Ahad, 27 November 2011

Olimpik Malaysia Tumpas

Pasukan Olimpik Malaysia tumpas 2 - 3 kepada Bahrain. Tak mahu kutuk, tak mahu keji, cuma... Malaysia dah main cukup bagus hinggalah Faiz terpaksa dikeluarkan. Rentak jadi tunggang langgang, hilang tumpuan dan mungkin sedikit over confident bila dah sumbat 2 gol. hasilnya gol bolos dalam tempoh kurang 8 minit.

ong kena cari striker lagi la, nyata sangat tak main peranan. gol pun oleh bek dan pemain tengah. satu lagi, kena cari penjaga gol lain la, khairul fahmi ni banyak sangat kontroversi...boleh lihat sini


Kelayakan Olimpik: Malaysia gagal menang di tempat sendiri
27/11/2011 10:54pm

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Skuad Harimau Muda gagal menang di tempat sendiri walaupun berjaya mendahului perlawanan dengan dua gol pada sesi kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C.

Bahrain yang bermain dengan 10 orang berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya mendahului Malaysia dalam tempoh lima minit pada separuh masa kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol pertama Malaysia berjaya dijaringkan oleh pemain muda berusia 17 tahun, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada separuh masa pertama manakala gol kedua dijaringkan Mahali Jasuli. - Utusan

Rafizi vs lembu

banyak sangat pendedahan yang dibuat, tapi si lembu rafizi ni masih tak faham-faham jugak. tak faham atau tak mahu faham. NFC tak payah bagi penjelasan, bagi saman aja dah cukup. biar banyak mana pun penjelasan dibuat, sebab suka sangat nak tabur fitnah tentang lembu, dia ni pun dah nak jadi lembu...

Ketuk pintu setiap rumah, londehkan ketamakan Umno-BN- Rafizi

(Oleh: Sidiqin Omar)



JOHOR BAHRU 27 Nov: Sekarang adalah masanya perwakilan KEADILAN pulang ke kawasan masing-masing dan menyampaikan maklumat kepada rakyat, kata Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional ke 8.

“Kita sekarang dalam mood menyerang. Kita londeh ketamakan Umno-BN. Hampir sebulan setiap hari, tiada jawapan dari Menteri,” kata Rafizi yang sebelum ini mendedahkan skandal National Feedlot Corporation yang membabitkan keluarga Menteri, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

“Kalau tanya pandangan dan amati, KEADILAN masuk pilihan raya uhttp://www.blogger.com/img/blank.gifmum sebagai Pakatan Rakyat setelah dasar cukup lengkap. Kita dah tahu nak buat dengan Felda, kita dah tahu untuk buat gaji minima dan kita dah tahu Menteri mana nak disumbat dalam penjara,” katanya.

Menyifatkan pertarungan kali ini lebih sengit dan kotor, Rafizi berkata semangat berkobar-kobar sahaja tidak mencukupi, tanpa jentera pilihan raya ‘mengetuk pintu’ setiap rumah untuk menyampaikan maklumat.

“Jangan sia-siakan harapan rakyat yang digalas di atas bahu kita,” kata Rafizi.



link lembu

Blogger 1

bmf

bmf