Ni dapat dari wasap..
buat ingatan kita semua...
*RENUNGAN HARI INI* KHAS UNTUK SEMUA
---------------------------------------
👩🏻⚕️Nukilan COVID-19👩🏻⚕️
*Jika hari ini kita disaring dan esok didapati positif C-19,*
Maka percayalah...tanpa sedar hari ini merupakan *hari terakhir* kita bersama anak isteri dan hari terakhir bersama keluarga,
*Ketika dikuarantin diwad* tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat, 2 minggu kesunyian di hospital bertemankan nurse dan doktor, hari berganti berlalu, hanya mampu merasa makanan hospital, hanya mampu menatap wajah doktor, nurse dan makcik cleaner, tanpa jemu nurse membuat saringan kesihatan diri kita, tanpa boleh dilawati oleh ahli keluarga,
*Rindu pasti meruntun jiwa* terbayang wajah orang yang disayangi,
*Selepas itu kesihatan makin merosot*, kita dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan, maka percayalah, *tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat*
Hari berganti kesihatan terus merosot, hanya mampu terbayang wajah ibu ayah anak dan isteri, maka percayalah kini sudah 3 minggu kita tidak menatap wajah anak isteri ibu mahupun ayah,
*Nazak menjelma*, maka percayalah tiada seorang pun ahli keluarga boleh bersama kita, membisikkan syahadah dan zikrullah, hanya kelihatan doktor dan nurse sedaya upaya memberi bantuan terakhir,
*Ditakdirkan Allah lebih menyayangi dan kita pergi meninggalkan keluarga*, percayalah masih tiada seorang pun ahli keluarga boleh memandikan jenazah kita, hanya ditayammum oleh pihak hospital dan dibalut plastik tebal, dan ditanah perkuburan, percayalah masih lagi tiada seorang pun ahli keluarga boleh mengangkat jenazah dan mengebumikan kita,
*Semuanya diurus pihak hospital dengan prosedur ketat* perginya terlalu pantas dan tidak di sangka, ketika mana takdir telah menentukan, ahli keluarga hanya mampu berdoa dari jauh...dan pada ketika ini
*BERSAMALAH KELUARGA, PLEASE STAY AT HOME...*
Kredit untuk tuanpunya teks ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan