Ahad, 13 Julai 2014

Ada lagi



dengan macam-macam penambahbaikan yang diberikan pada ESSCOM, tapi ada lagi yang tembus. Kalau dulu culik orang, sekarang ni dah berani serang polis...


KOTA KINABALU: Seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng, dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.

 Difahamkan, ketika kejadian dua anggota polis terbabit sedang makan menyebabkan mereka tidak sempat mencari perlindungan walaupun dapat membalas tembakan.

Menurut sumber, sebuah bot ronda polis marin yang cuba memberi bantuan turut diserang, namun anggota terbabit dapat berlindung daripada tembakan.

 Pasukan keselamatan sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan kumpulan bersenjata terbabit di sekitar perairan Semporna hingga ke sempadan selatan Filipina," katanya ketika dihubungi BH.

Difahamkan, tiada pelancong resort berkenaan mengalami kecederaan kerana ketika kejadian kebanyakan mereka berada dalam bilik penginapan masing-masing.

Blogger 1

bmf

bmf