Isnin, 22 April 2013

Tumbang




Belum buang undi, BN dah tumbang satu kerusi di Pasir Mas...

dan tambah lagi tujuh yang belum pasti di bawah; boleh menang ke tidak. Bila lawan sesama sendiri, yang untung tentunya lawan. Yang keluar dari BN tentu sekali akan membawa bersama penyokong dan pengikut, ini tentunya amat menyukarkan untuk menang.

1.    Parlimen Kuala Kangsar, Perak - Datuk Kamilia Ibrahim
2.    Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang.- Datuk Seri Mohd Shariff Omar
3.    Parlimen Sepang. - Suhaimi Mohd Ghazali dan Hanafiah Mohamed
4.    Parlimen Lembah Pantai.- Rusli Baba
5.    Parlimen Bandar Tun Razak - Mokhtar Salahudin dan Mohamad Sukeri Abdul Samat
6.    Parlimen Pengerang. - Mohd Azaman Johari
7.    Parlimen Batu Kawan - A Mohan

belum lagi beberapa kerusi DUN yang turut ditandingi oleh ahli-ahli BN  sebagai calon Bebas.

Laporan seterusnya..

kita sibuk cakap pihak lawan huru-hara dalam menentukan calon, walhal dalam kem BN sendiri tidak terkawal. Apa susah sangatkah ketua bahagian nak kawal AJK masing-masing, sentiasa ada perbincangan dalam menentukan siapa calon yang paling layak mewakili BN atau ketua bahagian yang monopoli hingga tidak mendengar suara akar umbi. Sudah konfiden sangatkah nak menang....

kita gelakkan orang, gelak tu kena pada kita sendiri...

1 ulasan:

  1. Segala perancangan pihak atas yang buat (kita tak boleh buat apa) nasiblah.. cuma kita sebagai rakyat buatlah undian pada hari tersebut..

    BalasPadam


Blogger 1

bmf

bmf