Khamis, 31 Januari 2013

Surat


Ini antara beberapa surat fitnah 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhglngcK9eLSzRnuFsVVvC1ghNiLr-b-QlckNR0c-wLsaaU-BVRwxHPqO5gSMGps1xd4gVw1JIlKAgAfnk3MEDU-Vmh3caIEkzecUDLtPqgcynZKvSpUaGu1_tQvbWGG4VXLR7ogiXT2hI/s1600/MAHATHIR_ISRAEL_FITNAH.jpg
Surat Tun M



Buruh Paksa



Isu Bible

dan yang terbaru....

Cerita Mahfuzzz.... surat JPN

JPN..... Laporan Polis


Kalau dah confirm buat fitnah.... saman aja... bagi papa sebab  bayar saman....






Isnin, 28 Januari 2013

Singkir

Akhirnya.... Ustaz Nasha kena singkir dari Majlis Syura seperti yang dilaporkan oleh banyak blog.... pemimpin yang meletakkan kepentingan Islam dan perpaduan penganutnya akhirnya kena buang, memang tidak menepati hala tuju dan perjuangan sebenar PAS....

Namun alangkah malangnya jika pemecatan Ustaz Nasha hanya disebabkan oleh gambar-gambar di bawah....











memang malang sungguh....







Jumaat, 25 Januari 2013

Sakit


 

MP Baling Ustaz Taib Azamuddin kini terlantar di Hospital Pantai Bayan Baru






Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin yang juga bekas Imam Negara kini terlantar di CCU Hospital Pantai Bayan Baru, P.Pinang semalam akibat stroke dan pendarahan di kepala..
Gambar ini dikirim oleh Ustaz Badrulamin ketika menziarahinya..doakan semoga beliau cepat sembuh..amin..



Marilah kita berdoa agar bekas Imam Negara ini diberikan kesembuhan dan kesihatan. Jika diberikan kesembuhan nanti, diharap apa yang dilalui oleh Ustaz Taib akan membuka pintu hatinya untuk menyatakan kebenaran yang hakiki walaupun pahit bagi PAS mahu pun UMNO. 

Tunjukkanlah, pada seluruh rakyat Malaysia sebagaimana seorang penegak Islam dan pejuang kebenaran mendaulatkan kebesaran Islam. Kalau selama ni diam, sudah tiba masanya untuk beliau bersuara, bersuara sebagaimana layaknya seorang Imam menjadi pemimpin...



sumber





Isnin, 21 Januari 2013

Amaran


 Takutnya.....amaran tsunami bergema lagi....

Tarik lesen cetak jika jejas keamanan - Hishammuddin

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (tengah) turut menunggang motosikal ketika melancarkan program Unit Rondaan Bermotosikal di Ampang, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kementerian Dalam Negeri memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik lesen percetakan terhadap pengeluaran Bible versi bahasa Melayu sekiranya isu penggunaan kalimah Allah itu menjejaskan kestabilan dan keamanan negara.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pihaknya sedang memantau semua perkembangan serta pelbagai desakan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kita lihat kesahihannya terlebih dulu dan pihak yang bertanggungjawab. Jika sesuatu isu membabitkan politik, agama dan perkauman, yang paling asas adalah bagaimana isu itu boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Tanggungjawab kementerian memastikan keamanan negara terjamin," katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Unit Rondaan Bermotosikal (URB) kawasan Ampang, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya pihak berkuasa menarik balik lesen dan menghentikan percetakan Bible versi bahasa Melayu.

Jumaat lalu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) menggesa pihak berkenaan menghentikan percetakan dan import Bible versi bahasa Melayu yang dilihat boleh mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam.

Menurut pertubuhan tersebut, isu kalimah Allah tidak akan wujud sekiranya semua pihak menghormati Perlembagaan yang melarang mana-mana agama menyebarkan dakyah kepada kaum Melayu.
Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencetuskan kontroversi kerana meminta kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu sehingga mengundang bantahan umat Islam.

tunggu keadaan dah nazak baru nak bertindak,,,, memang bestlah... ramai yang dah risau, dia sorang je yang tak risau...

Selasa, 15 Januari 2013

Main-main

Kalimah Allah yang suci pun boleh dibuat main-main. Tak tahu apa nak jadi... sekejap boleh sekejap tak boleh.... perkara ni pun dah boleh buat umat Islam keliru dan saling berbalah sesama sendiri...








syukurlah kalau dia orang dah sedar. walaupun mungkin dalam keadaan terpaksa.

Malaysia bukan Indonesia. Semua halal dan boleh.

cuma.... yang ni saja yang masih keras hati.... tak tahu dia takut pada sapa... pada DAP atau pada Allah... Isu tentang amanat  kafir pun tak selesai lagi, keluar lagi satu isu yang jika dipersetujui punya potensi besar untuk menyesatkan umat Islam...



sanggupkah dia jilat dan telan semula apa yang dikeluarkannya.....

Nik Aziz

Mat Sabu










Isnin, 7 Januari 2013

Ambil tanggungjawab...

Kalau gambar di bawah benar, bukan superimpose... memang benar-benar cuai dan lalai. tak kisahlah, samada ia tarian ke, drama ke, pertunjukan fesyen ke tapi kalau dah gambar tunjuk aksi yang agak lucah dan pakaian amat menjolok mata, memang dah melampau-lampau...

dah sering kali kena keji dan caci,... gambar di bawah pasti mengundang perkara yang sama... kalau ia benar-benar berlaku...

 

diharap, pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan. tak payah nak tuding jari siapa benar siapa salah. yang nyata dan terang, pihak penganjur harus bertanggungjawab.

Blogger 1

bmf

bmf