Jumaat, 25 Januari 2013

Sakit


 

MP Baling Ustaz Taib Azamuddin kini terlantar di Hospital Pantai Bayan Baru






Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin yang juga bekas Imam Negara kini terlantar di CCU Hospital Pantai Bayan Baru, P.Pinang semalam akibat stroke dan pendarahan di kepala..
Gambar ini dikirim oleh Ustaz Badrulamin ketika menziarahinya..doakan semoga beliau cepat sembuh..amin..



Marilah kita berdoa agar bekas Imam Negara ini diberikan kesembuhan dan kesihatan. Jika diberikan kesembuhan nanti, diharap apa yang dilalui oleh Ustaz Taib akan membuka pintu hatinya untuk menyatakan kebenaran yang hakiki walaupun pahit bagi PAS mahu pun UMNO. 

Tunjukkanlah, pada seluruh rakyat Malaysia sebagaimana seorang penegak Islam dan pejuang kebenaran mendaulatkan kebesaran Islam. Kalau selama ni diam, sudah tiba masanya untuk beliau bersuara, bersuara sebagaimana layaknya seorang Imam menjadi pemimpin...



sumber





1 ulasan:

  1. Kepada semua orang Islam, renungkanlah Firman Firman Allah yang berikut:
    Asy-Syura (42), 30: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan; dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa dosa kamu.
    An-Nisaa’ (4), 111 : Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk menimpa dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
    An-Nisaa’ (4), 147 : Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur serta kamu beriman? Dan Allah sentiasa Membalas dengan sebaik baiknya, lagi Maha Mengetahui.

    BalasPadam


Blogger 1

bmf

bmf