Jumaat, 3 Ogos 2012

Baik tubuhkan suruhanjaya

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ni, sedih aku sama macam sedih hilangnya Pulau Batu Putih. Pandang menteri ni, buat aku hangin. Dia masih akan pegang istilah ' menang menang ' wal hal kita kalah kalah.

kontroversi lagu dan logo hari kemerdekaan benar-benar mencerminkan peribadi menteri ni. aku tak mahu caci dan kutuk tapi buat kerja bukan ikut syok sendiri. buat kerja ikut kehendak ramai, ikut kehendak rakyat. jangan sampai rakyat menyampah, dahlah.




Panel khas kaji keaslian lagu tema Merdeka
Wartawan Sinar Harian
3 Ogos 2012
PR gesa Pusat tukar tema Hari Kebangsaan
Tema Kemerdekaan Malaysia 2012


SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebuah panel khas ditubuh bagi menentukan keaslian lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan.


Sehubungan itu, beliau meminta pembangkang supaya jangan membuat tuduhan secara sembarangan.


"Panel khas ditubuh bagi menentukan betulkah lagu Janji Ditepati (sempena sambutan) merdeka tu lagu tiruan. Pembangkang jangan pandai tuduh saja," kata beliau dalam satu mesej menerusi twitter pagi ini.


Dalam mesej twitter terdahulu, dihantar sekitar jam 7 pagi tadi, Rais menulis, "penggubah lagu Janji Ditepati menafikan mereka menciplak. Harap tiada isu lagi."


Di sebalik kontroversi berkenaan dengan lagu tema dan juga tema Hari Kemerdekaan, Rais berkata, semangat patriotik menyambut kemerdekaan seharusnya mengatasi kepentingan fahaman politik sempit.


Laporan Bernama semalam memetik penggubah lagu itu, Jasnie Mohd Yaakub berkata, lagu 'Janji Ditepati' masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan
ke-55 pada 31 Ogos ini.


Beliau berkata, lagu itu merupakan karya asli beliau bersama dua komposer lain iaitu Arman E Six dan Aye.


Justeru, beliau menafikan persamaan lagu itu dengan sebuah lagu kerohanian dari Indonesia.


"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.


"Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," katanya.


Jasnie, yang juga penerbit dan pengarah muzik di Erama Records, menjelaskan beliau hanya mengetahui kewujudan lagu yang didakwa sesetengah pihak sebagai hampir sama dengan lagu 'Janji Ditepati' kelmarin dan mendengar melodinya semalam.


Beliau menafikan terdapat sedikit persamaan kord dan rentak tetapi bukan dari sudut melodi lagu.


Kontroversi persamaan lagu tema Hari Kemerdekaan dengan lagu negara jiran itu dibangkitkan penulis blog beberapa hari lepas selain ia dimuat naik dalam 'Youtube'.


Jasnie menegaskan bukan mereka yang memuat naik lagu 'Janji Ditepati' di 'Youtube' kerana ia belum muktamad lagi.

1.       Bukan pembangkang aja yang kritik, malah blog pro kerajaan juga pertikaikan lagu dan logo yang tidak menepati kematangan negara yang sudah merdeka dalam usia 55 tahun.

2.       Dah salah mahu buat panel lagi, kalau macam ni tak adalah lagu untuk sambutan hari kemerdekaan nanti. Berapa banyak komposer kat Malaysia ni, kenapa pulak pencipta lagu kontroversi ni jadi pilihan. Dan, tak ada lagi ke penulis lirik kat Malaysia ni yang dapat hasilkan lirik dan senikata yang menepati kehendak kementerian.

3.      Kata.... lagu baru diolah, kalau macam ni bila nak siapnya. Tapi bia betul... merdeka nak dekat takkan lagu belum masuk penilaian akhir lagi...

Udah-udahlah bermain ngan kata-kata, nanti terbelit lidah sendiri hingga susah nak berkata-kata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf