Siapa lagi yang akan jadi mangsa seterusnya. Mungkinkah intan payung aljub?
yang kat bawah dah blah...
yang kat bawah dah blah...
yang kat bawah ni pun dah blah....
SHAH ALAM 17 Julai - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan peletakan jawatan Pengarah Biro Undang-undang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akibat desakan kerajaan negeri.
Sebaliknya kata Menteri Besar, tindakan itu dibuat atas kehendak Latheefa sendiri.
“Itu keputusan dia, bukan kerajaan negeri. Namun, buat masa ini kerajaan masih belum menerima surat rasmi mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Vibrant Selangor 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.
Kata Abdul Khalid, walaupun Latheefa meletak jawatan sebagai Ahli Majlis MBPJ, pihaknya tetap akan membincangkan isu itu dalam mesyuarat Exco esok.
“Sama ada kerajaan negeri terima surat (peletakan jawatan) atau tidak, kita akan adakan perbincangan dengan Exco," jelasnya.
Semalam, Latheefa mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta selepas beliau difahamkan akan disingkirkan daripada jawatan tersebut.
Latheefa tidak menyentuh secara langsung punca peletakan jawatan itu, sebaliknya beliau sepintas lalu menyebut ia berhubung isu perumahan rakyat miskin.
Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dilaporkan mengkritik kerajaan negeri kerana tidak membuat rundingan dengan pimpinan parti itu berhubung peletakan jawatan Latheefa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan