Si Bapa
Jawapan Anwar : “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…Imbas semula
Si Anak.
"Sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.
"Seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain"
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata"Ulasan dari sini
Dan ini kata Si Bapa lagi mengenai isu di atas..
Nak tau juga komen dari ahlul PAS. Selamatkan kawan atau selamatkan Islam.Anwar dakwa kenyataan Nurul Izzah dipolitikkan
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dipolitikkan.
"Kenyataan itu bukan saja disalah tafsir malah ia dimanipulasi," kata Anwar kepada pemberita di lobi parlimen."Apa isunya? Saya baca kenyataan dia yang menyebut mengenai kerangka perlembagaan (kebebasan beragama). Ini jelas," kata Penasihat PKR itu ketika diminta mengulas kontroversi berikutan kenyataan Nurul Izzah, anggota parlimen Lembah Pantai itu.
Kenyataan Izzah itu dipetik sebuah portal berita hujung minggu lalu mengulas mengenai kebebasan beragama dalam Perlembagaan.
Nurul Izzah hari ini mengeluarkan kenyataan di laman sosial 'Facebook' bahawa beliau tidak menyokong gejala murtad.
Pada sidang akhbar di Parlimen, Nurul Izzah berkata beliau dinasihatkan peguam untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi mengenai isu berkenaan.
- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan