ini bijak ke atau terlebih bijak...
Hard Rock akan dibuka di Putrajaya
PUTRAJAYA - Hard Rock International dijangka membuka Hard Rock Cafe di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, pada tahun ini.
Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 di sini.
"Hard Rock Cafe Putrajaya akan dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan pada tahun ini.
"Ia akan menjadi tarikan baharu di sini termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan juga golongan muda," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Aseh mengiringi Syed Yusof melawat Menara Ikhlas di sini. - Bernama