Jumaat, 26 Oktober 2012

Salah Melayu/Bumiputera


Aku suka artikel kat bawah ni, mungkin kalau kat sini ada juga yang baca. Kat BH agak tersorok. 

Bagi aku, bukan Melayu/Bumi ni hanya suka kerja  dalam perkhidmatan awam jika dapat pegang jawatan tinggi. Kalau kerja sekadar jadi orang bawahan memang dia orang tak pandang. Tu sebab jawatan pangkat rendah ni kebanyakannya diisi oleh orang Melayu/Bumi.




Salah bukan Melayu jika tidak minat khidmat awam

Rejal Arbee
           Pautan


Diskriminasi firma swasta tak pernah diungkit
          

Dakwaan kononnya perkhidmatan awam tidak mencerminkan jumlah komposisi rakyat negara ini dan dimonopoli orang Melayu tidak habis-habis diungkit. Selain itu, jumlah 1.4 juta penjawat awam, dikatakan jumlah yang begitu besar sehingga melebihi nisbah negara lain di dunia. Sememangnya apabila melihat jumlah begini tanpa mengetahui keadaan sebenar, semua orang akan bersetuju perkhidmatan awam negara ini sememangnya besar.


Tetapi apakah dakwaan ini benar? Kenapakah mereka tidak mahu memperincikan kedudukan sebenar jumlah yang dikatakan terlalu besar itu? Sebenarnya angka 1.4 juta itu juga merangkumi perkhid-matan lain termasuk guru, kakitangan polis dan tentera, kakitangan institusi pengajian tinggi awam mahu pun kakitangan kesihatan.

Jika bukan Melayu jarang mahu mohon jawatan dalam kerajaan kerana lebih suka berkhidmat dengan swasta, apakah ini pun salah orang Melayu?"
Jika dilihat ia merangkumi 500,000 guru, hampir 100,000 pensyarah dan kakitangan lain di institusi pengajian tinggi awam, lebih 200,000 polis dan anggota tentera, lebih 100,000 kakitangan hospital, klinik dan pertubuhan kesihatan awam. Jumlah penjawat awam yang sebenar hanya 400,000 orang.

Apakah jumlah ini terlalu besar berbanding jumlah keseluruhan penduduk. Apakah nisbahnya masih terbesar di dunia seperti didakwa mereka yang sengaja mahu memperlekehkan negara sendiri?

Kemudian dinyatakan juga perkhidmatan awam hanya memberi peluang kepada orang Melayu. Gambaran yang hendak diberikan kononnya bukan Melayu tidak mendapat tempat, malah terus ditindas.

Jika bukan Melayu jarang mahu memohon jawatan dalam kerajaan kerana lebih suka berkhidmat dengan swasta yang dikatakan memberi pendapatan lebih baik, apakah ini pun salah orang Melayu?

Dalam pada itu, timbul juga kononnya beberapa kerat bukan Melayu yang ada dalam perkhidmatan awam dan semuanya menghadapi diskriminasi apabila hendak naik pangkat. Kononnya sukar sekali bukan Melayu mendapat pengiktirafan walaupun menunjukkan prestasi baik.

Jelaslah, mereka sengaja membutakan mata antara 25 kementerian yang wujud sudah terdapat lima bukan Melayu memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha, merupakan 25 peratus daripada jumlah keseluruhan. Adakah ini menunjukkan bukan Melayu masih didiskriminasi?

Oleh kerana ketika ini terlalu kerap perkara ini ditimbulkan, perkhidmatan awam sendiri melakukan pelbagai usaha untuk menggalakkan lebih ramai bukan Melayu memohon untuk bekerja dengan kerajaan. Pelbagai kempen diadakan untuk menambah jumlah bukan Melayu memasuki perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, kenapa tidak pernah ditimbulkan soal berapa kerat Melayu yang diberi peluang bekerja dalam syarikat swasta? Kenapa kedudukan orang Melayu yang amat kecil dalam syarikat swasta dikuasai bukan Melayu tidak dibangkitkan sama atau mungkin tidak siapa mahu mengambil kisah? Kenapa tidak pula mahu diadakan kempen dan usaha syarikat bukan Melayu mengambil lebih ramai kakitangan Melayu dan adakah orang Melayu tidak menghadapi diskriminasi?

Berapa banyak antara syarikat itu yang melantik Melayu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka? Jangankan CEO, Melayu yang berjawatan peringkat pengurusan menengah pun susah hendak dicari.

Ini juga sepatutnya difikirkan oleh mereka yang membuat tuduhan melulu kononnya bukan Melayu dipinggirkan dalam perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, laporan akhir oleh Ketua Audit Negara mengenai kedudukan perbelanjaan dalam perkhidmatan awam untuk tahun lalu yang membabitkan perlakuan penjawat awam masih membingungkan.

Kenapakah perlakuan yang tidak boleh diterima masih berlaku dalam sesetengah agensi dan jabatan awam? Apakah pelaku yang mengabaikan peraturan kewangan sehingga ada yang tidak masuk akal dilaporkan bertahun-tahun sebelum ini tidak dikenakan tindakan hingga perlakuan seumpama itu berterusan berlaku? Apakah Jabatan Perkhidmatan Awam, kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan sudah bertindak ke atas pegawainya yang menyeleweng peraturan kewangan?

Apakah kontraktor yang membuat kerja tidak memuaskan sehingga kerajaan terpaksa menanggung bebanan kos yang berlebihan untuk membaiki kerja selekeh mereka sudah disenaraihitamkan? Malangnya gambaran yang boleh disimpulkan seolah-olah pegawai bertanggungjawab terhadap sesuatu projek atau pembelian tidak mengambil kisah terhadap hal sedemikian.

Maka itu setiap tahun laporan tahunan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen selalunya sarat dengan wujudnya kelemahan pengurusan kewangan demikian.

Yang lebih memusykilkan ialah perbelanjaan ke atas pelbagai jenis barangan yang kemudian dibiarkan saja tanpa digunakan atau melantik kontraktor yang tidak dapat menyelesaikan projek dengan memuaskan atau dapat menyiapkannya tetapi sarat dengan pelbagai kecacatan.

Salam Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Korban.


Jumaat, 19 Oktober 2012

Bila Soi Lek...

Soi Lek pun dah jadi ejen DAP. Tak setuju,  tak payah nak menyalak. Bila berkokok, mesti ada lagi yang kena tahi....




Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
 Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan. Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.
 Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini. Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya-Malaysiakini.

Bila dia cakap hukum hudud maknanya dia memperlecehkan hukum hudud yang jelas merujuk kepada agama Islam.

Bila rating dah naik, ada saja cara nak bagi jatuh. Kalau luar barisan boleh juga diterima, ini dari dalam barisan...

Rabu, 17 Oktober 2012

Sampai bila...

Sampai bila mau tunggu lagi. Kalau dah terbukti minah ni salah, takkan tak ada ruang untuk dakwa minah ni. Atau apa yang minah ni dakwa betul...... Sebab tu tak boleh nak ambil apa-apa tindakan.

Atau minah ni kebal sangat kut.. Sebab tu takut nak ambil tindakan. Siasatan terhadap SUARAM pun bukan atas sebab fitnah yang dijaja tapi sebab SUARAM tu haram.








Dah lali sangat kalau ulang kali kata SUARAM ni tabur fitnah. Fitnah kalau tidak segera dicantas akan subur dan menimbulkan fitnah yang lain lagi. Takkan kerajaan Malaysia tidak mampu mempertahankan Perdana Menterinya.... Malang sungguhlah....


Bertindak segera ke atas Cynthia

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel yang ingin membawa masuk dua peguam asing bagi memberi taklimat kepada ahli Parlimen mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene.

Enam NGO terbabit ialah Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Jaringan Melayu Muda Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah serta Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna.

Presiden KWMM, Dzulkarnain Taib berkata, perbuatan membawa orang asing mencampuri urusan dalaman negara bakal mengancam keselamatan negara.
“Suaram menunjukkan sikap angkuh kerana terus berusaha membawa dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mencampuri urusan dalaman negara walaupun laporan polis sudah dibuat terhadap tiga pemimpin pembangkang berhubung perkara yang sama pada 5 Oktober lalu.

Rakyat tidak harus membiarkan pihak luar mencampuri urusan negara kerana ia akan mengancam keselamatan," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Menurut Dzulkarnain, Cynthia menyatakan hasratnya itu melalui satu kenyataan yang disiarkan di Harakah Online yang menyebut bahawa Suaram tetap akan membawa masuk dua peguam berkenaan ke Malaysia dalam masa terdekat.

Sementara itu, Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya akan berusaha menghalang tindakan Suaram tersebut dan pendedahan mengenai penglibatan pegawai kerajaan menjual maklumat dalam kes itu akan dilakukan dalam waktu terdekat.
“Saya mempunyai bukti terdapat pegawai kerajaan menerima sogokan Suaram untuk dedah rahsia kerajaan. JMM akan dedahkan dalam tempoh terdekat," ujarnya.













Selasa, 16 Oktober 2012

Hidung tak....

Hidung tak mancung pipi pulak tersorong-sorong.  Patutnya, pinggan tak retak nasi tak dingin. engkau dah tak hendak aku lagilah tak ingin....

 


Siang malam ceramah, hentam PAS hentam pimpinan PAS, alih-alih masih setia dengan semangat perjuangan PAS. Kalau rujuk kembali agenda penubuhan PAS, tak ada pun agenda nak mendirikan kerajaan Islam. Agenda utama nak jahanamkan UMNO dan pelingkupkan apa yang telah dibuat oleh UMNO dan BN.




BESUT 16 Okt. - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan terus setia memegang semangat perjuangan PAS walaupun telah dipecat pada bulan Januari yang lalu.

Sambil menolak tanggapan dirinya bakal menyertai UMNO, Presiden Jalur Tiga (JATI) itu berkata beliau akan terus memastikan hasratnya dalam mengembalikan perjuangan asal PAS yang didakwanya telah terus pincang akibat penguasaan pimpinan Parasit Parti.


"Saya akan tetap bersama Pas dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.


Beliau juga mengulangi penegasan bahawa dirinya tidak pernah menerima sebarang sogokan berbentuk wang dari mana-mana pemimpin UMNO.


"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.


Hasan Ali juga menjelaskan, kumpulan Anwarinas dalam PAS kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam Pas hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.


Malah katanya lagi, ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.


"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat Pas akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden Pas) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.

Kalau dah orang PAS, benda salah depan mata pun akan ambil masa untuk diambil tindakan. Takut pada boss lebih  utama dari takut pada Tuhan....

Isnin, 15 Oktober 2012

Hero

Hero baru UMNO........?








sebab dia claim masih setia pada UMNO, PM wajar bagi dia cuti rehat untuk PRU 13 nanti.

Sebab banyak sangat layan kerenah bebudak kat universiti, dia dah keliru nak sokong yang mana satu. Mungkin dia ni hanya pakai baju UMNO dan BN aja, tapi badan banyak cop PR.




Rabu, 3 Oktober 2012

Lepas naik jet...


Anwar ni, biar betul. Atau orang tua ni memang dah nyanyuk. Dah buang tebiat. Lepas naik jet, dah jadi macam sasau. Kalau begitu, memang sia-sialah demo nak menghapuskan PTPTN hari tu. 





 

Mahu kena terajang Anwar dengan hero-hero yang menuntut mansuhkan PTPTN kat atas.

Pinjaman pendidikan mesti dibayar - Anwar

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar perjuangan pakatan pembangkang apabila menegaskan, pinjaman yang digunakan untuk membiayai kos pendidikan mesti ditunaikan.

Anwar menjelaskan, perkara itu tidak boleh dipertikaikan kerana kewajipan membayar hutang telah ditegaskan di dalam al-Quran.
"Saya ingin tegaskan dalam masalah pendidikan, hutang memang harus dibayar dan apabila ada perjanjian harus ditunaikan," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) ketika mencelah sesi perbahasan tersebut meminta Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kewajipan membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu.

Kenyataan Anwar itu mengelirukan kerana selama ini, pembangkang sering berjanji kepada rakyat khususnya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan memansuhkan PTPTN sekiranya berjaya menjadi kerajaan.

Sementara itu, pada sidang akhbar di lobi Parlimen, ketika ditanya tentang Kabinet bayangan yang diumumkan, Anwar dilihat cuba mengalih perhatian pemberita dengan menimbulkan persoalan sama ada Najib telah mengumumkan nama bakal Menteri Besar Selangor dan nama bakal Menteri Kewangan selepas menang pilihan raya nanti.

Beliau menjelaskan, amalan mewujudkan Kabinet bayangan cuma dipraktikkan di United Kingdom (UK) dan Australia tetapi tidak di Amerika Syarikat (AS) serta Perancis.
"Ini amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan di UK, tetapi saya tidak mahu elak.
"Itulah senarai pimpinan kanan ketiga-tiga parti pembangkang yang akan ditugaskan untuk menjaga bidang ekonomi, pendidikan dan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas)," ujarnya.

Blogger 1

bmf

bmf