MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Nama pun patut tukar, dah jadi caca merba pula....
takut sistem pendidikan kita pulak jadi tunggang-langgang
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh (gambar), berkata Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana pelaksanaan itu yang dimahukan oleh semua rakyat di negara ini.Beliau berkata, sebelum ini rakyat Malaysia meminta kementerian menukar sistem pendidikan Malaysia untuk tidak berorientasikan peperiksaan.
"Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan," katanya pada sidang media Pameran Kejayaan Universiti Penyelidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan sistem PBS pada 1 April depan.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan guru dan pengurusan sekolah mendapati sukar untuk menukar kembali PBS kepada sistem peperiksaan.
Ini menjadikan kebanyakan sekolah mengamalkan dua sistem iaitu pada pemulaannya menggunakan PBS untuk menyenangkan Putrajaya dan satu lagi ialah kaedah peperiksaan bagi mengukur prestasi murid.
Mengulas mengenai kesukaran yang dihadapi oleh guru, Idris berkata, pihaknya memahami situasi tersebut.
Katanya, selama tempoh pemansuhan kerajaan akan mengkaji bentuk baru sistem PBS yang tidak membebankan guru.
"Kita faham dan mendengar rintihan guru dan ibu bapa. Kita membuat kajian selama dua tahun mengenai sistem ini. Isteri saya pun guru dan kita selalu berhubung sehingga ke akar umbi bagi menambahbaik sistem.
"Buat masa ini guru jangan runsing dan tidak perlu penerangan tentang sistem ini kerana mereka hanya perlu fokus pada pembelajaran sahaja," katanya.
Beliau berkata, sistem PBS merupakan kaedah yang terbaik untuk dilaksanakan di negara ini.
"Kerajaan sudah memutuskan dan PBS adalah sistem yang terbaik untuk dilaksanakan namun isunya di sini adalah pelaksanaan saja.
"Daripada segi objektif dan dasar PBS tidak ada masalah, hanya kita perlu perkemaskan lagi pelaksanaanya dan ini akan diumumkan pada 1 April ini," katanya. – 24 Februari, 2014.
yang bagi highlight tu,
- benarkah sistem ini yang rakyat mahukan... benarkah sistem berasaskan peperiksaan benar-benar ditolak.
- kalau sekolah dah laksanakan sistem peperiksaan, bermakna sistem peperiksaan lebih baik daripada PBS sebagai pengukur prestasi pelajar sekolah sebagai pelaksana akhir sistem dah tentu pihak sekolah nampak kebaikan dua sistem ni.
- isteri guru ( ni dah lawak ni ) selalu berhubung untuk menambahbaik sistem. selepas 2 tahun kajian, dah buat kat sekolah... masih berhubung untuk menambah baik sistem... apa sistem yang dikaji selama 2 tahun tu masih tak cukup baik atau memang pun tak baik tu sebab selalu berhubung sehingga ke akar umbi ( dua orang je ) orang kuat KPM tak ada lagi tu...
- guru jangan risau...? tapi tiba-tiba datang kerja bertimbun-timbun dek PBS ni macam mana... prestasi pelajar, kurikulum dan kokurikulum, laporan macam-macam nak kena jaga juga...
- sistem dulu dah baik dah... cuma yang terlebih kena kurangkan.... yang kurang kena tambah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan