Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 tahun. Semoga, Malaysia akan bertambah makmur, pesat membangun, rakyatnya bersatu padu serta sentiasa aman dan damai.
Namun, tak bolehkah orang-orang kat bawah ni ucapkan Terima Kasih walaupun sekali kepada kerajaan atas nikmat dan kesejahteraan yang mereka dan penyokong-penyokong mereka nikmati di bumi bertuah ini. Kesejahteraan dan kesenangan yang mereka nikmati adalah atas usaha kerajaan dalam memastikan rakyatnya hidup sejahtera dan sentiasa dilindungi. Hidup secara aman, mudah mencari rezeki demi kelangsungan keluarga, dapat memberi pendidikan terhadap anak-anak, dapat mengumpul harta yang banyak.... dapat berpolitik...dan dapat memfitnah, mencaci maki kerajaan tanpa rasa bersalah dan terhutang budi...
Tak bolehkah, walaupun sekali hargai segala apa yang telah kerajaan berikan kepada kalian. Tak bolehkah, walaupun sekali, ucapkan terima kasih kepada kerajaan....BN, kerana kalian sangat sejahtera hidup di bumi Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan