Hamba sokong dengan apa yang dinyatakan kat bawah. Hamba pun macam dia, bukan nak menderhaka.
28 tahun dah cukup lama. Bagilah peluang orang lain terajui persatuan. Idea 70 an, 80 an, 90 an dah tak sama dengan zaman sekarang. perlu ada perubahan. Banyak orang dalam persatuan yang punyai kaliber dan karisma dalam memimpin. Satu contoh, cuba ambil inspirasi dari negeri Kelantan..
BOSAN dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang
sekian lama tidak berubah, sekumpulan peminat setia bola sepak tempatan
tampil mendesak agar rombakan besar-besaran dilakukan badan induk itu
termasuk meminta Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah mengundur diri secara
terhormat.
Bukan mahu bertindak biadap atau menderhaka, namun selepas sekian
lama menyaksikan cerita sama ‘disajikan’ skuad negara pada pentas
antarabangsa serta saingan liga domestik yang sering berubah format tapi
tidak menunjukkan sebarang peningkatan, kumpulan yang rata-ratanya
peminat setia bola sepak tempatan itu akhirnya memberanikan diri
mendesak FAM melakukan rombakan besar-besaran.
Wakil kumpulan
yang menggelarkan diri mereka ‘Presiden FAM Sila Letak Jawatan’ (PFSLJ)
itu, Alfadli Awaluddin berkata, beliau serta rakan seperjuangan hanya
mempunyai satu niat, membela dan berjuang demi kebaikan bola sepak
tempatan.
“Sejak 28 tahun lalu (sepanjang kepimpinan Presiden FAM), kita sering
diceritakan kesalahan barisan pemain, jurulatih serta soal teknikal
apabila gagal dalam satu-satu kejohanan tapi apa yang kita tidak sedar
ialah kegagalan itu banyak berpunca daripada pengurusan, pentadbiran dan
struktur FAM sendiri.
“Contohnya seperti yang kita semua
sedia maklum, skuad negara gagal mempertahankan Piala AFF dan episod
sama berlaku iaitu kesalahan ditujukan kepada jurulatih serta pemain
sedangkan sebenarnya pengurusan FAM harus bertanggungjawab,” katanya.
Justeru
itu, beliau berharap Presiden FAM perlu berundur bagi memberi peluang
kepada individu lain mengemudi badan induk itu dengan pada masa sama
mengharapkan berlakunya rombakan besar-besaran dalam FAM.
“Bukan kami tidak menghargai sumbangan Presiden tapi kadangkala kita
perlukan idea baru bagi merancang masa depan bola sepak tempatan.
“Kekalahan
membabitkan skuad negara sesuatu yang biasa bagi kami semua dan selama
28 tahun kami sering disajikan dengan kegagalan. Cukuplah semua ini,”
katanya.
Alfadli turut menggariskan empat sebab utama mengapa tampuk FAM perlu dirombak.
Pertama,
Liga Malaysia (Liga-M) didakwa Gred D dan tidak berdaya saing selain
menganggap prestasi pasukan kebangsaan tiada hala tuju apabila
mempersoalkan pendirian FAM yang menegaskan ranking tidak penting dan
berasa pelik apabila badan induk itu hanya menetapkan sasaran sama di
Sukan Sea dan Piala AFF tanpa berani menetapkan sasaran lebih tinggi.
Alfadli
juga berkata, sistem bola sepak tempatan tiada visi dan misi yang jelas
serta mendakwa pengurusan FAM tidak cekap serta tiada akauntabiliti.
Blogger 1
-
Menang di mata masing masing
-
Najib dicemuh kerana satu gambar edit atau Astro Awani salah caption. Aku
tidaklah pandai tapi tidaklah bodoh macam bendul kayu. Tonton debat tapi
kau masi...
Sebulan yang lalu
-
Penduduk panik tengok bentuk awan, muncul sebelum matahari terbenam
-
25/4/22
Penduduk panik tengok bentuk awan, muncul sebelum matahari terbenam. Takut
rugi, pengusaha ini mengaku sembunyikan berjuta paket minyak masak. T...
2 bulan yang lalu
-
20 DICEKUP KERANA KELUARKAN SIJIL LAHIR DAN MYKAD SECARA PENIPUAN.
-
Sindiket yang turut melibatkan Penolong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Pulau Pinang itu dipercayai menerima antara RM100,000 hingga RM600,000
daripada wa...
2 bulan yang lalu
-
-
ARAK DISIMPAN SETEMPAT HALAL, SUSAH SANGAT KER NAK SELESAI KAN?
-
SUSAH SANGAT KER? MANA MENTERI DAN PENGUATKUASA?
Bila teman melihat ada juga NGO yg perihatin ttg Negara yg Agama Islam
dijunjung dan diutamakan. Terfi...
3 bulan yang lalu
-
2022 - PERUBAHAN ERA ZAMAN SETIAP 1 ALAF
-
Kita sudah berada 22 tahun dalam alaf 21. Sepanjang alaf 21 ini banyak
peristiwa berlaku tanpa kita sangka. Berlaku banyak perubahan mendadak. Tak
ad...
4 bulan yang lalu
-
UMNO PERMATANG PAUH BANTU 6 BERADIK YATIM PIATU
-
Keperitan 6 Beradik Yatim Piatu Ini Mendadani Laman Pelbagai Media Sosial
Beberapa Hari Lepas. Mereka Menjadi Yatim Piatu Selepas Covid Meragut Tiang...
9 bulan yang lalu
-
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu?
-
Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan
mereka yang tiada "political wisdom".
Situasi negara masih tidak stabil keran...
Setahun yang lalu
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
-
Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG,
lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald
Trump y...
Setahun yang lalu
-
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID
-
Sebelum ini, kalau barang mahal kita cakap harga YAHUDI. Sekarang ni kalau
barang murah, kita boleh cakap harga MUJAHID.
Gila ke apa jual tanah satu hekt...
Setahun yang lalu
-
Bolehkah Raja Raja Melayu Survive?
-
Sejak 200 tahun dulu hampir 80 sistem monarki yang ada dalam dunia ini
runtuh.
Penyebab utama keruntuhan sistem monarki tersebut ialah revolu...
Setahun yang lalu
-
Corridor of Power - Percaturan Politik Tun M Memang Superb!!!
-
Jika pendapat penulis ini benar, di antApa faedah yang Tun M perolehi
daripada penubuhan kerajaan baru Perikatan Nasional adalah seperti berikut;
1) Anwar ...
2 tahun yang lalu
-
Komunis Alaf Baru Semakin Terbuka Menterbalikkan Jalur Gemilang
-
Sehari dua ini semakin menjadi-jadi kejadian menterbalikkan Jalur Gemilang.
Dalam sejarah pemerintahan Kerajaan BN, belum kedengaran kejadian sebegi...
2 tahun yang lalu
-
LAFAZ AMPUN MAAF AHLI PPBM
-
Kami, ahli-ahli UMNO telah mendengar permintaan kamu dan di bawah ini kami
drafkan LAFAZ AMPUN MAAF untuk dibacakan oleh Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli
Ppbm...
2 tahun yang lalu
-
GEMPAR !! Satu Lagi Hak Keistimewaan Orang Melayu Bakal Di Hapuskan !! #AIM
-
“Jangan risau, biarpun kita batalkan AIM sekali pun, kita tidak akan
mengabaikan bantuan diberi kepada orang miskin.
petikan dari BH online
*https*
://w...
3 tahun yang lalu