Selasa, 31 Julai 2012

Tak kan diam diri aja

 Ini cakap Karpal Singh.



KUALA LUMPUR 30 Julai - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya. - BERNAMA

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal.

— BERNAMA
Takkan diam aja. Umpama maruah PAS dah kena pijak-pijak oleh si Karpal ni. Kalau diam, memang betullah, DAP amat berkuasa dalam Pakatan.



Apa lagi yang KP PAS nak kata. Patutnya, kata-kata Karpal disanggah. Takkan nak berdiam diri aja. Takkan tak ada keberanian walau sebesar kuman pun.

Maksud PAS


Tahniah buat artis-artis yang join PAS. Nampaknya PAS buka satu lagu dimensi baru dalam sejarah politik PAS. Guna artis untuk pikat pengundi. Apakah kepanjangan PAS juga akan berubah seperti arah perjuangan PAS. 

Parti Artis-artis Semalaysia.Mungkin itulah nantinya maksud PAS apabila artis mula ambil tempat ulamak dalam setiap ceramah....



Golongan ulama dah tak mampu nak pikat hadirin. Heboh dulu guna cindia dalam ceramah yang selit ayat-ayat quran. Bila dah kurang mendapat sambutan, golongan artis pulak jadi sasaran.


Tapi, kalau PAS dapat pancing orang kat bawah join PAS, pastinya BN akan sesak nafas.



Ahad, 29 Julai 2012

Siapa pening

Siapa pening sebenarnya....?

Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing sokong Pakatan.



yang ni buat-buat pening, calon pengganti dah ada.... beban dah hilang..


yang ni benar-benar pening, suruh lompat lepas PRU, ni belot sebelum PRU, habis lunyai Pakatan terutamanya di Sabah. Mana mau letak calon sendiri, mana pulak mau letak dua orang ni jadi calon. Tu, belum lagi demand dia orang nak letak calon sendiri kat tempat-tempat lain...


depan senyum manis....

tapi belakang......












Sabtu, 28 Julai 2012

Yang buruk dan jahat

 Yang buruk dan jahat, sudah pastinya datang dari UMNO...


Babi hutan ni masuk pusat bandar, macam-macam andaian dibuat. Semuanya pasti akan dikaitkan dengan UMNO..




Kubah jatuh ni pun pasti angkara UMNO.

Jumaat, 27 Julai 2012

Bersyukur atau marah

Bersyukur atau marah? Patut lebih banyak bersyukur...


Banyak yang telah diperkatakan mengenai Datuk Lajim yang akan lompat parti. Kesahihannya belum dapat dipastikan kerana Datuk Lajim masih berteka-teki. Namun khabar yang diterima, pengumuman akan dibuat hujung minggu ini, di hadapan kepimpinan pakatan rakyat.

sebagai penyokong kerajaan yang diterajui oleh BN, kita sewajarnya bersyukur. Bersyukur sebab dengan perginya Datuk Lajim, BN akan dapat mengemukakan calon muda yang lebih berwawasan dan mendukung aspirasi BN dalam memperjuangkan nasib rakyat terutamanya di daerah Beaufort.

Bersyukur sebab BN tak perlu ditikam dari belakang selepas PRU nanti. Jika ditakdirkan BN menang dan Datuk Lajim kekal menjadi calon dan kemudian lompat parti sebagaimana yang pernah berlaku terhadap PBS dulu, kan ke lebih menyakitkan hati.

Bersyukur sebab BN tak perlu jaga hati sapa-sapa dalam meletakkan calon. Dan bila surf, aku jumpa gambar Timbalan Ketua Bahagian Beaufort. BN memang perlukan pemimpin muda. Yang dah lama jadi adun/mp wajar bagi peluang kepada pemimpin muda.


Beliau wajar diberi peluang dalam PRU yang akan datang.

Khamis, 26 Julai 2012

Memang bijak.

Banyak sangat serangan terhadap DS Rosmah. Dua isu terbaru mengenai isu bekas suami dan wang PERMATA.



Kalau tak kuat mesti dah tumbang... Serangan bertali arus dan tak henti-henti. Nak serang PM, dah tak ada isu. Terpaksa serang DS Rosmah sebab rakyat masih banyak yang tak tahu tentang DS Rosmah...

Tapi macam mana DS Najib balas fitnah yang disebarkan pembangkang. Orang bijak pandai takkan melatah, kalau yang kemaruk jawatan PM tu mesti dah buat sidang akhbar. Tu belum lagi ceramah kutuk pemimpin kerajaan.

DS Najib tahu, kehidupan rakyat takkan berubah hanya dengan fitnah dan khabar angin. Justeru, segala fitnah dan khabar angin itu tak perlu dilayan. Apa yang perlu dilayan ialah kemahuan rakyat. Banyak cara nak puaskan hati rakyat, salah satunya ialah dengan pemberian bonus kepada kakitangan dan pesara kerajaan sebelum aidlfitri. 

Sebelum itu isteri-isteri peneroka FELDA dapat habuan. Bahkan, kampung-kampung yang berjiran dengan FELDA pun dapat sama durian runtuh.

Makin banyak serangan pembangkang terhadap keluarga PM, maka makin banyak idea DS Najib bantu rakyat. Itu jawapan PM terhadap fitnah yang ditaburkan pembangkang.. Buat kerja untuk puaskan hati rakyat bukan buat kerja untuk puaskan nafsu serakah sendiri...

Rabu, 25 Julai 2012

Impak Tsunami

Ning Baizura dan Sharifah Aini telah menafikan yang mereka akan join PAS. Tapi kalau join pun, rasanya tak sebesar tsunami impaknya...



Tapi yang kat bawah ni boleh buat impak yang besar pada PAS, terutamanya pada peminat iklan ubat-ubatan kat Haramkaka tu....


dan yang kat bawah ni, lihat renungan mata pun boleh buat darah dalam badan jadi ombak tsunami...




Isnin, 23 Julai 2012

Kalau Hijrah

Kalau hijrah, cari guru yang bijak pandai dalam agama untuk belajar dan mendalami ilmu agama. bersihkan hati dan jiwa dengan jujur dan ikhlas. tak perlu rajin naik atas pentas tapi perlu rajin ke mesjid solat jemaah.

kalau hijrah, kemudian naik pentas politik dan war-warkan tentang penghijrahan, memang itu hijrah namanya. tapi hijrah dari dunia artis ke dunia politik.






jadi, tak perlu marah dia orang ni, dia orang pun sama macam ahli politik lain, kut-kut boleh jadi calon PRU nanti. Apa yang perlu dibuat, selalu tampil atas pentas, beri ceramah.

Kalau ikhlas hijrah demi agama, tak payah nak kecoh satu Malaya, siap isi borang lagi....

Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat dan selamat menjalani ibadah puasa.




Kut-kut ada yang lupa niat, boleh hafal kat bawah.



dan ingatan buat semua....



Rabu, 18 Julai 2012

Siapa Lagi...

Siapa lagi yang akan jadi mangsa seterusnya. Mungkinkah intan payung aljub?

yang kat bawah dah blah...


yang kat bawah ni pun dah blah....



SHAH ALAM 17 Julai - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan peletakan jawatan Pengarah Biro Undang-undang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akibat desakan kerajaan negeri.

Sebaliknya kata Menteri Besar, tindakan itu dibuat atas kehendak Latheefa sendiri.

“Itu keputusan dia, bukan kerajaan negeri. Namun, buat masa ini kerajaan masih belum menerima surat rasmi mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Vibrant Selangor 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Kata Abdul Khalid, walaupun Latheefa meletak jawatan sebagai Ahli Majlis MBPJ, pihaknya tetap akan membincangkan isu itu dalam mesyuarat Exco esok.

“Sama ada kerajaan negeri terima surat (peletakan jawatan) atau tidak, kita akan adakan perbincangan dengan Exco," jelasnya.

Semalam, Latheefa mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta selepas beliau difahamkan akan disingkirkan daripada jawatan tersebut.

Latheefa tidak menyentuh secara langsung punca peletakan jawatan itu, sebaliknya beliau sepintas lalu menyebut ia berhubung isu perumahan rakyat miskin.

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dilaporkan mengkritik kerajaan negeri kerana tidak membuat rundingan dengan pimpinan parti itu berhubung peletakan jawatan Latheefa.

Tunggang


PM DS Najib tunggang basikal, muka pun ceria dan berseri...



yang kat bawah ni sakit kepala jika tak dapat tunggang...






hingga muka pun jadi macam ni, tak ada seri, asyik nak salahkan orang je...

Khamis, 12 Julai 2012

di mana nak jadi ADUN

Dengarnya Presiden PKR akan keluar dari gua pertapaannya. Keluar untuk bertanding kerusi ADUN.




Kalau laki dia, memang sah pertahankan kerusi dia semula. Tapi presiden PKR ni nak tanding di mana...



Target laki dia nak jadi PM. Tak kan bini dia tak simpan target untuk jadi MB. Soalannya nak jadi MB kat negeri mana. Sasaran yang paling sesuai sekali ialah Selangor sebab MB dia sekarang ni dari PKR. Takkan nak bertanding kat Kelantan pulak. Mau ngamuk Nik Aziz takut jawatan MB seumur hidup dia tu kena rampas.

Lagi pun takkan nak tanding di PP, kalau PR menang, KM DAP mau tendang kat mana...... lagi pun kalau bertanding kat PP, tak kan pulak bini PM tak ada jawatan dalam exco negeri. lebih-lebih lagi kalau  PR menang. ( hish, jauhkan bala... selamatkanlah negara tercinta ini dari bala bencana ciptaan aljub )

soalan yang besar sekarang, presiden PKR nak tanding kat negeri mana. Rasanya tak ada halangan orang luar untuk bertanding di mana-mana kawasan pilihan raya... jadi negeri yang sesuai sekali untuk berlabuh ialah negeri Selangor....

Isnin, 9 Julai 2012

Kosong

Gambar ceramah Anwar. Bukan kosong tapi sedikit. Tak dapat sambutan. Dah tahu dari awal, yang dapat sambutan dalam Pakatan Rakyat cuma DAP dan PAS. PKR hanya menumpang aja. Tapi disebabkan ada Anwar, pakar kelentong rakyat, semua anggap yang Anwar dapat sokongan.

Kali ni Anwar benar-benar sakit kepala. Tu sebab nak bersara, dah tahu PKR akan bawa kemusnahan pada Pakatan Rakyat. Tempiasnya akan turut sama dirasai oleh PAS. Mungkin sejarah pru 2004 berulang pada PAS.

DAP, rasanya akan semakin kukuh. Bagi banyak mana pun kat dia orang, dia orang akan tetap sokong DAP.


PULAU PINANG 8 Julai - Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.

Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.

Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.

Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan 'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan.

Ketika menyampaikan amanat selama kira-kira 45 minit, tidak ada banyak perkara baru yang disebut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kecuali mengulangi kritikannya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Anwar mengakui masalah perumahan mampu milik di Pulau Pinang masih belum dapat diselesaikan kerajaan negeri DAP.

"Kita akui perkara ini kerana tidak ada banyak pilihan memandangkan keadaan fizikal negeri ini, namun saya berharap Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan dapat menyelesaikan perkara ini sebaiknya.

"Namun, secara perbandingannya, nasib orang Melayu di Pulau Pinang adalah lebih baik berbanding orang Melayu di Kedah dan Terengganu. Jangan bandingkan orang Melayu di sini dengan orang Cina," katanya.

Ahad, 8 Julai 2012

Ingat PTPTN



Baca entri kat bawah, ingat balik masa pinjam PTPTN. Syukur sangat waktu tu bila dapat. Lebih-lebih lagi, saya dan isteri sambung belajar setelah bekerja. Bayangkan bagaimana nak biaya pengajian kalau tak ada duit. Salah satu sebab aku belajar pun sebab adanya PTPTN untuk tanggung biaya belajar aku dan isteri. 

Dapat PTPTN,bermakna hilang satu bebanan walau tambah satu bebanan untuk belajar. Semangat memuncak untuk capai gred cemerlang, lebih-lebih lagi bila ingatkan tawaran PTPTN akan hapus pinjaman bila dapat result cemerlang. Tapi, semangat aja tidak cukup. Terlau banyak komitmen, terutamanya pada keluarga, kerja buatkan aku hanya dapat genggam segulung ijazah namun tak dapat nak biaya pengajian secara free. Apa pun aku tetap bersyukur, kerana dengan ijazah yang aku dapat, gred jawatan berubah dan gajipun meningkat. 

Dan entri kat bawah, buka minda aku lebih luas. Betapa kerajaan sebenarnya telah bagi pendidikan percuma melalui PTPTN. Cumanya, nak ke tak nak....

 


Masih teringat lagi betapa beria daku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen, semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa nak beli setem hasil LOL.

Beberapa minggu kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT.
Maybe I should educate some of you how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.

Pada suatu ketika dulu, tak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca novel Melayu, mesti sikit-sikit ada “impiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading” “cita-cita sedari kecil untuk menjejaki menara gading” suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz. Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa untuk budak pandai.

Tapi sekarang, wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad bukan? It’s no longer a distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.

PTPTN=Enabler.

Walaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow ‘pendidikan anak bangsa’. Kelas kau!

Siapa nak, silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.

Susulan itu, dah pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai, siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.

Apa? Taknak bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?

Sebab ramai yang tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember 2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.

Kepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi?
Do you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you’ve been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu. Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?

Jangan ingat gaji lecturer, gaji tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri sendiri bila berhujah.

“Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!” Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.

Akhir kata, siapa berjaya dapat pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN!


pautan dari: inibelogsaya




Khamis, 5 Julai 2012

Cara tipu pam minyak

Harga minyak orang kaya dah turun. Harga minyak orang miskin, bila pulak. Kalau Ron 95 dan diesel turun, walau pun 5 sen, rakyat tetap bersyukur.



Harga runcit RON97 turun 20 sen hari ini
02:55:08 AM Cetak Emel Kawan
Tweet
Kuala Lumpur: Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata keputusan menurunkan harga berkenaan berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 yang menurun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula hari ini.
Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal yang mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran dari semasa ke semasa, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lalu.


Isnin, 2 Julai 2012

Hero/Heroin

Hero / wira




Heroin / wirawati




dia orang ni, mungkinkah akan berikan syurga pada PAS sebagaimana janji PAS nak bari syurga pada pentaksubnya.

Blogger 1

bmf

bmf