Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. HAMKA
Jumaat, 30 Mac 2012
MB Johor
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub nak bertanding di Johor
Samada ini proses membina kubu atau menggali kubur, tapi percaturan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub nak bertanding di kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional wajar dihormati.
Dalam satu pertemuan eksklusif dengan Agendadaily, Salahuddin yang sudah dua penggal jadi ahli Parlimen di Kelantan menyatakan hasrat hati untuk berbakti pada rakyat negeri kelahirannya.
Beliau memilih untuk bertanding di negeri tumpah darahnya, Johor Darul Takzim pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.
Soal lari dan ditolak pengundi Kubang Kerian yang dimenangi sejak 2004 tidak timbul langsung apa lagi jika ianya dikaitkan dengan cubaan membunuh karier politiknya.
PAS Kelantan difahamkan mahu anak negeri tersebut bertanding di kubu PAS itu, selain Salahuddin, calon import Kelantan juga adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli yang menang di Parlimen Kuala Krai.
Bagi Salahuddin, pengalaman serta pendedahan politik sebagai wakil rakyat di negeri Kelantan selama dua penggal cukup bermakna, maka sekali ini sudah sampai masa untuk segala yang ditimba dicurahkan ke Johor pula.
Dalam pertemuan dengan Agendadaily di bangunan Parlimen baru-baru ini, beliau mengakui rasa hatinya mengenai hasrat untuk berubah tempat bertanding pada PRU13 nanti, “saya adalah orang Johor, dah sampai masanya untuk memberi bakti dan perkhidmatan saya untuk rakyat Johor pulak.”
“Segi hati kecil saya alangkah baiknya sekiranya pengalaman yang saya dapat serta segala kebaktian yang saya curahkan di Kelantan itu, sekali ini sekiranya diizinkan oleh rakyat Johor, saya ingin pula menabur bakti kepada negeri saya sendiri, rakyat saya sendiri,” tambah Salahuddin yang dilahirkan pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor.
Salahuddin menganggap apa jua keputusan yang dibuat untuk bertanding di Johor merupakan satu kepuasan yang akan dinikmatinya lebih-lebih lagi sekiranya dapat memberi perkhidmatan terbaik pada rakyat tempat tumpah darahnya.
Beliau adalah bekas Ketua Pemuda PAS, kini salah seorang Naib Presiden parti itu. Salahuddin merupakan tokoh muda dalam PAS yang dikatakan amat disenangi oleh Musyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ketika ditanya samada tindakannya itu kerana kemungkinan rakyat kawasan Parlimen Kubang Kerian sudah mula menolaknya, Salahuddin berkata, “terpulang pada mana-mana kajian terhadap prestasi diri saya, tidak layak saya untuk menyatakan tentang prestasi saya tapi yang penting adalah ini masa terbaik untuk saya balik ke Johor.”
Bagaimanapun Salahuddin tidak menyatakan beliau akan bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun ramai dikalangan ahli-ahli Parlimen pembangkang menganggap beliau adalah tokoh Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Pembangkang itu berjaya menawannya.
Pun begitu, dalam pertemuan ini Salahuddin membayangkan akan bertanding di kawasan beliau dilahirkan.
Antara kerusi Parlimen dan DUN yang berpotensi untuk beliau adalah kerusi Parlimen P164 Pontian yang mempunyai dua DUN iaitu N53 Benut dan N54 Pulai Sebatang kini dimenangi Barisan Nasional (BN). Manakala kerusi Parlimen P165 Tanjong Piai juga mempunyai dua DUN iaitu N55 Pekan Nenas dan N56 Kukup semua dimenangi BN.
Mengenai peluang menang di mana-mana kerusi di Johor yang dianggap kubu kuat UMNO/BN, Salahuddin menyifatkan sebagai satu cabaran dan nikmat perjuangan.
Katanya, “dalam sejarah pertarungan peperangan tokoh-tokoh di dunia ini, bila kita berhadapan dengan sesuatu yang mencabar barulah kita merasai nikmat perjuangan, jadi kita tidak harus selamanya duduk dalam zon selesa.”
Menurutnya, perjuangan di medan yang lebih mencabar akan membuktikan keupayaan sebagai sorang ahli politik dan ianya adalah suatu misi.
“Menang atau kalah itu adat dalam perjuangan tapi disaat kita diperlukan kita mesti memberikan sumbangan bakti kita,” tambahnya.
Ditanya samada ianya satu usaha untuk 'membunuh karier' masa depan politiknya, Salahuddin menegaskan bahawa perkara itu tidak timbul sama sekali.
Katanya, “itu adalah daripada 'calculation' saya sendiri, misi saya sendiri, bukan orang lain yang mengatur saya untuk ke mana-mana. Kalau saya mahu di Kelantan, tak ada masalah, Pasir Mas pun 'pinang' saya untuk berlawan di situ.”
“Titiwangsa (PAS) juga meletakkan saya calon nombor satu, saya lebih selesa kiranya nak menang atau nak duduk dalam zon selesa terus kekal di tempat yang mungkin memberikan peluang kemenangan tapi itu tidak menjadi matlamat saya.” ujarnhttp://www.blogger.com/img/blank.gifya.-30/3/2012 OLEH LUKMAN ABDULLAH
AgendaDaily
mungkin sebab ini...
Pas: Jika PR menang, Salahuddin MB Johor
Wartawan Sinar Harian
8 Februari 2012
MAHFODZ-MOHAMED
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor, sekiranya Pas menguasai negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.
Membayangkan hasrat itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, ‘tuan punya badan’ juga telah memberi lampu hijau bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan kerusi mana yang akan diberikan kepada Salahudin sehingga diumumkan pucuk pimpinan parti kelak.
“Keputusan ini bukan lagi khabar angin. Memang benar dan Salahuddin akan kembali ke negeri kelahirannya untuk menguatkan Pas dan pada masa sama memberi motivasi kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di selatan Semenanjung,” katanya.
Mahfodz berkata, Pas akan menggunakan 33 kerusi yang dipertandingkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan sembilan di Parlimen
“Sudah tentu dia diletakkan di kawasan yang boleh dikatakan selamat, bukan ‘rumah sembelihan’ walaupun tidak semestinya kawasan majoriti Melayu,” katanya.
Ditanya mengapa Pas Johor berminat mencalonkan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu sebagai calon menteri besar, beliau berkata, Salahuddin mempunyai pengalaman untuk membantu Pas negeri itu.
“Pengalaman beliau di peringkat Pusat amat penting untuk membantu kemenangan parti ini memandangkan musuh kami, BN juga mempunyai tokoh hebat,” katanya.
Ditanya apakah yang menjadi ‘kayu ukur’ kepada kekuatan kepada Pas di Johor, beliau berkata, undi kepada pembangkang khususnya Pas semakin meningkat pada pilihan raya umum yang lalu.
Malah beliau menyangkal dakwaan, tindakan meletakkan Salahuddin bertanding di Johor sebagai usaha meminggirkan golongan ulama.
“Tidak ada niat kami buat begitu dan ia sebenarnya tidak betul. Lagipun Salahuddin sendiri mahu menyumbang jasa dan memastikan banyak kerusi akan ditawan,” katanya.
Namun nada berbeza diutarakan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau apabila beliau mengatakan isu bakal menteri besar tidak pernah dibincangkan di peringkat pimpinan pakatan di negeri itu.
“Saya khuatir sekiranya banyak cakap mengenai calon yang akan mengisi jawatan menteri besar boleh menyebabkan rakyat Johor melabelkan PR sebagai parti yang gila kuasa dan mahu jawatan semata-mata,” katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)
Blogger 1
-
-
Jangan jadi alat di akhir zaman - Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang benar dengan yang ...2 bulan yang lalu
-
-
Nazri: DAP menang banyak pun, PM tetap Melayu - [image: story image] [image: mk-logo] BERITA Haspaizi Zain Diterbitkan: Aug 7, 2023 2:27 PM ⋅ Dikemaskini: 2:27 PM Meskipun DAP menang besar dan bersam...Setahun yang lalu
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 tahun yang lalu
-
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu? - Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan mereka yang tiada "political wisdom". Situasi negara masih tidak stabil keran...3 tahun yang lalu
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...4 tahun yang lalu
-
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah - *NEWS:* Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana Neg...4 tahun yang lalu
-
-
Hendak Kerja, Sertai Armada - Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di a...5 tahun yang lalu
-
TIGA WATAK DIAKHIR ZAMAN - Tiga Watak Di Akhir Zaman *Kedatangan Imam Mahdi * Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemuncul...5 tahun yang lalu
-
Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya Lebih Bijak!!! - Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng pisang...5 tahun yang lalu
-
BANI JAWI HAQ ALLAH HU TA'ALLA - [image: Tiada penerangan foto disediakan.] [image: Tiada penerangan foto disediakan.] [image: Imej mungkin mengandungi: kasut] [image: Imej mungkin meng...5 tahun yang lalu
-
GEMPAR !! Penemuan Beberapa Buah Terowong Misteri Di Kampung Siput, Mukim Siong Baling !! - pelbagai andaian dari kalangan penduduk kampung sekitar, ada yang kata milik Komunis, ada cakap milik Tentera jepun ada yang cakap milik orang kampung un...6 tahun yang lalu
-
PELANTIKAN TOMMY THOMAS CETUS KEBIMBANGAN ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM MALAYSIA - 1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam negara ini. Lebih m...6 tahun yang lalu
Blog 3
-
-
-
-
-
-
-
COVID-19: Update and Guide for Sabah People4 tahun yang lalu
-