Sabtu, 24 Disember 2011

Letak Jawatan

sian ko Ramasamy, baik kau berambus aje dari DAP. Kau tak ada nilai di mata Karpal. Dia nak naikkan suku-sakat dia aje. Tapi ingat Karpal, ko pun mungkin akan terima nasib macam Ramasamy jugak.

Karpal minta Ramasamy letak jawatan TKM II Pulau Pinang
24/12/2011 6:42pm

GEORGE TOWN 24 Dis. — Pertelingkahan di antara Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dengan Timbalan Setiausaha Agung parti itu Prof P. Ramasamy semakin tegang apabila beliau hari ini menyeru Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Karpal Singh, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.

"Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengenepikan keptusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar,” katanya kepada pemberita di sini.

Karpal Singh merujuk kepada laporan dalam sebuah akhbar harian semalam yang memetik Ramasamy sebagai berkata pengkeritik beliau (Ramasamy) sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.

Karpal Singh berkata, dengan membuat kenyataan demikian Ramasamy jelas memberi gambaran kepada orang ramai bahawa dia mengaitkannya (Karpal Singh) bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam A Tanasekharan.

Karpal Singh mencabar Ramasamy supaya memberikan nama mereka yang terlibat dan melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pengerusi DAP itu berkata, Ramasamy telah gagal dalam tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan juga telah melakukan kesalahan kerana tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Ramasamy tidak dapat dihubungi untuk meminta ulasannya. — BERNAMA

Blogger 1

bmf

bmf