Salah guna kuasa: Exco PAS desak Khalid siasat.
Tapi....
sanggupkah Khalid buat. Dia tu SePo MB. Tak ada dia, hilanglah ghairah MB nak bekerja demi PKR.
SHAH ALAM: Seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri hari ini menuntut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjalankan siasatan terhadap surat-surat sokongan membabitkan pegawai dan pemimpin kerajaan negeri untuk mendapatkan projek awam susulan kemelut terbaru yang melibatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin.
Cadangan oleh Exco Perumahan Iskandar Abdul Samad itu dibuat berikutan desakan PKR Selangor bahawa Khalid harus menggantung Faekah sementara menjalankan siasatan penuh berhubung penggunaan kepala surat Menteri Besar oleh Setiausaha Politiknya itu bagi membantu anak saudaranya .
"MB sendiri perlu mempertimbangkan perkara ini. Bukan sahaja surat ini, malah jika ada surat-surat yang sebelum ini, (juga) perlu diteliti. Kenapa surat ini sahaja yang menjadi isu," kata Iskandar kepada pemberita.
Iskandar berkata amalan mengeluarkan surat sokongan daripada pejabat Perdana Menteri tidak harus digalakkan.
"Seboleh-bolehnya tidak diteruskan. Surat ini tidak ada makna tetapi rakyat yang akan melihat perkara ini," kata beliau.
"Kita tengok secara keseluruhannya berapa banyak surat yang telah dikeluarkan oleh Faekah, mungkin beribu-ribu dia telah keluarkan tetapi kenapa kita fokuskan kepada surat yang keluarga dia minta," tambah Iskandar.
Beliau berpendapat surat Faekah kepada Permodalan Nasional Selangor Berhad, mencadangkan syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC) itu melantik firma anak saudara beliau sebagai panel guaman PNB tidak berbentuk salah guna kuasa.
"Saya rasa kandungan surat tersebut hanya mencadang, bukan menyokong," kata beliau tanpa mengulas lanjut.
Iskandar menasihati pemimpin dan Exco Pakatan Rakyat berhati-hati dengan tindak tanduk mereka, apa tah lagi dengan pilihan raya umum semakin hampir.
"Pilihanraya sudah menjelang, apa isu sekalipun akan diperbesarkan mungkin kalau perkara ini berlaku tiga atau empat tahun lepas tidak akan diperbesarkan," kata beliau. "Nasihat saya kepada exco dan lain-lain ialah mereka harus berhati-hati," tambah beliau.
Faekah dituduh menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar untuk "menasihati" Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB) melantik firma anak saudaranya sebagai panel guaman.
Faekah mengaku menulis surat sokongan itu tetapi menafikan sebarang salah guna kuasa. Khalid mempertahankan Faekah dengan mendakwa bahawa surat itu hanya bertujuan “memanjangkan” permohonan firma anak saudara Faekah kepada PNSB.
Bagaimanapun PKR Selangor mempertikaikan pendirian Khalid dan Faekah itu dengan merujuk perenggan terakhir surat yang ditulis oleh Faekah kepada Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Datuk Ahmad Bin Omar.
Perenggan itu berbunyi: "Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga berpandangan bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat Asyiqin & Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat."
Zeenat Asyiqin dilaporkan adalah adalah anak saudara Faekah.
Ketua Penerangan PKR Shuhaimi Shafie berkata perenggan itu tidak kena pada tempatnya kerana boleh diibaratkan sebagai cubaan mempengaruhi proses dalaman PNSB melantik panel guamannya
Rujukan
Rujukan
Blogger 1
-
Silakan...
-
Walaupun ramai pemimpin umno mahu keluar parti tapi akar umbi tidak begitu.
Tidak suka dengan presiden mereka hanya tidak mengundi parti itu.
Pemimpin kelu...
6 hari yang lalu
-
(Foto) Senarai Penuh Calon Yang Bertanding Pada Pemilihan UMNO Malaysia 2023 - 2026
-
Sebelum mengundi pada Mesyuarat bahagian UMNO pada 18 Mac ini, kita kenali
dahulu calon-calon yang akan bertanding. Pilih calon yang mampu
menambahbaik, be...
2 bulan yang lalu
-
Riwayat Ayahanda
-
Di era akhir tahun 90an berlaku satu fenomena anak anak muda melayu yang
terpengaruh dengan filem mafia dan gengster baik dari filem hollywood
mahupun da...
2 bulan yang lalu
-
IN SHA ALLAH, AKU... PASTINYA YANG TERAKHIR
-
Setiap Menang Kalah bukan blh kita Pilih tapi kuatnya semangat perjuangan
menerima keputusan dan berlapang dada itu adalah satu sifat pejuang yg
jatu...
6 bulan yang lalu
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ??
-
MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ?
APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ...
MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...
7 bulan yang lalu
-
-
Penduduk panik tengok bentuk awan, muncul sebelum matahari terbenam
-
25/4/22
Penduduk panik tengok bentuk awan, muncul sebelum matahari terbenam. Takut
rugi, pengusaha ini mengaku sembunyikan berjuta paket minyak masak. T...
Setahun yang lalu
-
2022 - PERUBAHAN ERA ZAMAN SETIAP 1 ALAF
-
Kita sudah berada 22 tahun dalam alaf 21. Sepanjang alaf 21 ini banyak
peristiwa berlaku tanpa kita sangka. Berlaku banyak perubahan mendadak. Tak
ad...
Setahun yang lalu
-
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu?
-
Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan
mereka yang tiada "political wisdom".
Situasi negara masih tidak stabil keran...
2 tahun yang lalu
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
-
Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG,
lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald
Trump y...
2 tahun yang lalu
-
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID
-
Sebelum ini, kalau barang mahal kita cakap harga YAHUDI. Sekarang ni kalau
barang murah, kita boleh cakap harga MUJAHID.
Gila ke apa jual tanah satu hekt...
2 tahun yang lalu
-
Bolehkah Raja Raja Melayu Survive?
-
Sejak 200 tahun dulu hampir 80 sistem monarki yang ada dalam dunia ini
runtuh.
Penyebab utama keruntuhan sistem monarki tersebut ialah revolu...
2 tahun yang lalu
-
Komunis Alaf Baru Semakin Terbuka Menterbalikkan Jalur Gemilang
-
Sehari dua ini semakin menjadi-jadi kejadian menterbalikkan Jalur Gemilang.
Dalam sejarah pemerintahan Kerajaan BN, belum kedengaran kejadian sebegi...
3 tahun yang lalu
-
LAFAZ AMPUN MAAF AHLI PPBM
-
Kami, ahli-ahli UMNO telah mendengar permintaan kamu dan di bawah ini kami
drafkan LAFAZ AMPUN MAAF untuk dibacakan oleh Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli
Ppbm...
3 tahun yang lalu
-
GEMPAR !! Satu Lagi Hak Keistimewaan Orang Melayu Bakal Di Hapuskan !! #AIM
-
“Jangan risau, biarpun kita batalkan AIM sekali pun, kita tidak akan
mengabaikan bantuan diberi kepada orang miskin.
petikan dari BH online
*https*
://w...
4 tahun yang lalu