kes mahkamah, sebaiknya, sebaik-baiknya.. contohilah DSNR, berbesar hatilah... 

Kalau nak UMNO kukuh dan kuat, fokuslah pada kes mahkamah.. berilah teraju kepimpinan kepada pemimpin yang layak dan disenangi rakyat jelata.. dalam UMNO, ramai sangat pemimpin yang boleh memimpin... 

kalau tidak, jangan hairan... bunga merah akan lahap sedikit demi sedikit kekuatan yang ada pada UMNO... 

#ingat game, worms zone




Ahad, 27 September 2020

oh.. katak..

 

punya korang benci sama katak

Siap buffet makan katak panggang


tapi, bila katak dah marah....

buat kapal korang tenggelam....

masa ni baru korang tahu....

the power of katak...

katak jadi angel penyelamat korang...




skrip dah hampir sama seperti pru 2018..

cuma bezanya, kerajaan di peringkat persekutuan sekarang ni PN...

kalau PH.... mungkin hari ni Shafie Afdal dah angkat sumpah....

harapan masih ada
Next week mungkin PH jadi kerajaan, sebab bang non dah dapat nombor baik...

#sifir mudah... PBS jadi katak dan bawa adun bebas. KM - Shafie Afdal

#STAR jadi katak dan bawa adun bebas.
KM - Shafie Afdal

rasanya, tak mungkin PBS dan STAR join warisan, begitu juga UMNO dan BERSATU, 
kecuali kalau bang non jadi PM... kan

#ada lagi plan. Bawa adun bebas, dan cari 3 ekor katak-katak dari GRS. Shafie boleh jadi KM.

#katak. 2018, sebab katak shafie jadi km. punya puji dan puja katak
2020, sebab katak, shafie bubar dun. marah sangat pada katak sampai hina dan keji katak. langsung tak ingat jasa katak...

sekarang, hanya katak penyambung nyawa.




gembira @ sedih lagi

 


     grs gembira @ sedih
warisan sedih @ gembira


#Result rasmi, post semalam tak banyak berubah kecuali USNO hilang kerusi.

nampak....

shafie ni bijak juga ya....

sebabkan PH dah tak ada, warisan plus yang ada DAP dalamnya... buatkan warisan makin banyak kerusi..29..

siapa akan hadap TYT...

GRS... ingat masa shafie jadi km..

adun UMNO lompat masuk warisan.. masa tu PH... jadinya...

GRS boleh raikan kemenangan dan tadbir Sabah dengan syarat...

#BN lead, support oleh PN dan PBS

#PN lead, support oleh BN dan PBS.

nampak masih ada bayang GRS..

Ermmmm....

Sifir mudahnya..

kalau nak perintah....

#tiada PN, Bersatu, PBS, STAR jadi komponen parti BN

#tiada BN, UMNO dan PBS jadi komponen PN.

-nak buang shafie, tenggelamkan kapal layar... saling toleransi. ego dan sombong tanam dalam-dalam..

nak selamat, GRS kena daftar...



Menang lagi



Tahniah BN PN PBS

Takziah calon-calon yang kalah.. daripada semua parti yang bertamding.

Seperti diramalkan..

tidak jauh beza..

kalau dapat dihindarkan pertembungan sesama sendiri dalam GRS, mungkin akan dapat tambah kerusi lagi..

Adakah GRS (BN, PN, PBS) sudah menang...

Adakah warisan sudah kalah...

Belum lagi.. 

seperti kata Tun M, budaya katak lompat memang habit dalam politik sabah.... 

supaya nampak sopan, berhijrah untuk suasana politik yang lebih baik. 

kan kan kan

# jika pbs tinggalkan grs, bawa lagi usno dan bebas dalam warisan.. warisan akan jadi kerajaan.

# bn tak kan mungkin bersama warisan kecuali adun akan buat lompat katak.

# bn tak boleh bentuk kerajaan tanpa pn dan pbs. begitu juga sebaliknya. 

# mungkin akan ada offer daripada parti-parti dalam grs untuk adun-adun bebas yang menang, untuk mengukuhkan cengkaman dalam kabinet grs.

# kaum cina masih solid menyokong DAP.

# pemilihan calon antara faktor utama, BN kehilangan beberapa kerusi boleh menang.

# kalau berebut jawatan km, bagi pilihan untuk adun-adun membuat pilihan. Atas kertas, sudah tentu UMNO yang pegang kalau bersandarkan parti. PN tidak boleh klaim sebab ada dua parti. Tapi.. lebih baik bincang elok-elok. 

Selamat mendirikan kerajaan Gagasan Rakyat Sabah.

#ingat dan sentiasa alert... 

sentiasa pantau adun masing-masing..

jangan tragedi lepas berulang semula..



Sabtu, 26 September 2020

akhirnya..... tiba juga


sayangi undi anda
salah pilih
sesal memanjang lima tahun

apa prediksi prn16 sabah...
dengan para pengundi yang lebih matang selepas PRU 14, dengan momentum kemenangan BN dalam beberapa PRK..

1. GRS bertembung sesama sendiri, 17 DUN
mungkin semua kerusi, atau 
separuh yang akan diambil oleh
Warisan, PCS atau bebas, juga
parti USNO, Harapan... sebabnya, undi BN dah pecah.

2. Warisan kemungkinan besar akan sapu bersih majoriti kawasan bandar majoriti pengundi Cina, sebab... sokongan kepada DAP masih kental.

3. kekuatan warisan tentunya bahagian pantai timur sabah. semporna, lahad datu, separuh tawau, sandakan.

4. Apa nasib katak-katak dalam PPBM, mungkin akan ramai yang kecundang, kalau menang, memang pengundi dahulukan kerajaan PN.

5. Apa nasib BN dan PN serta PBS. Kekuatan masih ada terutama bahagian pantai barat, pedalaman atas/bawah dan utara

apa jangkaan...

BN,PN dan PBS
UMNO 15, PPBM 10, PBS 10
STAR 2, PBRS 1

mungkin akan bertambah, mungkin akan berkurang....

Esok... siapa pun yang menang, dan berjaya menubuhkan kerajaan..
semoga kebajikan rakyat akan menjadi keutamaan.

dan mohon kerajaan Malaysia laksana PKPD di beberapa daerah  dalam zon merah dengan seberapa segera sebelum covid19 merebak semakin tidak terkawal.


 

Jumaat, 25 September 2020

akan lagi...


ada yang lega seminggu..

ada yang rimas seminggu...

ada yang gelisah resah seminggu...

ada yang meroyan gila seminggu...



Rabu, 23 September 2020

Gegar lagi

 


Gegar lagi...

Sebelum prn sabah..


kalau ikut parti, tak kan mungkin ada gabungan untuk menumbangkan PN. Lebih-lebih lagi tanpa Tun M.


Jawapannya, ada pada presiden UMNO. Nuar jadi PM atas dukungan individu, sama seperti wakil rakyat UMNO dukung PN. AP UMNO je ke...

Nak tahu jugalah, siapa AP UMNO yang sokong Nuar tu. Lemah sangat tu.. beza kes AP UMNO sokong PN yang Presiden pun setuju.

takkan presiden tak boleh kawal orang bawahan.

#cuba fikir luar kotak, YDPA, PKR,Bersatu, PRN.. bubar

#apa jadi pada PANDAP, bila nuar umum akan jadi PM.. 


Ahad, 13 September 2020

nampaknya, tak belajar lagi


#1. PRN Sabah

Nah... kan...

macam yang dikata...



Apa peluang BN dan PN...

petunjuk mungkin ada pada PRN lepas

penyokong BN dah pecah dua... mungkin pecah tiga atau empat...

boleh bayangkan.... 17 kerusi, akan terbang ke mana...

belum kira lagi....

sentimen anti katak lompat...

pengundi atas pagar, majoriti setiap kawasan 50% ke atas...

bayangkan nasib parti-parti yang pertaruhkan sang kekatak ini...






Jumaat, 11 September 2020

akhirnya...






akhirnya....

release juga nama calon...

mesti perasaan bercampur aduk


Parti Cinta Sabah, baik cerita tentang parti yang baru muncul ni.

Kalau nak yang fresh, boleh pilih parti ni...

baru keluar oven, masih panas

kan... kan.... 

kemungkinan situasinya....

1. BN & PN vs warisan + PKR vs PCS

- sebab menyampah dengan katak lompat, pengundi mungkin akan pangkah PCS.

- sebab parti pilih calon yang tak sesuai, mungkin akan pangkah PCS

- tak puas hati agihan kerusi, saling tikam menikam sesama sendiri, pengundi mungkin akan pangkah PCS

- boikot dan sabotaj, ramai yang mungkin akan pangkah PCS. Mungkin kah PCS akan jadi seperti PBS era 80an....

- masalah PCS, sebab baru keluar oven, masih panas, orang takut nak sentuh

- apa warisan PH dapat, adanya PCS, mungkin akan dapat pecahkan lagi undi BN & PN...

- masalah warisan PH pula, monopoli sangat hingga PKR jadi kacau. PKR kan parti besar, takkan dapat sikit... mesti presiden marah..

bila tak puas hati... pasti macam-macam result yang keluar... 

mungkin, Sabtu nanti, akan ada lagi perubahan calon... yang pasti, mesti ramai calon bebas..

apa nasib BN... apa nasib PN

mungkin nasib BN akan sikit lebih baik daripada PN, sebab persepsi katak lompat akan buat pengundi rasa ngilu... kan..

masih binggung ni......

apasal bung lebih pilih Salleh yang keluar umno, nak masuk BERSATU, ditolak TM, nak masuk PKR, tak dilayan sehingga PH tumbang berbanding Musa... ermmm


masih ada ruang sehari untuk luruskan mana mana yang bengkok...

Jumaat, 4 September 2020

ampu lagi

 


wow....

dahsyatnya....


kalau presiden umno tak boleh, tak kan tok Mat tak boleh.... Ku Li ada... Pak long ada...


layaknya dia ni, tak payah bagi kerusi parlimen...

Ahli UMNO, patutnya perjuangkan parti, respek senior UMNO... perjuangkan PM dari UMNO...

ni.... dah macam....
Mungkin nak lompat ke BERSATU...
Oh...ya....
Kerusi kan dah tak ada....








Ahad, 30 Ogos 2020

mesti ambil kredit






Betul sangat ni...

kan  kan  kan.....

nasib baik ada bunga merah
tunjang PN
yang support

kala tak, mesti MN kena timpa pokok
kan kan kan


 

Khamis, 20 Ogos 2020

Lawan lagi

 

Kecoh dan agak ribut

Gara-gara ni...

sebaiknya, ulang siar dulu

disebabkan PH, timbul la perpaduan ummah...

Kemudian, upgrade jadi

BN + PAS, lahirlah MN

Kemudian ada PN, yang ni macam-macam parti dukung PN jadi kerajaan

Tetiba, bila akar umbi, para penyokong lari, nak join pula MN, tak ada hal kecuali terima hakikat...

- BERSATU dah nak masuk kubur sebab ahli lebih taksub pada atuk.

- walau Azmin masuk BERSATU, tapi takkan dapat pump power pada parti sebab Azmin bukan bang non yang ramai pentaksub...

jadi, kalau BN banyak claim memang wajar sebab BN lebih berhak...

##untuk bangsawan BN, tak apa kalau PAS lebih memilih BERSATU daripada BN, BN pun tak sakit kepala nak tanggung biawak hidup. 

##Bole ka PAS lapang dada bagi kerusi pada BERSATU di Kedah, Kelantan, Trengganu, Pahang... Rasanya Tak Ada Hal kalau BN terpaksa lawan 3 penjuru...

Rabu, 19 Ogos 2020

game lagi

 ha ha...

nampaknya BERSATU lebih pantas bertindak.... Mana Ada peluang sambung nyawa, mesti cepat sambar..

nampaknya, PAS pun senang bersama parti PM daripada BN. Mungkin BERSATU ibarat bini muda banding BN.

Kalau begitu hala tujunya... BN kena bersedia untuk berjuang bersendirian..

Tak perlu takut kalah, dah pernah kalah pun..

Cumanya, PAS kena fikir juga, BERSATU yang tinggal kepala ja, boleh kah support PAS...

dalam BERSATU tu, macam-macam ada, tambah lagi masuk geng x-pkr... warna warni sungguhla....

Selasa, 18 Ogos 2020

berombak lagi


sebentar tadi....

jadi nak ulas sikit...

intipati utamanya.... wajarkah seorang yang sedang hadapi kes mahkamah ketuai UMNO dan BN Sabah untuk menghadapi PRN nanti.

sebaiknya....

berbuatlah seperti DSNR, 

bagilah pada yang tidak berdepan dengan kes mahkamah untuk ketuai UMNO dan BN. Ketepikan kepentingan peribadi, utamakanlah kepentingan parti, kalau tidak ia akan jadi bom yang akan memusnahkan segalanya...

kena berbesar hati la, jangan kerana nak pertahankan diri, persepsi rakyat semakin buruk terhadap UMNO.

saranan ni pun terpakai untuk elit UMNO yang berdepan kes di mahkamah. kalau UMNO nak kukuh, rehatlah, bersihkan diri dari pelbagai kes dulu...

Rasanya, kalau Tok Mat yang lead pru 15, mau terkubur parti pejuang dan pan tu... 


BERSATU... 

Ermmmm.... atuk lejen dah hampir pasti bakal kuburkan BERSATU... tinggal masa ja belum tiba kecuali..boss boss UMNO bagi nyawa.....



 

Ahad, 16 Ogos 2020

akhirnya, masuk juga

kan...

masuk juga.... 

tercungap-cungap bila atuk lejen

tarik oksigen...


mesti MN tambah power ni

tapi.... 

ada ka lagi power bunga merah ni

banyak dah cari pintu keluar

yang tinggal ramai orang atas ja

akar umbi dah macam fedup

imej katak lompat yang atuk serap dalam

bunga merah dah jadi racun

pintar kan atuk.....


# kalau nak kongsi tinggal rumah orang

biar beradab, biar mengalah, jangan pula nak jadi tuan. kena sedar diri, diberi terima... tak diberi...  redha ja... 

kan...






Rabu, 12 Ogos 2020

padu lagi

 

wah......!

padu juga atuk ni...

hari hari banyak cawangan parti PM

bubar, nak join atuk dalam

pejuang


kan.... jangan main ngan atuk

boleh koyak rabak BERSATU..


fuh... makin ramai resah gelisah

gundah gulana

ermmmmmm....

oh... kerusi makin samar...


sebenarnya....

senang ja nak buat atuk nganga...

kuburkan ja BERSATU

kalau malu nak masuk UMNO

masuklah PAS...

bagi kukuh MN...



Blogger 1

bmf

bmf