Selasa, 31 Julai 2012

Tak kan diam diri aja

 Ini cakap Karpal Singh.



KUALA LUMPUR 30 Julai - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya. - BERNAMA

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal.

— BERNAMA
Takkan diam aja. Umpama maruah PAS dah kena pijak-pijak oleh si Karpal ni. Kalau diam, memang betullah, DAP amat berkuasa dalam Pakatan.



Apa lagi yang KP PAS nak kata. Patutnya, kata-kata Karpal disanggah. Takkan nak berdiam diri aja. Takkan tak ada keberanian walau sebesar kuman pun.

Maksud PAS


Tahniah buat artis-artis yang join PAS. Nampaknya PAS buka satu lagu dimensi baru dalam sejarah politik PAS. Guna artis untuk pikat pengundi. Apakah kepanjangan PAS juga akan berubah seperti arah perjuangan PAS. 

Parti Artis-artis Semalaysia.Mungkin itulah nantinya maksud PAS apabila artis mula ambil tempat ulamak dalam setiap ceramah....



Golongan ulama dah tak mampu nak pikat hadirin. Heboh dulu guna cindia dalam ceramah yang selit ayat-ayat quran. Bila dah kurang mendapat sambutan, golongan artis pulak jadi sasaran.


Tapi, kalau PAS dapat pancing orang kat bawah join PAS, pastinya BN akan sesak nafas.




Blogger 1

bmf

bmf