Jumaat, 28 Februari 2014

kalah

tak apa...

boleh buat rayuan lagi.....

macam Haji Hadi.....

jadi...

dia ni memang Papagomo...

diharap Papagomo dapat lawan balik...

kita nak tengok juga....

ada tak orang BN terutamanya orang UMNO bantu dia ni...

apa yang dia buat banyak bantu BN....




Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Pada 21 Mac tahun lalu, Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri kerana memuatnaik empat siri tulisan yang memfitnahnya pada 16, 17, 19 dan 20 Mac dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau.

Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

Wan Muhammad Azri sebelum ini memberitahu mahkamah beliau bukanlah pemilik blog Papa Gomo.Peguam Anwar, N Surendran mengatakan ganti rugi tersebut adalah yang terbesar pernah dimenangi Anwar.

"Keputusan ini adalah isyarat jelas seseorang perlu membayar selepas mencemarkan maruah individu lain," katanya.

Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai juga mengatakan "perbuatan jahat" blogger berkenaan dilakukan sebelum pilihan raya umum Mei lalu."Keputusan ini juga membuktikan Anwar bukanlah orang dalam video itu," kata Surendran.TMI

Khamis, 27 Februari 2014

hebat sungguh

memang betul hebat la Nuar ni...

baru je nak jadi calon ADUN, masalah air untuk Selangor dah hampir selesai...

berapa lama Khalid jadi MB, susah sangat dia nak sign setuju untuk Langat 2..

tup tup, bila Nuar nak jadi MB....

dah setujulah pulak...

Memang hebat sungguh Nuar ni..


sumber

atau Khalid yang terlebih bijak....?

Rabu, 26 Februari 2014

bolehkah..?

bolehkah Anwar menang di Kajang....



 

boleh...

asal Cina jujur sokong DAP...

kalau Cina main wayang.....?

BN akan menang....!

dan juga...

Nuar pasti akan menang....

sebab......

nanti dia janji akan bagi air percuma....

dulu dah bagi percuma...? 

percuma dalam percuma....

tapi....

mungkin bukan Nuar yang akan bertanding nanti

mungkin anak perempuan atau anak lelaki dia...

Nuar pun takut kalah juga....

Isnin, 24 Februari 2014

pendidikan@pelajaran





KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
           MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

           Nama pun patut tukar, dah jadi caca merba pula....

           takut sistem pendidikan kita pulak jadi tunggang-langgang



Putrajaya tidak akan mansuhkan PBS kerana rakyat mahukannya, kata Idris Jusoh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh (gambar), berkata Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana pelaksanaan itu yang dimahukan oleh semua rakyat di negara ini.
Beliau berkata, sebelum ini rakyat Malaysia meminta kementerian menukar sistem pendidikan Malaysia untuk tidak berorientasikan peperiksaan.
"Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan," katanya pada sidang media Pameran Kejayaan Universiti Penyelidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan sistem PBS pada 1 April depan.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan guru dan pengurusan sekolah mendapati sukar untuk menukar kembali PBS kepada sistem peperiksaan.
Ini menjadikan kebanyakan sekolah mengamalkan dua sistem iaitu pada pemulaannya menggunakan PBS untuk menyenangkan Putrajaya dan satu lagi ialah kaedah peperiksaan bagi mengukur prestasi murid.
Mengulas mengenai kesukaran yang dihadapi oleh guru, Idris berkata, pihaknya memahami situasi tersebut.
Katanya, selama tempoh pemansuhan kerajaan akan mengkaji bentuk baru sistem PBS yang tidak membebankan guru.
"Kita faham dan mendengar rintihan guru dan ibu bapa. Kita membuat kajian selama dua tahun mengenai sistem ini. Isteri saya pun guru dan kita selalu berhubung sehingga ke akar umbi bagi menambahbaik sistem.
"Buat masa ini guru jangan runsing dan tidak perlu penerangan tentang sistem ini kerana mereka hanya perlu fokus pada pembelajaran sahaja," katanya.
Beliau berkata, sistem PBS merupakan kaedah yang terbaik untuk dilaksanakan di negara ini.
"Kerajaan sudah memutuskan dan PBS adalah sistem yang terbaik untuk dilaksanakan namun isunya di sini adalah pelaksanaan saja.
"Daripada segi objektif dan dasar PBS tidak ada masalah, hanya kita perlu perkemaskan lagi pelaksanaanya dan ini akan diumumkan pada 1 April ini," katanya. – 24 Februari, 2014.

yang bagi highlight tu, 

- benarkah sistem ini yang rakyat mahukan... benarkah sistem berasaskan peperiksaan benar-benar ditolak.
- kalau sekolah dah laksanakan sistem peperiksaan, bermakna sistem peperiksaan lebih baik daripada PBS sebagai pengukur prestasi pelajar sekolah sebagai pelaksana akhir sistem dah tentu pihak sekolah nampak kebaikan dua sistem ni.
- isteri guru ( ni dah lawak ni ) selalu berhubung untuk menambahbaik sistem. selepas 2 tahun kajian, dah buat kat sekolah... masih berhubung untuk menambah baik sistem... apa sistem yang dikaji selama 2 tahun tu masih tak cukup baik atau memang pun tak baik tu sebab selalu berhubung sehingga ke akar umbi ( dua orang je ) orang kuat KPM tak ada lagi tu...
-  guru jangan risau...? tapi tiba-tiba datang kerja bertimbun-timbun dek PBS ni macam mana... prestasi pelajar, kurikulum dan kokurikulum, laporan macam-macam nak kena jaga juga...
- sistem dulu dah baik dah... cuma yang terlebih kena kurangkan.... yang kurang kena tambah...
 
 

Ahad, 23 Februari 2014

gembira


banyak orang BN yang gembira sebab tak ramai orang Melayu datang pergi ceramah Anwar..

lepas tu.... mula dah bagi PM macam-macam andaian...






walhal...




walau orang Melayu tak sampai separuh menyokong Anwar, tapi kekuatan sokongan Nuar datangnya dari pengundi Cina dan India yang sudah menyampah dengan BN

jangan pulak lepas ni ada lagi bagi sumbangan / duit untuk sekolah, tokong ke untuk Cina dan India. Kalau bagi juga, confirm akan kalah. Kalau taktik bagi umpan dulu tak makan, kena ubah taktik. 

Dun dah confirm akan tumbang jadi tak payah nak janji dan beri apa. Kalau BN menang, barulah bagi apa yang kurang....


Jumaat, 21 Februari 2014

sesat

dia ni tak dianggap bersalah ke...



ajaran al-Mansur dah difatwakan sesat. kenapa dia tak ditangkap..

dan pusat Tahfiz yang dia tubuhkan pun sudah jelas eksploitasi kanak-kanak untuk keuntungan sendiri...

atau dia ni kebal...

rujuk Mazidul

lantaklah....

kalau dia tak ditangkap...

ada baiknya dia ni diberi peluang untuk terajui MAS...

dalam otak banyak sangat idea macam mana nak cari duit walau terpaksa korbankan orang lain...

mesti banyak untung....

dalam setahun.... jangan ganggu dia buat kerja....




Rabu, 19 Februari 2014

geng sapa


geng sapa yang suka main-main simbah cat merah ni....

selalunya.... kalau dah terdesak...

sanggup buat apa saja...




reputasi dah calar teruk...

tak susah nak raih simpati....

secara logik...

geng yang suruh Teresa Kok minta maaf

tak kan sanggup buat macam ni...

perbuatan yang akan pedajalkan dia orang

lantas....







Isnin, 17 Februari 2014

Memang prihatin



Tabik dengan Datuk Hajjah Azizah...

Jumaat lepas saya berpeluang balik kampung di Beaufort. Sampai di Beaufort dalam jam 9:00 malam, sangkut tak boleh lepas jalan Bypass Pintas. Terpaksa redah banjir tapi jalan sekerat dapat tumpang Hilux. Bolehlah sampai hujung jalan. Syukur sangat pada tuan punya Hilux yang bagi tumpang walau air dah cecah lantai kereta.

Sepanjang jalan, memang keadaan banjir agak luar biasa. Jalan yang sudah ditambak tinggi pun dapat dinaiki air. Dalam cahaya samar malam, dapat aku lihat begitu deras air mengalir atas jalan.

Berbual dengan orang kampung:

 inilah banjir terburuk bahkan mungkin lebih buruk daripada tahun 1981. Bayangkan banjir bermula dari daerah atas Keningau, yang kemudian turun ke daerah Tenom dan di bahagian bawah daerah Beaufort sebagai penerima akhir air bah.

sepanjang dua hari, walau kebanyakan hari berada di rumah, dapat aku saksikan kereta-kereta menghantar bantuan sentiasa turun naik kawasan yang dilanda banjir. Bahkan ada sesetengah tempat YB Datuk sendiri menghantar bantuan ke rumah-rumah mangsa banjir dan sentiasa memantau keadaan banjir.

Memang sepanjang banjir, YB Datuk sentiasa memantau keadaan terutamanya mangsa-mangsa yang masih berada di rumah sebab ada juga mangsa yang enggan berpindah.




















Gambar atas, sebaik selesai sambutan Maulidur Rasul




 

apa pun banjir mulai surut. cuma satu,

selalunya YB terutamanya dari pihak kerajaan, bila buat kerja tidak akan mendapat tempat di mata pembangkang. Tapi bila YB-YB pembangkang datang satu kawasan ja, tanpa buat apa-apa, tapi cerita melampau-lampau mengalahkan satu novel.

Selasa, 11 Februari 2014

Semakin baik


Aku tak tahu, samada KPM di bawah TPM semakin baik atau sebaliknya. Kalau dikira keluh kesah guru memang banyak terutamanya dengan beban dan tugas yang semakin banyak.

Tapi kalau yang kat bawah pun, setelah dijalankan tapi perlu dikaji semula, memang ada seseuatu yang tak kena. Tak kan bincang dalam bilik sejuk, lepas tu lontar kat sekolah.Tak kan tak terima apa-apa input sebelum nak laksana. Ini baru satu, mungkin lepas ni... akan ada lagi keluar...

ingat, KPM itu besar, besar sangat...
kalau hala tuju dah tersasar..... alamat lingkup satu negara...



Pentaksiran Berasaskan Sekolah dikaji semula - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu adalah bagi menangani segala permasalahan yang dibangkitkan guru berkaitan PBS. 

 "Sebelum ini, guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem berkomputer PBS.

"Sehubungan itu kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April tahun ini.

"Hari ini kita buat keputusan untuk kaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Pendidikan, mengadakan perbincangan lebih sejam dengan guru SMK Presint 8(1) bagi mendengar sendiri permasalahan mereka.


cukupkah...

 cukupkah...

cukupkah dengan hanya minta maaf....?

sudah-sudahlah buat baik pada bangsa yang tak pernah nak hargai kebaikan yang diberikan...







kalau begitu banyak laporan dibuat hanya dapat minta maaf saja....

baik tak payah buat....

lepas ni dia akan buat lagi...

buat lagi... buat lagi...

hinggalah rakyat akan menyampah dan lihat kerajaan sebagai najis yang begitu jijik....


KDN / PDRM tak boleh nak dakwa dia ni ke...?

akta hasutan masih releven lagi ke...?

dah jelas dan terang apa yang ada dalam video CNY Theresa Kok...

tidak adakah akta yang dapat melindungi kerajaan atau setidaknya pun ketua kerajaan daripada tohmahan, hinaan dan cacian....

kalau ada....

kalau ada.... nak tunggu apa lagi...

kita tak mahu, sedang disiasat..... dan lepas tu hilang.....

siasat dan dakwa......

atau pun KDN dah jadi macam UMNO.....

hanya nyatakan kekesalan dah setel


Isnin, 10 Februari 2014

PAS

aku gelak...

tak henti-henti....

rupanya PAS itu anjing...

 


rujuk sini

aku pegi gt..










dan memang sah...

dalam bahasa croatia

Ahad, 9 Februari 2014

dana

dana tambahan buat BN menjelang PRK Kajang.


KUCHING 8 Feb. - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata beliau akan membuat pengumuman penuh mengenai spekulasi berhubung persaraannya dua hari lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak hari ini, beliau berkata tidak akan ada pilihan raya mengejut selepas pengumumannya untuk bersara.

"Tidak ada. Kami tidak mempunyai kejutan (bahawa pilihan raya tergempar akan diadakan) Parti telah memberikan saya petunjuk tertentu bahawa segala-galanya (selepas persaraannya) akan berjalan lancar. (Butiran lain) saya akan umumkan kemudian pada masa yang sesuai," katanya. - BERNAMA

kalau benar dan tidak tangguh lagi... 

berita ni sedikit sebanyak akan berikan kekuatan buat BN.  sekian lama ditunggu, akhirnya sampai juga ke garisan penamat. 

memang sungguh kerja luar biasa, 

selama bertahun-tahun membangunkan Sarawak, hasilnya... pembangunan, kemajuan, kemakmuran begitu dinikmati oleh rakyat Sarawak...

Sabtu, 8 Februari 2014

Tolak tapi...

dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat, memanglah kata tolak...

tapi dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi PR nanti memang sah akan tolak apa yang PAS dah putuskan....

ini umpan buat penyokong PAS yang dah mual dan muak dengan Nuar... agar tetap undi PR..

PAS, bising dan hingar depan penyokong dia aja....

dalam PR tak banyak cakap, tak banyak aksi....

yang mampu hanya angguk dan ya....

kalau dah tak suka Nuar.....

sebagai MB baru Selangor....

korang diam-diam aja... pesan-pesan pada penyokong korang....

jangan undi PKR.... biar Nuar tersungkur...

PKR kalah... korang boleh claim jawatan MB...

aku nak juga tengok MB PAS handle kilang arak dan rumah urut....


SHAH ALAM: PAS tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit dan PAS merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

“Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat. Dalam erti kata lain, PAS tidak bersetuju menjadikan PRK DUN Kajang sebagai agenda menukar Menteri Besar Selangor.


“Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas PAS mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata, PAS bersedia menghulurkan bantuan kepada PKR dalam PRK Kajang.

“Lajnah Politik PAS Pusat tidak membincangkan soal setuju atau tidak berhubung peletakan jawatan ADUN Kajang kerana ia telah berlaku. Mahu tidak mahu, kerusi DUN Kajang telah berlaku kekosongan dan PRK akan diadakan.

“Kerusi itu milik PKR berdasarkan persefahaman sebelum ini, maka hak PKR untuk meletakkan calonnya. Manakala, fokus mesyuarat Lajnah Politik ialah menentukan sikap terhadap PRK DUN Kajang yang bakal diadakan kelak,” katanya.


















Khamis, 6 Februari 2014

ini barulah..

berani...

ini barulah dinamakan anak jantan....

kalau pembangkang hina pemimpin Melayu dan Islam...

patut ada macam ni....



boleh baca sini

Rabu, 5 Februari 2014

boleh lawan..


boleh lawan ke....

Nala mahu lawan Anwar di Kajang


rakyatnews_Nalla

Apa modal kempen yang Nala bawa...

kalau seks songsang.... baik tak payahlah....

Nuar ni... 

dah maksum depan penyokong pakatan...

orang cina ....?



asal bukan BN, yang penting orang tu dah kena cucuk hidung oleh DAP, dia orang akan undi...

kalau cina MCA nak juga kerusi Kajang... bagi ajelah....

cumanya... 

kempen tak ada bagi apa-apa.... baik Melayu, Cina dan India.....

tak janji apa-apa.... 

tak payah nak bagi umpan apa-apa

bantuan dan janji itu akan buat orang lagi menyampah....

ada prk 

buat aja macam tak ada prk....








Sabtu, 1 Februari 2014

kecoh bila

dengarnya :

Lee Chong Wei akan jadi calon..

aksi pemanas badan sebelum lawan dalam pilihanraya DUN Kajang

kecoh bila Anwar lawan Lee Chong Wei main badminton di Kajang...



keputusan....

Lee Chong Wei menang dengan  2 berbalas 1

kiraan mata seperti di bawah,

21 - 19, 0 - 21, 21 - 19

tapi Nuar tak dapat terima....

 

mata terkumpul Nuar :19 + 21 + 19 =  59

Lee Chong Wei hanya dapat : 21 + 0 + 21 = 42

mana mungkin 42 mata dapat kalahkan 59 mata...


kesimpulan :

lee Chong Wei tahu, nanti orang MCA marah bila dia jadi calon...


beza


beza jenderal-jenderal besar Najib dengan jenderal-jenderal besar Anwar...





beza jenderal-jenderal besar Najib dengan jenderal-jenderal besar Anwar...

masa Najib dihina dan diperlekehkan.... 

tak ada sorang pun yang nak pertahankan Najib..

MCA, MIC, Gerakan jangan haraplah.....

selang sehari dua barulah ada orang-orang kecik yang tak bernilai di mata Najib bersuara... 

blogger yang pertahankan Najib, bagi signal pada jenderal-jenderal besar langsung tak ada sambutan....

namun,  untungnya Nuar...

bila Anwar diserang, begitu banyak orang keliling dia yang buat benteng... 

tak cukup orang PKR, dari DAP dan PAS datang bantuan....

untung sungguh Nuar...

kalau macam nilah caranya.... 

memang orang dalam BN pun dah tak suka Najib...

cuma akar umbi je yang masih pertahankan Najib....

Blogger 1

bmf

bmf