Sabtu, 26 November 2011

winnable candidate

sibuk dengan calon boleh menang. semua yang perasan jadi calon pun akan cakap dia boleh menang. cam mana lak nak nilai dan pilih calon boleh menang ni. kalau setiap kawasan guna akar umbi yang menentukan calon, bagaimana pulak caranya. akhirnya, yang tentukan calon ialah ketua bahagian atau ketua perhubungan negeri. dia orang ni boleh harap kah nilai orang dengan jujur. tak kan pm pulak yang nak lihat satu-satu calon yang disenaraikan. atau pm jumpa akar umbi dan tanya siapa yang layak sebenarnya jadi calon...

ingat, ada yang undi bn sebab tak mahu undi pembangkang, kalau pengundi dah menyampah dengan calon yang dipilih, alamatlah...

Calon boleh menang harus diterima majoriti pengundi - PM
26/11/2011 7:23pm

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon boleh menang (winnable candidate) mestilah seseorang yang boleh diterima majoriti pengundi dalam masyarakat tempatan serta jentera parti.

Perdana Menteri berkata, sekiranya jentera parti menolak, seseorang yang ada kebolehan atau mempunyai rekod kerja yang baik pun pada akhirnya tidak akan berjaya, seterusnya parti akan kalah dan kehilangan kuasa.

"Kalau kita sebagai anggota parti tidak ada sikap yang terbuka dan kita tekankan orang tu (calon itu) mesti merupakan calon yang ikut hierarki (parti) tapi calon kita itu tak mungkin berjaya, calon kita akan gagal,” katanya semasa wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini.

Presiden UMNO itu menegaskan pentingnya semua pihak dalam parti memahami maksud “winnable candidate” yang mahu ditonjolkan semasa pilihan raya.

"Kalau tidak, sukar nak mencapai kejayaan. Kalau winnable candidate tu ditampilkan dalam kelompok dalam bahagian tanpa mengambil kira kehendak pengundi teramai, calon itu pun tak akan berjaya,” kata Najib. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf