Baca artikel kat bawah memang lawak. Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana kenyataan beliau boleh membuatkan PAS dan parti komponen PR dibenci rakyat. Yang PAS dan ketua PR buat macam=macamdakyah dan fitnah agar rakyat membenci UMNO, BN dan rakyat yang menyokong BN tu dia tak fikir pulak. Kalau takat hasut untuk benci UMNO dan BN tak apa lah, yang keluar amanat Hadi kafirkan orang UMNO tu apa kejadahnya.
patutnya, dia buat laporan polis juga pada penggerak ABU ( Aku Benci UMNO ).
sinar harian
Pemuda Pas buat laporan terhadap Hasan Ali
Wartawan Sinar Harian
11 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.
Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.
"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Pemuda Pas juga mendakwa Hasan berkata DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.
Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.
Raja Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
"Kalau ia tidak benar, dia (Hasan) kena nafikanlah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.
"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad dipetik organ Pas.
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. HAMKA
Sabtu, 11 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blogger 1
-
-
LESEN B FULL, NAK BAGI KE TAK? - 'Ko dah kenapa Yeh?' Baru sampai nk sarapan pagi tadi tgk dari jauh dia punya kalut semacam... - Ape hei nya Yob? Udoh guling pering nyirap nyer? * Id...Sebulan yang lalu
-
Jangan jadi alat di akhir zaman - Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang benar dengan yang ...Sebulan yang lalu
-
-
-
Nazri: DAP menang banyak pun, PM tetap Melayu - [image: story image] [image: mk-logo] BERITA Haspaizi Zain Diterbitkan: Aug 7, 2023 2:27 PM ⋅ Dikemaskini: 2:27 PM Meskipun DAP menang besar dan bersam...Setahun yang lalu
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 tahun yang lalu
-
-
2022 - PERUBAHAN ERA ZAMAN SETIAP 1 ALAF - Kita sudah berada 22 tahun dalam alaf 21. Sepanjang alaf 21 ini banyak peristiwa berlaku tanpa kita sangka. Berlaku banyak perubahan mendadak. Tak ad...2 tahun yang lalu
-
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu? - Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan mereka yang tiada "political wisdom". Situasi negara masih tidak stabil keran...3 tahun yang lalu
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...4 tahun yang lalu
-
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID - Sebelum ini, kalau barang mahal kita cakap harga YAHUDI. Sekarang ni kalau barang murah, kita boleh cakap harga MUJAHID. Gila ke apa jual tanah satu hekt...4 tahun yang lalu
-
Komunis Alaf Baru Semakin Terbuka Menterbalikkan Jalur Gemilang - Sehari dua ini semakin menjadi-jadi kejadian menterbalikkan Jalur Gemilang. Dalam sejarah pemerintahan Kerajaan BN, belum kedengaran kejadian sebegi...5 tahun yang lalu
-
LAFAZ AMPUN MAAF AHLI PPBM - Kami, ahli-ahli UMNO telah mendengar permintaan kamu dan di bawah ini kami drafkan LAFAZ AMPUN MAAF untuk dibacakan oleh Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli Ppbm...5 tahun yang lalu
-
GEMPAR !! Satu Lagi Hak Keistimewaan Orang Melayu Bakal Di Hapuskan !! #AIM - “Jangan risau, biarpun kita batalkan AIM sekali pun, kita tidak akan mengabaikan bantuan diberi kepada orang miskin. petikan dari BH online *https* ://w...5 tahun yang lalu
Blog 3
-
-
-
-
-
-
-
COVID-19: Update and Guide for Sabah People4 tahun yang lalu
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan