Isnin, 19 Mac 2012

Culik Gadis Remaja

Aku simpati dengan malang yang menimpa keluarga di bawah seperti yang dilaporkan oleh UTUSAN. semoga remaja perempuan yang diculik ini berjaya ditemui semula dan sekaligus mengheret penculik-penculik remaja perempuan ni ke muka pengadilan. Nampaknya, kes penculikan orang semakin menjadi-jadi kebelakangan ni



Remaja perempuan diculik ketika beli kad tambah nilai
19/03/2012 8:47pm

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM


KUANTAN 19 Mac 2012 - DARI kiri, Nor Mala Mohd. Lazin, bersama suaminya, Mahadi Muda dan anak mereka, Siti Nurul Aishah, menunjukkan gambar anak sulung mereka, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, (gambar kecil) yang didakwa dilarikan oleh sebuah kenderaan berwarna gelap ketika hendak membeli kad tambah nilai telefon bimbit di sebuah kedai berhampiran dengan rumah mereka di Taman Tas di sini hari ini. - UTUSAN/KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM

KUANTAN 19 Mac – Seorang pelajar perempuan dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.

Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun.

Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.

Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361. - UTUSAN



Harapnya nasib gadis remaja di atas janganlah jadi seperti apa yang berlaku ke atas gadis remaja di bawah. walaupun laporan di bawah menyatakan gadis tersebut berjaya diselamatkan, namun tujuan penculikan gadis ialah pemerdagangan orang untuk tujuan pelacuran.

Polis Thailand selamatkan gadis Malaysia yang diculik
19/03/2012 9:02pm

SHAH ALAM 19 Mac - Seorang gadis berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang baru-baru ini berjaya diselamatkan polis Thailand di sebuah stesen keretapi di Bangkok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihak Kedutaan Malaysia di Bangkok telah berurusan dengan pihak berkuasa Thailand untuk penghantaran pulang gadis itu ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Mohd Adnan berkata, gadis itu telah menelefon ibunya yang tinggal di Seksyen 18 di sini pada pukul 4.57 petang 12 Mac lepas dan ibunya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini mengenai panggilan itu pada hari yang sama.

Mohd Adnan berkata, dalam panggilan telefon itu gadis berkenaan memberitahu ibunya bahawa dia dan beberapa orang warga Myanmar itu telah diculik oleh sekumpulan orang, lalu dibawa ke Thailand.

"Bagaimanapun, mereka berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah, katanya.

Mohd Adnan berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dengan pihak Kedutaan Malaysia di negara itu. — BERNAMA


sama-samalah kita mendoakan remaja perempuan yang diculik di atas berjaya ditemukan. dengan kecekapan dan ketangkasan PDRM, dan sokongan semua pihak, remaja perempuan ini pastinya akan ditemui. Insya Allah

Blogger 1

bmf

bmf