Haji Hadi dah bagi isyarat jelas. Dia berhak dapat jawatan PM jika PR menang PRU dan PAS memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR. DAP boleh tolak tepi sebab tidak memenuhi kriteria, kecuali jika DAP dapat menyediakan seorang calon beragama Islam. Nak bagi pada Anwar, tak kan pulak jika PAS lebih banyak kerusi terpaksa berkorban pada Anwar yang terlalu banyak masalah moral.
PM tetap Melayu Islam jika pembangkang tawan Putrajaya: Hadi
2012/06/01
ALOR SETAR: Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam yang juga kaum majoriti di negara ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam.
"Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat Perdana Menteri mesti Melayu Islam," katanya.
Turut hadir pada himpunan itu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan