Rabu, 29 Julai 2020

jaga jaga jaga


akhirnya....
eh... belum lagi...
tepatnya..
akhir untuk satu permulaan...


nak jangkau otak atuk ni
susah dalam senang
fikirlah ya...

terlalu banyak bidak catur atuk
magic card bertimbun timbun
simpang siur jalan semua atuk tapau


1. TSMY dah kata, 
tak campur urusan mahkamah
salute, DSNR bersalah adalah satu
proses undang-undang
terima lah, salute
betul lah kan... DSNR ada dua peluang
lagi... untuk bersihkan nama...
mungkin ini pilihan PN, agar nampak
bersih...
DSNR mungkin akan bersih lepas
saringan kedua..

atau...

2. BERSATU sedang 
perlahan-lahan melahap UMNO.. :

atuk tak pernah bantai TSMY seperti bantai DSNR, yang sebut cuma pengkhianat
pintu belakang, tak pernah atuk keluarkan kesalahan salah laku TSMY, rasuah, kroni
begitu juga Azmin..
kan kan... jawapannya...

dengar rakaman suara atuk...
dah bawa dalam parlimen lagi..

pengkhianat negara boleh didakwa
pengkhianat parti tak boleh didakwa

ramai pemimpin UMNO
dah ada dalam list bicara mahkamah
tak heran kalau nantinya
UMNO akan dikuburkan
bunga hitam kembali merah...


#TSMY, jujurlah...
Allah itu ada, mati itu pasti
seluruh rakyat aminkan doa laknat
DSNR


Selasa, 28 Julai 2020

kena lagi...

fuh....
lega akhirnya

dah boleh agak
cumanya
ingat bagi sangkut satu
rupanya
bagi sapu tujuh sekali
akal atuk memang tak terjangkau
wow...


bossku..
result ni hanya nak tunjuk
PN tu telus...
begitu ka...

masih ada dua tempat
don't give up

#orang orang MN
kena buka hijab mata
banyak hantu hantu atuk dalam
PN untuk ngap MN 



Sabtu, 25 Julai 2020

1mdb lagi


mulia sungguh
Tok Mat
bagi ruang untuk TSMY

 tapi....
banyak yang perlu dibaca
siratannya



duit 1MDB dah pulang balik
ternyata, perompaknya bukan bossku
ingat PRU14
yang tumbangkan BN
banyak kempen BERSATU
tentang 1MDB
banyak fitnah tu...

sebaiknya, kalau TSMY
nak upgrade kualiti depan rakyat
kena berani dan jujur
dengan fitnah terhadap bossku

dosa fitnah, besar sangat tu...
jadi imam dan baca doa, 
tak ada erti pada Tuhan kalau dosa
fitnah dan kemudian canang
seluruh negara
bossku tak maafkan...

biar kita hina di depan rakyat
tapi tinggi di depan Tuhan

#Tok Mat memang bijak
Sapa kata MN tak ada bakal PM
kita nak kekal hanya MN
tak mahu katak-katak UMNO



sembang tumbang... lagi


dulu
atuk lejen dipuja
bossku dicacihina
sekarang ni....
dah tukar tempat

 dulu
piee dipuja, Musa Aman
sentiasa tak aman

kimi...
tau sendiri la...
bayangkan, kita akan bakal
hilang, seuatu yang berharga

tapi... pie memang tak sedih
hilang km status masih bakal pm

pedulilah kerajaan tumbang
dah atuk lejen cakap, orang politik
Sabah kan kaki toing toing
redha je la...

# Musa mesti ingat enam jahanam
mesti ingat juga, semua ADUN
yang sembah atuk...
majlis BERSATU kan main grand lagi buat
di hotel, masa sambut atuk

Rabu, 22 Julai 2020

katak katak lagi


Nah...
habislah warisan kali ni


kalau enam jahanam
toing toing 
tumbanglah warisan

tapi kan...
tapi kan, kata kata atuk lejen
bikin malu ahli politik Sabah
rendah sangat maruah depan atuk

macam mana kena tekan teruk pun
patut tetap setia dengan parti
macam ex KM

UMNO.... claim ya, 
jangan tak claim 
jangan bagi katak-katak kerusi
ramai lagi ahli politik baru
yang patut dinaikkan..

Selasa, 21 Julai 2020

Hina lagi


cantik ja mural ni
pic pemimpin tertinggi negara
ada pic YDPA
PM, Pengarah KKM


 tapi dah lenyap
saja tak mahu letak mural yang
dirosakkan
sakit mata, sakit hati


sudah tiba masa
kerajaan bagi hukuman berat
kepada individu
yang menghina, memperlekeh
pemimpin negara
zaman demo BERSIH dulu bagai
kembali semula

pelaku ni, benar-benar
 warganegara yang
tidak ada jati diri, ada baiknya
taraf kewarganegaan dilucutkan
PATI pun
tak berani buat

bekas pelajar sekolah kebangsaan
tak kan tergamak buat ni
KECUALI, kepala hotak dia dah
tak betul


Ahad, 19 Julai 2020

cerita toing toing lagi...


Mantan KM
sorang-sorang hadapi musibah
adun-adun
bertempiaran lari
6 jahanam yang meruntuhkan
kerajaan negeri
dan katak toing-toing yang
melutut pada TM

kerusi dun yang korang dapat
semua dari UMNO
tak kan UMNO tak boleh claim
kan kan 


cuba korang check
ajk bersatu setiap bahagian
majoriti 
dari bahagian UMNO

bagus juga la
katak-katak toing toing keluar dari UMNO
yang busuk busuk dah keluar
ganti yang fresh...

kalau ada yang nak lompat semula
bole, tapi ahli biasa ja...
semua jawatan dalam bahagian dah penuh
kan kan..

tak ada yang nak undi toing toing ni
UMNO kena jadi macam PBS
masa tumbangkan BERJAYA tahun 80an
majoriti calon muka baru

tak kan dalam UMNO Sabah
tak ada yang layak....



Ahad, 12 Julai 2020

Hina sangatkah...


Lor....

nak tau tanya...
PH Plus
confirm...
hina sangat.. gara gara PM dari BERSATU
tumbang kerajaan PH


kalau tanya akar umbi UMNO
memang..... 
tak baik tulis
dalam BERSATU banyak katak toing
toing, lidah pun banyak panjang

"kalau tak lompat, kawasan aku susah
rakyat perlukan pembelaan"

tu ja ratib bila toing toing
memang dasar bla bla bla...

eh, tak rasa bersalahkah
tak rasa dosakah
urat malu dah tak ada ke
bila jumpa orang yang korang pedajal..

#tangan atuk masih ada dalam PN
sebab atuk tak jentik sorang tu...
kan kan
#tabik ngan bangsawan UMNO yang celik mata dan hati

susah nak jangkau otak 
hampir 1 abad ni...
tapi, 
sejarah lalu
adalah petunjuk paling murni..



Sabtu, 11 Julai 2020

fitnah tumpas lagi


akhirnya...
bila kebenaran terbukti
fitnah akan gugur...

orang yang cipta fitnah
dah tahu kan dosa 
dosa berlipat ganda bila jadi mlm

yang dengar fitnah, percaya
ambil iktibar
tak apa kalau duduk diam
kunci mulut dan tak sebar cerita

tapi yang dengar percaya
sebar dengan mulut, sebar dengan medsos
korang fikir..



DSNR relax je..
lagi murah rezeki

rakyat biasa ni, tak dapat jumpa DSNR
bolelah jumpa kat FB, 
minta ampun

#kukuhkan MN
#pi mampus katak katak toing toing




Khamis, 9 Julai 2020

kipas lagi...

lor...
kipas heli ni.......
bijak sangat

tak kan masuk terus 
jadi boss
nampak sangat ke UMNO ni
nak tumbang...

UMNO ni dah bersih
walau tak bersih sepenuhnya

parasit dan virus
dah lari ikut katak toing toing

nak masuk bole...
nak jadi presiden boleh...
tapi, ikut rule la...
UMNO pun ramai yang hebat
kalau tak, mana dapat harta negara
 trillion trillion tu
kan kan...


rakyat bawahan ni banyak dah sedar
fitnah 1mdb tu....
jual negara pada China
ramai yang dah minta maaf
pada DSNR...
yang belum, cepat cepat la....

#UMNO mesti claim kerusi
dari katak-katak yang lompat tu..


Rabu, 8 Julai 2020

Tak sedar lagi

lor...
tak gentlemen
patut cakap UMNO tumpang bersatu
tak ada value
tak ada nilai

ni jenis haprak yang tak sedar diri

bangsawan UMNO, ingat tu
BERSATU itu atuk lejen
atuk lejen adalah BERSATU
toing toing dulu 
sebab atuk

pa sebab...
bila wujud MN
tetiba ada pula langkah jahanamkan PH

akal atuk lejen pendek
salah besar tu....
langkah atuk lejen jahanamkan MN
sekali tembak dua tiga ekor burung kena

banyak magic atuk pegang
boboi pula pergi mana mana ja nanti....

#UMNO jangan tak claim kerusi
BERSATU Sabah penuh pakar lompat
rakyat bole caya ka...



Selasa, 7 Julai 2020

toing lagi...



ha ha ha
nak masuk BERSATU
atuk tak terima
nak masuk PKR
bang non bagi kiv
bila angin dah pusing arah
nak masuk UMNO la pulak


dulu, masa kawan-kawan nak mampus
sebab atuk pedajal
tak ada pun nak bantu
lari dan lompat sana sini

UMNO Sabah dah bersih
ramai dah lari selamatkan diri
minta nyawa dengan atuk...

bole caya lagi ka yang lompat
toing toing ni
UMNO Sabah jangan tak claim
kerusi ya...

oh ya... kalau nak terima yang mohon
masuk UMNO tu bole...
tapi ahli biasa ja la ya...

keluar lagi...




dia ni....
entah, atuk tak layan lagi ka...
atau atuk dah mula
hantar rekrut untuk
jahanamkan MN


ingat... dalam BERSATU
banyak pakar lompat...
pakar lompat ni 
bole toing sana toing sini
bila toing jual nama rakyat....

MN ya... 
takut nak kawan orang yang khianat kawan...
baik...  ya... semua baik-baik belaka
baik ada makna....

Isnin, 6 Julai 2020

jangan tak claim


pru14 lalu
kalah ja BN, ramai adun & ap
tiba-tiba jadi jaguh
lompat jauh, lompat tinggi
lompat kijang
lompat katak toing toing

baguslah juga..
kira bn dah bersih segala kotoran
macam PKR..
respek la, sebab berani 
buang virus dalam parti...

 yang atas ngam...

chini dah tunjuk
padunya MN
perlukah lagi pakar lompat
kalau nak lawan
bole...
nak lompat semula, bole
tapi ikut q la...
nak tanding
tak bole la...
bagi pada orang yang setia pula
berjuang...

#masih lekat dalam kepala otak
kawan nak mampus, bole pula
pergi pada musuh..

orang atuk masih ada tu
ingat-ingatla...

Blogger 1

bmf

bmf