Khamis, 5 Julai 2012

Cara tipu pam minyak

Harga minyak orang kaya dah turun. Harga minyak orang miskin, bila pulak. Kalau Ron 95 dan diesel turun, walau pun 5 sen, rakyat tetap bersyukur.



Harga runcit RON97 turun 20 sen hari ini
02:55:08 AM Cetak Emel Kawan
Tweet
Kuala Lumpur: Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata keputusan menurunkan harga berkenaan berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 yang menurun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula hari ini.
Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal yang mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran dari semasa ke semasa, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf