Jika PR menang dalam PRU13 nanti....
siapa-siapa mungkin akan jadi PM....
SHAH ALAM 25 Feb. -
Pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR),
DAP dan Pas masih belum mempunyai kata sepakat dan ketetapan bagi
melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sebagai Perdana Menteri
sekiranya gabungan parti politik tersebut berjaya memenangi Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Meskipun dengan semangat berkobar-kobar menyatakan mereka sudah
bersedia untuk melangkahkan kaki ke Putrajaya dengan manifesto bertema
'Pakatan Harapan Rakyat' dilancarkan hari ini, Anwar sendiri tidak
berani untuk menegaskan beliau telah disepakati oleh sekutunya untuk
diangkat menjadi Perdana Menteri.
Anwar hari ini enggan memberikan sebarang komen berhubung
kedudukannya sebagai calon Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan
raya umum akan datang.
Ketua Umum
PKR itu menjawab secara ringkas bahawa beliau tidak membangkitkan isu
sebagai calon jawatan Perdana Menteri dalam kerajaan yang bakal ditadbir
oleh pakatan pembangkang nanti.
''You (wartawan) ada cadangan lain ke (calon Perdana Menteri
pakatan pembangkang)? Saya tak bangkit isu ini, tidak ada masalah apa
pun... orang rumour (khabar angin) memang patut ada usul (mengenai calon Perdana Menteri).
''Namun, usul kita hari ini ialah konvensyen pakatan hanya untuk
manifesto," katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Pakatan
Rakyat Ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.
Pada 12 Februari lalu, media melaporkan kenyataan Pengerusi DAP,
Karpal Singh sekali lagi menegaskan Anwar akan menjadi Perdana Menteri
jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya
umum akan datang.
Penegasan itu dibuat oleh Karpal susulan wujudnya dakwaan kononnya
Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan
selain menganggapnya sebagai satu spekulasi.
Bagaimanapun, pada Muktamar Pas pada November tahun lalu, seorang
perwakilan daripada Dewan Ulama Pas, Hairun Nizam mencadangkan agar
jawatan Perdana Menteri bagi pakatan pembangkang diwakili oleh Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Hairun, ahli Pas tidak sepatutnya melobi pemimpin luar
daripada Pas untuk mengisi jawatan tersebut selain menganggap Abdul Hadi
merupakan calon yang sesuai.
|
Mungkin Anwar tapi belum pasti |
|
Mungkin juga HJ Hadi |
|
Bahkan, ada yang kata Ku Li |
|
Atau mungkin juga Mat Sabu, atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden |
Kalau nak tolak Nuar, senang aje. Orang-orang PAS tak usah undi Anwar masa PRU13 nanti. Tanpa kerusi parlimen, cam mana dia nak jadi PM.