Jumaat, 10 Ogos 2012

Tema



Tema Pakatan sempena Hari Kemerdekaan tahun ni...

dulu-dulu kata tak mahu iktiraf hari kemerdekaan Malaysia, nak sambut sendiri hari kemerdekaan sempena acara lompat parti pada 16 September. La ni nak iktiraf pulak hari kemerdekaan..

Mat Sabun mana reti nak sambut merdeka. Dia ni kan iktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan.


 

 
Tema pun dah salah, nak buat 1Bangsa, 1Negara dan 1Jiwa.... nanti nampak sangat 1Malaysia. 
 
Rupanya, dalam PAS tu pun ada bangsa. Senegara tu pulak memang dah tak sesuai, sepatutnya senegeri. Dah tak mahu ikut majoriti, kenalah tahu diri...





Kenapalah takut sangat nak guna tema 'Janji Ditepati'. Walhal kalau Pakatan gunakan sebagai tema pun, ia akan beri impak positif. Pakatan boleh gunakan tema sebagai satu kelebihan dengan menyatakan segala janji-janji pilihan raya telah ditepati dan ditunaikan. 

Kecualilah, jika semua janji yang ditabur semasa PRU lepas tak pernah ditepati. 

Memang inilah yang sebenarnya, kenapa Pakatan rakyat alergik sangat dengan  tema Janji Ditepati... sebab tak pernah nak menepati janji. Semua Bangsa, Satu Negara, Semua Jiwa kena tipu oleh Pakatan Rakyat.



Fikirlah, nak kena tipu lagi... Dengan tema dan logo pun mereka boleh spin, semata-mata nak panjangkan hayat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf